A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 31 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini184
mod_vvisit_counterBulan Ini3102
mod_vvisit_counterJumlah495560
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow SALAHUDDIN AYUB LEBIH SESUAI JADI KETUA PEMBANGKANG
SALAHUDDIN AYUB LEBIH SESUAI JADI KETUA PEMBANGKANG PDF Cetak Emel
salahudin_ayub.jpg
       YB Salahuddin Ayob

Saya sudah lama tidak masuk ke Dewan Parlimen dan duduk di tempat Galeri Wartawan atau di tempat duduk pelawat biasa, atau mengikutinya dari peti-peti tv di Lobi Parlimen atau dari Kantin Parlimen serta kawasan sekitarnya, bagi mengikuti perbahasan setiap kali Parlimen bersidang .

Bagaimanapun saya mengunjungi Parlimen  kelmarin, semalam dan hari ini untuk melihat sendiri gelagat pembangkang yang kian hari kian terserlah menzahirkan api kebenciannya kepada Kerajaan BN dan Umno apa lagi hal-hal yang menyentuh Bangsa Melayu, kepentingan Melayu, hak-hak Melaya dan sebagainya.

 

 nurul_izzah-2.jpg
 YB Nurul Izzah dan bapanya

Begitu juga, saya dapatlah melihat prestasi para penyokong Kerajaan BN yang kurang membuat ‘homework’ sebelum mengambil peluang bercakap di dewan yang mulia itu. Bercakap untuk berbahas dan menyokong atau menentang sesuatu usul atau cadangan di Dewan Rakyat dengan hanya menggunakan emosi semata-mata tanpa disokong oleh fakta yang tepat dan jitu, menjadikan orang yang bercakap itu tidak dihargai oleh lawan dan kawan sendiri.

Ambil contoh pembangkang dari DAP yang bangun mempertahankan seorang Timbalan Menteri yang sudah pasti orang BN , semata-mata kerana Timbalan Menteri itu seorang Cina, sedangkan Timbalan Menteri itu ternyata bercakap salah fakta tentang Orang Melayu.

Ambil satu lagi contoh ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR yang bernama Nurul Izzah, dia bangun bercakap dengan hati-hati membahaskan ucapan Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri , dan saya sangat tertarik dengan kata-katanya yang berbeza dengan ahli-ahli Parlimen lain dari pembangkang yang terang-terang menolak Belanjawan yang dibentangkan itu, padahal orangramai yang bukan ahli politik pun  diluar dewan sana semuanya bersetuju dan memuji PM.

“ Saya tidak menolak Belanjawan ini, ia boleh diterima , tetapi hendaklah diubahsuai dan diperbaiki di sana sini sesuai dengan perkembangan baru yang berlaku diluar negara ketika ini ”  demikian lebih kurang ingatan saya terhadap isi ucapan atau maksudnya  ucapan Nurul Izzah.

Saya berkata kepada teman-teman yang ada di sekitar itu, “wah hebatnya dia ini dia berani memuji ucapan PM tak macam pembangkang lain asyik mengutuk saja..pembangkang yang macam ini yang diperlukan dalam parlimen..bukan kaki buat kecoh mengganggu Menteri atau PM bila bercakap !

Seorang teman lama saya, seorang wartawan berkata ; “ jangan percaya sangat , tengok penutupnya apa dia  akan kata”  . Saya dan teman-teman di situ amati ucapan Nurul Izzah untuk mendengar apa yang akan diucapkan di hujung ucapannya nanti. Dan kami semua terkejut bila di akhir ucapannya yang penuh dengan cadangan yang positif untuk kerajaan laksanakan perkara-perkara yang baik untuk rakyat, tiba-tiba Nurul Izzah berkata ;

“ Sekianlah ucapan saya, dan  akhirnya saya menolak Belanjawan ini (yang dibentangkan oleh PM  itu) terima kasih ”. Kami benar-benar tertipu dan orangramai yang mendengarnya juga demikian.

Ertinya , walaupun fakta yang diucapkan menunjukkan Belanjawan itu baik, dikritik dan dibahas pun masih lagi faktanya ia tetap baik, tetapi oleh kerana mereka itu adalah pembangkang, maka amalan biasa pembangkang ialah menolak saja walau apa pun yang baik yang dibuat oleh pihak Kerajaan BN. Dimanakah kewarasannya?

Pembangkang seperti inikah yang rakyat Malaysia mahu? Menolak yang baik kerana  semata-mata ia dibuat oleh kerajaan?

Bagaimanapun tidak 100% pembangkang begitu. Yang lain dari yang lain ialah Ketua Pemuda PAS Pusat Salahudin Ayub. Beliau tetap ungguli pendirian mempertahankan Islam dan Melayu. Malah kadang-kadang pendiriannya yang mantap itu kerap bertembung dan berlaga dengan kenyataan-kenyataan politik yang dibuat oleh pemimpin tertinggi PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan juga Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyedapkan hati para pemimpin pembangkang lain dari DAP , PKR  dan juga Pertubuhan Haram kaum Hindu bernama Hindraf yang disokong oleh Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Malah dalam parlimen hari ini Salahudin Ayub yang berpendirian jelas mempertahankan Melayu dan Islam itu bangun menentang seorang Timbalan Menteri wanita keturunan Cina kerana mempunyai tanggapan yang salah terhadap sejarah Bangsa Melayu di negara ini,  sedangkan rakan pembangkangnya yang lain dari DAP bangun menyokong Timbalan Menteri itu, yang terlihat semata-mata atas dasar sesama kaum.

Nah jelas sekali, bila mempersoalkan hak-hak Melayu orang-orang keturunan Cina dan India di Malaysia kelihatan bersatu tak kira dari parti politik apa sekalipun, tetapi malngnya Orang Melayu dari PAS menyokong pendirian sesesiapa juga  yang mempertikaikan hak Melayu terutamanya  Umno , semata-mata nak menjaga hati orang-orang dalam Pakatan Rakyat, kecuali Salahudin Ayub.

Dato’ S.Samy Vellu sendiri yang sebelum ini mengkritik pertubuhan haram  Hindraf
Ini boleh merosakkan ketenteraman dan nama baik negara , telah mengubah pendirian baru-baru ini  dengan menyeru kerajaan agar segera membebaskan semua tahanan Hindraf.

Orang-orang Melayu sudah terperangkap memakan dakyah pembangkang yang kononnya mahu buat perubahan kalau pembangkang menang untuk memerintah , tetapi peubahan yang mereka hendak buat ialah membuang hak-hak keistimewaan Orang-orang Melayu dan agama Islam dalam perlembagaan negara.

Mereka tak mahu azan dikumandangkan, mereka tidak mahu tulisan Bahasa Melayu di nama-nama jalan, mereka tak mahu kuota khas kepada Bumiputera, mereka mahu ubah semuanya dan untuk ini mereka perlukan kuasa. Kuasa mereka tidak akan dapat kalau orang Melayu tidak mengundi mereka dalam pilihanraya.

Dalam pilihanraya PRU 12 lalu orang Melayu telah berikan kepada mereka kuasa untuk memerintah lima buah negeri dan dalam tiga bulan saja lihatlah hasilnya! Orang keturunan Cina di negara ini menikmati perubahan besar. Mereka dapat tanah-tanah dan tapak-tapak rumah di mana saja Pakatan Rakyat berkuasa, termasuk di Kelantan yang dikatakan sebuah negeri yang cukup kuat semangat Melayu.

Anwar Ibrahim turut gembira dengan perkembangan terbaru ini. Gembira orang bukan Melayu, gembiralah beliau. Beliau kini seperti yang disifatkan oleh seorang pakar psikologi sebagai mengalami krisis identiti. Dia tidak lagi menjadi juara orang Melayu seperti tahun-tahun 70an dulu , tetapi sebaliknya mahu menjadi juara pelbagai kaum.

Oleh itu sokongan rakyat Malaysia kini terhadap Anwar terutamanya orang Melayu 
kian menurun dan keadaan ini tentunya mempengaruhi keutuhan pembangkang. Jalan keluar yang baik ialah Ketua Pembangkang di Parlimen perlu ditukarkan dengan orang yang lebih berwibawa dan mempunyai pendirian tetap.

Tokoh itu bagi saya tidak lain dan tidak bukan ialah Salahudin Ayub. Maruah beliau tidak tercemar, pendirian jelas, warak dan peribadi bersih, berilmu dan tegas dalam kepimpinannya  . Seorang tokoh muda yang sederhana dan mempunyai personaliti yang menarik ini boleh membawa imej baru yang lebih berwibawa kepada pembangkang.

End.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack