A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 31 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini126
mod_vvisit_counterBulan Ini3044
mod_vvisit_counterJumlah495502
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow ISU SENSITIF : BERTINDAK TEGAS ATAU NEGARA HANCUR
ISU SENSITIF : BERTINDAK TEGAS ATAU NEGARA HANCUR PDF Cetak Emel
zainal_kling.jpg 
 Prof. Datuk Dr. Zainal Kling

Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh Parti UMNO akan hilang pengaruh dan kepercayaan orang Melayu sekiranya terus berlembut dan memandang sepi setiap teguran dan gesaan orang-orang Melayu terhadap individu, kumpulan dan kerajaan negeri yang melanggar Perlembagaan Negara ini.

Sejak kebelakangan ini,begitu ramai individu dan kmpulan yang cuba mempertikaikan apa juga kandungan dalam Perlembagaan Negara ini yang kelihatan memihak kepada Orang Melayu , pada hal mereka  ini langsung tidak terlibat dalam merangka perlembagaan itu dahulu . Cuma yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan Orang Melayu , iaitu penduduk asal negara ini , semasa merangka dan membentuk perlembagaan negara ini , ialah nenek moyang mereka yang datang dari  benua India dan tanah besar Cina untuk mencari rezeki di Tanah Melayu yang kaya-raya ini .

 

lim_guan_eng-2.jpg 
          Lim Guan Eng

Generasi pertama kaum India dan kaum Cina sahaja yang tahu tujuan dan maksud sebenar  mereka datang ke negara ini, iaitu semata-mata  hanya untuk mencari rezeki bagi mengelakkan kebuluran kepada keluarga mereka dan tidak mempunyai niat langsung untuk melibatkan diri dalam politik dan pemerintahan yang dijalankan oleh Orang-orang Melayu di negara ini, apa lagi untuk menidakkan ketuanan Melayu. Pendek kata,  mereka hanya ingin menumpang dan lari dari kedaifan dan kesesakaan yang dihadapi di negara asal mereka.

Tetapi bila masa berlalu , kaum pendatang ini sudah begitu selesa dengan negara ini, tiumbullah keinginan untuk menjadi rakyat kekal Tanah Melayu . British pula memang tidak mempunyai perasaan hati perut, maklumlah negara ini bukan kepunyaan mak bapak mereka , lalu British berikhtiar memujuk Orang Melayu agar menerima kehadiran kaum pandatang ini untuk menjadi rakyat di negara ini. Dan dengan syarat tertentu yang disebut sebagai ‘Kontrak Sosial’  Orang Melayu menerimanya dengan berat hati .

Yang penting di sini dan yang menjadi  syarat utama ialah mereka mestilah menerima hakikat bahawa Orang Melayu adalah ‘Tuan punya’  negara ini dan mempunyai hak-hak istimewa yang tidak  boleh dipersoalkan . Andai kata kaum pendatang ini pada masa itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa Orang Melayu adalah tuan punya negara ini serta tidak mengakui ‘hak –hak istimewa Orang Melayu’ , sudah pastilah Orang Melayu 100% menolak permintaan kaum Cina dan India  ini untuk menjadi rakyat Tanah Melayu.

Apa yang sepatutnya dibuat oleh orang-orang Cina dan India negara ini ialah setahun sekali adakan satu majlis ‘mengenang budi’ di mana diluahkan rasa terhutang budi serta berterima kasih yang setinggi-tingginya kepada Orang Melayu di negara ini kerana telah membuat budi yang amar besar,  menerima mereka (nenek moyang mereka) menjadi rakyat negara ini . Bukan sebaliknya cuba mengungkit hak-hak istimewa Orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam yang menjadi pegangan dan aqidah Orang Melayu, dan sebagainya. 

Janganlah pula sampai rakyat negara ini khasnya  Orang Melayu mengecap setiap orang India dan Cina yang tinggal dinegara ini sebagai kaum yang tak mengenang budi dan amalan ‘gengstarism’ mereka itu janganlah sampai hendak ‘merompak’ hak-hak Orang Melayu negara ini !  

 

 
 

Hakikatnya ,  generasi ke dua , ke tiga dan seterusnya generasi muda India dan Cina  di negara ini tidak memahami atau pura-pura tidak memahami pemikiran dan pegangan  datuk dan nenek moyang mereka itu. Generasi Cina dan India kini bila buka mata saja pada waktu pagi , merasakan mereka mempunyai hak sama rata dan sama rasa dengan rakyat bangsa Melayu yang menjadi Tuan Asal Negara ini.

Kedangkalan mereka memahami Kontrak Sosial di mana nenek moyang mereka dahulu diberi hak warganegara ini selepas perjanjian dipersetujui bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu. Dengan lain kata, satu diberi dan satu diterima. Kini mereka menafikan perjanjian itu dan mahu rebut ke dua-duanya, hak warganegara dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Terlalu banyak hak-hak sebagai pribumi Tanah Melayu ini telah dibolot oleh bangsa pendatang. Orang Melayu masih bersabar dan setiap saat dan ketika mendesak kerajaan agar ditingkatkan penguasaan orang Melayau dalam ekonomi. Selepas negara mereka 51 tahun, penguasaan 30% orang Melayu dalam perniagaan (seperti yang ditetapkan oleh Tun Razak) masih lagi jauh dari sasaran. Malangnya pula Tun Mahathir yang memerintah begitu lama gagal melaksanakan apa yang ditetapkan oleh Tun Razak itu.

Sebaliknya Tun Mahathir menganggap , dengan memberi dan memperuntukkan keistimewaan kepada Orang Melayu  itu menjadikan Orang Melayu sama dengan kaum Red Indian di Amerika. Inilah kata-kata kesat oleh pemimpin yang menggelarkan dirinya Melayu. Dia menghina bangsa Melayu, memaki hamun Bahasa Melayu, mencerca bangsa Melayu yang mengangkat dia sebagai Perdana Menteri  .

Bermula di sinilah kaum pendatang mula mempersoalkan hak-hak bangsa kita , kerana pemimpin yang sepatutnya menjadi pelindung kita sudah berubah hati. Mengapa dia berubah hati? Kerana wangkah, kerana kawan karib dari kaum India dan Cina kah, kerana kena tekankah atau sebab-sebab lain kah ? wallahu aklam.

Kalau ingin dinyatakan betapa teramat kecewanya orang Melayu dalam bidang ekonomi, banyak hati dan perasaan Orang Melayu yang terguris, remuk redam dan terbakar. Pada masa yang sama, bangsa keturunan pendatang terus menerus menguasai semua sektor dalam ekonomi tanpa ada rasa bersalah berlakunya penjajahan ekonomi di Tanah Melayu tempat yang mereka menumpang ini  Orang Melayu hanya layak berniaga di kaki lima, itu pun sering dihambat orang pihak berkuasa tempatan. Ada pun agensi kerajaan untuk membantu Bumiputera seperti MARA, UDA, FAMA dan sebagainya lagi,  gagal memikul amanah tersebut.

Bila orang Melayu diberi tender oleh pihak kerajaan bagi tujuan mengimbangi penguasaan ekonomi di negara ini, maka timbul suara-suara sumbang dari parti komponen BN dan pembangkang bangsa Cina dan India bahawa mereka pun mesti diberi hak yang sama.

Tun Mahathir berjaya memperkayakan Tun Daim Zainudin , Tan Sri Tajudin Ramli dan beberapa individu lagi, tetapi pada masa yang sama Ananda Krishnan  dan beberapa taukeh Cina lain lahir menjadi orang terkaya mengatasi bilangan Bumiputera.

Itu belum lagi soal pendidikan. Bila orang Melayu dengan rela hati (atas nama pengorbanan demi integerasi nasional) menyerahkan status Sekolah Melayu dijadikan sebagai Sekolah Kebangsaan di peringkat rendah dan menengah dengan menggunakan bahasa Melayu bagi tujuan merealisasikan hasrat kerajaan ke arah memupuk semangat muhibbah dan mengwujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, Namun bangsa Cina dan India tidak menunjukkan mereka meminat sekolah kebangsaan itu. Maka tumbuhlah sana sini Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Ke dua-dua sekolah jenis kebangsaan ini mendapat bantuan kerajaan.

Apa jadi dengan Orang Melayu lepas itu ?  Kini tidak ada  Sekolah Rendah Melayu, tidak ada Sekolah Menengah Melayu, tidak ada Sekolah Tinggi Melayu dan tidak ada Universiti Melayu di Tanah Melayu ini  (yang kini dikenali dengan Melayu Raya atau Malaysia)  . Soalnya kita terlalu nak jaga hati orang, sedangkan orang lain tidak pernah mahu menjaga hati kita !.Oleh itu sepatutnya kita jaga hati kita sendiri, jaga bangsa kita sendiri dan jaga maruah kita sendiri.

Sejauh mana kerajaan yang dikuasa oleh parti UMNO ingin menegakkan dan melaksanakan apa yang termaktub dalam perlembagaan negara ini? Pemimpin UMNO telah banyak kali disaran janganlah sentiasa meminta Orang Melayu bertolak ansur dan menyerahkan apa yang menjadi hak milik mereka, kepada orang lain.

Kini kita sudah tidak ada masa lagi. Yang tinggal kini hanyalah kuasa . Itupun tidak seberapa. Tapi sementara kuasa masih ada ini, tindakan yang amat tegas hendaklah dilaksanakan.  Sebarang pelanggaran isi kandungan Perlembagaan Negara , pejamlah mata buatlah tindakan. Kerana apa yang menjadi masaalahnya dan  dunia akan marah, jika sesebuah kerajaan atau pemimpin , membuat tindakan sendiri tanpa merujukkannya kepada perlembagaan yang telah termaktub.

Percayalah dunia akan tersenyum kalau kita bertindak tegas mengikut Perlembagaan Negara , dan kemudiannya menimbulkan kemarahan sesuatu pihak dan mengadukannya kepada pihak luar kononnya negara ini melakukan kezaliman ! 

Wahai pemimpin Umno  gunakanlah  kuasa yang ada sedikit  lagi itu untuk berbuat sesuatu untuk kepentingan bangsa Pribumi ini  dan maruah bangsa kita  yang semakin pudar dan terhakis kini.

Sehubungan dengan itu , gesaan yang dibuat oleh Prof. Datuk Dr. Zainal Kling , Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya di rumah Gapena dua hari yang lalu, agar Kerajaan Persekutuan menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan di bawah Akta Hasutan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan Georgetown, amat perlu dilaksanakan segera.

“Langkah memasang tanda jalan dalam bahasa lain adalah satu perbuatan yang tidak patut dilakukan. Seluruh rakyat Malaysia mesti menolak usaha yang menyamaratakan bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Saya harap kerajaan akan mengambil tindakan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang dan membawanya ke muka pengadilan kerana pada saya ia jelas sudah melanggar semangat untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Pada saya , ini satu kegiatan subversif yang cuba melemahkan kerajaan dan sistem undang-undang sedia ada,”  kata Dr. Zainal Kling lagi.

Saya juga  turut dijemput dan mengambil bahagian  dan memberi pandangan dalam  perbincangan buku karya Thock Ker Pong berjudul Ketuanan Politik Malaya: Pandangan Kaum Cina di Rumah Gapena itu . Para hadirin  menyokong kuat agar Kerajaan Persekutuan , tidak gagal bertindak dengan tegas dan cepat , kerana ia bertentangan sama sekali dengan  semangat Perlembagaan Negara .

Bagi saya, Kertua Menteri Pulau Mutiara itu , Lim Guan Eng  tidak bijak membuat  pertimbangan berdasarkan akal yang waras, dengan menjadikan  Kerajaan DAP  Pulau Pinang meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dengan memasukkan sama tulisan  Tamil dan Cina di jalan-jalan tertentu di Georgetown. Ini menjerut lehernya sendiri !

Barangkali penasihatnya, Lim Kit Siang juga beranggapan perkara ini main-main , ataupun memang satu perancangan mereka, sekiranya ini juga tidak menimbulkan kemarahan Kerajaan Pusat, akan datang mereka bebas berbuat apa saja walaupun bertentangan dengan Perlembagaan Negara. Atau undang-undang negara ini..

Pada hal Bahasa Kebangsaan tunggal negara inji ialah Bahasa Malaysia !!! 
Tindakan ini  terang-terangan melakukan provokasi yang sudah tentu menimbulkan kemarahan kepada penduduk Pribumi dan orang-orang yang benar-benar cintakan negara ini , sekaligus ia dengan sengaja menimbulkan kegelisahan dan ketidaktenteraman dalam negara .

Mengikut peraturan Keselamatan Dalam Negeri (ISA) , mereka sewajarnya ditangkap lebih awal lagi, sebelum mereka sempat untuk terus merangka hal-hal yang bertentangan dengan undang-undang atau Perlembagaan Negara  dan menyebarkan kuman atau virus  berbahaya ini kepada khalayak yang lebih besar lagi. Atau sekurang-kurangnya mereka ini hendaklah  dihadapkan ke mahkamah atas kes melakukan provokasi dan hasutan yang boleh membawa kepada  rusuhan kaum atau sekurang-kurangnya mereka memang telah menimbulkan keadaan tidak tenteram dalam negara.

Tindakan yang sama hendaklah dikenakan juga kepada para pemimpin atau ahli politik tanpa mengira parti baik dari parti komponen BN mahu pun parti Pakatan Rakyat, DAP, PAS dan lain-lain,  sekiranya ada kenyataan dan tindak-tanduk  yang didapati  menyentuh hak-hak keistimewaan orang  Melayu, Bahasa Kebangsaan , Agama Islam, Raja-raja,  yang dijamin dalam perlembagaan.

Pemimpin parti pembangkang seperti Teresa Kok sering benar mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan agama Islam. Begitu juga dengan kenyataan Ketua Wanita Gerakan dan Timbalan Menteri Penerangan, yang mempertikaikan asal usul orang Melayu di negara ini yang dikatakan sebagai bangsa pendatang juga. Pemimpin BN yang buta sejarah ini sepatutnya dikenakan juga.

Sebenarnya orang-orang yang buta sejarah ini tidak boleh dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Ketua  Menteri, Exco Kerajaan Negeri, malah tidak boleh bertanding dalam pilihanraya pun. Kerana kelak mereka inilah yang menjadikan dan menimbulkan kekeliruan kepadas rakyat jelata dan membahayakan kepada keamanan, keselamatan , ketenteraman dan keharmunian dalam masyarakat.

Saya juga tertarik untuk memberi reaksi dengan pandangan YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim  Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kalau melihat dari tindakan kenyataan beliau, YB yang satu ini jauh sama sekali dengan peribadi dan tindakan rakan-rakan dari PKR dan DAP . Beliau seolah-olah tidak sesuai berada dalam parti tersebut.

Tetapi sebenarnya YB dari pembangkang seperti inilah yang kita perlukan dalam negara kita ini. Agar sesiapa saja yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan kehendak dan semangat perlembagaan negara ini dapat disanggah dengan tegas, tak kira siapa saja yang bercakap itu.

Selain dari YB Salahuddin Ayob, Ketua Dewan Pemuda PAS, kelantangan Zulkilfi bersuara dan

salahudin_ayub.jpg 
     Salahuddin Ayob

tindakan membela sesuatu yang mengkritik dan menghina agama Islam jauh lebih baik daripada para pemimpin  PAS yang melakukan amalan nak menjaga hati rakan dalam  pakatan politik, padahal ia jelas bertentangan dengan aqidah Islam !  Malah ada di kalangan Ahli Parlimen PAS menegur beliau akan kelantangan beliau menegakkan perjuangan Islam.

Kenyataan Zulkifli mengenai tindakan MIC dan PKR yang mempunyai fahaman politik yang berbeza tetapi dalam isu Hindarf mereka bersatu. Begitu juga dengan dalam isu Teresa Kok, MCA dan DAP boleh bersatu dalam satu suara. Jadi yang hairannya kenapa kita orang Islam tidak boleh berbuat demikian?

Seharusnya kesemua YB Melayu , tanpa kira perbedaan parti politik melakukan perkara yang sama (seperti yang dibuat oleh YB MCA, DAP ,PKR) menegur sesiapa saja yang salah dan pertahankan Ketuanan Melayu dan Islam. 

Kita mengharapkan pemimpin muda seperti Salahuddin Ayob dan Zulkilfi ini dapat mencorakkan pemikiran pemimpin dan pengikut Melayu dari parti mereka  akan perjuangan menegakkan hak dan Ketuanan Melayu dan Agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Janganlah  berlaku lagi seperti kebanyakan pihak pembangkang  menolak bulat-bulat sebarang usul dari kerajaan , walaupun ianya baik, tetapi kerana datangnya dari Umno atau Kerajaan BN, ia ditolak .

Saya ‘angkat topi’ tanda hormat dengan pendirian dan sikap dua orang YB ini yang tegas dan berani mempertahankan hak orang Melayu di Parlimen. Tanpa menoleh rakan-rakan pembangkang dalam  Pakatan Rakyat, mereka bangun dan berhujah. Salahuddin Ayob menyokong dan berkongsi marah dengan Ahli Parlimen BN dari UMNO akan kenyataan Timbalan Menteri Penerangan mengenai asal usul orang Melayu. Zulkifli pula sanggup berdepan dengan jawatan kuasa disiplin PKR hanya semata-mata beliau menyertai demonstrasi membantah majlis forum “ Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam.

Kita berharap pemimpin-pemimpin muda dari parti pembangkang seperti Salahuddin Ayob dan Zulkifli Noordin ini menjadi ‘trend’ dalam politik negara . Dengan adanya gabungan pemimpin baru  dan ditambah pula kelantangan dan kehebatan pemimpin baru dari UMNO, maka trend politik negara di masa hadapan tidak lagi dibelenggu oleh fahaman politik berbeza dalam memperjuangkan agama, bangsa dan Tanah Air kita bersama.
 
 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack