A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 27 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini114
mod_vvisit_counterBulan Ini3032
mod_vvisit_counterJumlah495489
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Berita arrow PEMBANGKANGLAH YANG HANCURKAN KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA
PEMBANGKANGLAH YANG HANCURKAN KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA PDF Cetak Emel
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) pada 23 Okt yang lalu
jamaluddin_jarjis.jpg
 Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis

 membidas pembangkang kerana tidak mempertahankan prinsip yang diperjuangkan sebaliknya menghancurkan, menyalahguna dan mempersendakannya.
    Jamaluddin merujuk pada prinsip berkaitan dengan kebebasan akhbar dan blog yang diperjuangkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
    “Sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 pada 18 Mac lalu, pembangkang melaungkan prinsip kebebasan akhbar dan blog tetapi selepas pilihan raya, parti itu yang menghancurkannya. “Ahli Parlimen DAP dari Seputeh, Teresa Kok misalnya tidak menghormati kebebasan akhbar dan menyaman sebuah akhbar tempatan sebanyak RM30 juta.

 

 

   “Ahli Parllimen Bukit Gelugor, Karpal Singh pula meminta sebuah akhbar tempatan meminta maaf, akan tetapi selepas akhbar tersebut meminta maaf dengan niat baik, akhbar itu disaman pula RM10 juta,” katanya ketika membahaskan Bajet 2009 pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.
    Jamaluddin memberitahu, kerajaan Selangor pula memboikot akhbar Utusan Malaysia yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh itu dan kerajaan Kelantan pula memboikot akhbar Berita Harian.
    Beliau juga membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anuar Ibrahim (PKR-Pematang Pauh) yang dalam perbahasannya selama lima jam melahirkan kebimbangan peralihan kuasa diantara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menyerang Najib dengan bantuan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).
    Katanya, Kit Siang seumur hidupnya mempunyai impian untuk menggulingkan kerajaan BN dan sekarang mempunyai teman baru serta penggerak baru sehingga sanggup bersekongkol dan melupakan prinsip perjuangannya.
    “Kit Siang selama ini menghentam kerajaan BN berkaitan rasuah, kronisme dan nepotisme tetapi sekarang ini tinggal rasuah sahaja dan meninggalkan kronisme serta nepotisme kerana anaknya Lim Guang Eng (DAP-Bagan) adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan sebelum itu telah membuang banyak pemimpin-pemimpin baik dalam DAP,” katanya.
    Jamaluddin menegaskan, semua isu yang dibangkitkan oleh Anuar dan Kit Siang itu sebenarnya untuk menghakis kepercayaan rakyat kepada Najib. (Ihsan Utusan Malaysia)
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack