A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 28 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini76
mod_vvisit_counterBulan Ini2994
mod_vvisit_counterJumlah495452
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PRINSIP ASAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA
PRINSIP ASAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA PDF Cetak Emel
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Oleh : Brig. Jen Dato’ Paduka Dahari Hj. Hussin
tuankumizan.jpg
SPB YDPA SULTAN MIZAN

 Pada 6hb Jun yang lalu rakyat negara ini telah sama-sama menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung, sebagaimana kebiasaan, Istiadat Perarakan Panji-panji Diraja merupakan salah satu acara utama yang dipertontonkan dan disaksikan oleh setiap lapisan masyarakat negara ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kepentingan atau nilai Panji-panji Diraja ini. Pada zaman dahulu kala, panji-panji atau colours digunakan untuk membezakan warisan kekeluargaan, suku kaum, bangsa dan dalam konteks ketenteraan sebagai titik berkumpul (rallying point) di medan pertempuran.

 Apabila senjata api diperkenalkan panji-panji tidak lagi dibawa bersama ketika satu-satu pasukan bertempur. Pengunaan terakhir panji-panji dibawa ke medan pertempuran adalah pada bulan Januari 1881 apabila ianya dibawa oleh Rejimen Northamptonshire ke Liangs Nek di Afrika Selatan.

Panji-panji Diraja melambangkan ketaatsetiaan Kor/Rejimen kepada negara dan bangsa. Dalam erti kata yang lain, ianya dianugerahkan sebagai tanda pengiktirafan perjuangan dan penghormatan segenap lapisan warga anggota tentera dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara sentiasa terjamin, selain daripada menjadi lambang kestiaan kepa Raja dan negara.

Kesetiaan kepa Raja dan negara adalah prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara kita. Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung sebagai Ketua Negara serta Raja-raja Melayu yang lain adalah merupakan lambing perpaduan rakyat. Prinsip ini juga bermaksud, bahawa setiap warga negara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung serta kerajaan yang memerintah.

Sesungguhnya institusi raja adalah sebahagian daripada budaya warisan bangsa Melayu dan warga Malaysia.

TANPA PERPADUAN NEGARA TERANCAM

Kita merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Perpaduan merupakan perkara yang ditikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran agar mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Persoalan selanjutnya adalah apakah peranan kita untuk merealisasikan cita-cita ini?
Jawapannya adalah mudah, kedaulatan negara perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya supaya anak-anak kita serta generasi akan datang dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang.

Kemerdekaan adalah satu perkara yang amat bermakna kepada kita sebagai perajurit yang mempertahankan kedaulatan tanah air dan amalan demokrasi berperlembagaan. Kita harus menghayati dan mencontohi keberanian dan kecekalan mereka yang terdahulu daripada kita dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Sifat kepahlawanan yang ditunjukkan oleh para perjuang tanah air telah memberi kebebasan kepada kita untuk mencorakkan bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini tiba masanya untuk kita, warga masa kini pula, menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan negara ini. Inilah sumpah keramat setiap warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.

Sebagai anggota pasukan keselamatan, selain daripada berbangga kerana dapat menetap di negara bertuah yang dipanggil Malaysia, kita adalah di antara golongan yang dipertanggungjawabkan untuk mengekalkan kemerdekaan negara. Kita perlu terus menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara, bersesuaian dengan ikrar Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, bersatu padu dan sedia berkorban.

Semangat kekitaan dan tidak kenal menyerah perlulah sentiasa dipupuk demi menjamin kemerdekaan negara. Setiap dari kita perlu beriltizam untuk membentuk keperibadian serta akhlak yang baik serta mengamalkan budaya kerja yang berkualiti.

Ini amatlah perlu untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan TD mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Sejarah telah membuktikan bahawa kedua-dua ini amat penting dalam mengekalkan keamanan negara.

Oleh yang demikan, disiplin, kepimpinan, profesionalisme, latihan dan semangat kesetiakawanan perlu dipertingkatkan dikalangan kita bagi bagi membolehkan TD menjadi satu pasukan yang efisyen dan berkesan. Sememangnya perjuangan mempertahankan kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah.

Harapan untuk melihat negara ini terus aman damai memerlukan penggembelengan seluruh warga ATM dan rakyat negara ini untuk mengekalkannya di mana kaedah ‘Tentera Bersama Rakyat’ amatlah perlu untuk mempertahankan negara. Pertahanan negara adalah tanggungjawab semua dan mempertahankan kedaulatannya memerlukan komitmen daripada semua pihak sama.

Marilah kita sebagai anggota tentera dan rakyat, sama-sama memikul tanggungjawab diamanahkan iaitu sebagai teras utama kedaulatan negara.

GAGAH SETIA (Ihsan dari BTDM 16910008)

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack