A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini184
mod_vvisit_counterBulan Ini3102
mod_vvisit_counterJumlah495560
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow YPB DUKACITA SIKAP KURANG SOPAN SEGELINTIR PEMIMPIN UMNO
YPB DUKACITA SIKAP KURANG SOPAN SEGELINTIR PEMIMPIN UMNO PDF Cetak Emel

Kenyataan Akhbar / Media Untuk Kegunaan Serta Merta Hari Khamis 23 Oktober 2008

YPB DUKACITA DGN PEMIMPIN UMNO

Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) merasa amat kesal dan dukacita yang amat
pak_lah_copy.jpg

   Y.A.B Dato' Seri Abdullah

mendalam di atas sikap segelintir pemimpin UMNO yang menunjukkan sikap tidak sopan terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO; dengan mendesaknya melepaskan serta merta jawatan yang disandangnya sekarang.

Sedangkan Dato’ Seri Abdullah telah terang-terang menyatakan beberapa kali bahawa beliau memerlukan sedikit masa lagi untuk melaksanakan sesuatu yang dijanjikannya dalam Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 dulu yang membawa kemenangan calon-calon Barisan Nasional yang gilang gemilang itu. Masa yang dicadangkan itu telah dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi Umno (dimana segelintir pemimpin Umno itu juga turut bersetuju) .

Padahal tidak ada apa-apa pun yang perlu dikejarkan untuk perubahan pucuk pimpinan secara mendadak, kecuali ada pihak yang tidak sabar untuk naik ke atas. Dimanakah letaknya Sabda Nabi (SAW) “Sabar itu sebahagian dari iman? ” 

Rakyat sudah mula selesa dengan berita terkini harga minyak di pasaran dunia makin menurun dan memberi kesan positif kepada keadaan dalam negara dengan penurunan sedikit demi sedikit harga minyak petrol dan diesel , serta turut memberi kesan kepada harga barang keperluan tidak lagi naik, malah Dato’ Shahril Samad sudah mula mengambil langkah untuk memastikan harga barang keperluan mula diturunkan harganya berikutan perkembangan terbaru ini.

Nampaknya budaya dan cara tingkah laku segelintir pemimpin Umno ini terikut-ikut dengan gelagat pihak pembangkang yang sentiasa menggesa pucuk pimpinan Kerajaan BN meletakkan jawatan, kerana mereka mahu mengambil alih pemerintahan dalam negara ini.

Bagaimanapun kesan dari tekanan segelintir pemimpin Umno ini menjadi terkawal dan tenang kerana sikap yang matang Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mengambil sikap bertenang tidak membuat sebarang reaksi yang negatif. Sikap seperti ini menjadikan beliau seorang yang layak menjadi pengganti kepada Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, menjadi pemimpin nombor satu negara.

YPB menyeru segelintir pemimpin Umno yang  telah terlanjur melakukan tindak tanduk yang kurang sopan ini agar segera kembali ke pangkal jalan , kerana apa yang dilakukan itu adalah bukanlah budaya Umno dan bukan budaya bangsa kita Melayu yang penuh dengan adat resam dan budibahasa yang tinggi serta halus pekertinya.

Ingatlah bidalan , ‘Kalau guru kencing berdiri , murid pula kencing berlari’ . Para pengikut kita memerhatikan apa yang kita lakukan kepada pemimpin kita , kelak mereka akan buat begitu juga kepada kita !

Dalam masa yang begitu singkat marilah kita memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri kita Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, untuk menyiapkan kerja dan tugas penting yang dijanjikannya dalam PRU 11 yang lalu, saedangkan kita tahu janji-janji beliau dalam menghadapi PRU 11 itulah yang telah memberikan kemenangan yang gilang gemilang kepada BN iaitu hadiah rakyat kepada Dato’ Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri yang baru mengambil alih kepimpinan negara dari Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ingatlah, kalau kita ikut atau terikut-ikut dengan rentak pembangkang , akan ada lagi kerenah lain pula yang bakal dibuat oleh pembangkang untuk memecah-belahkan Umno ini. Percayalah mereka tidak akan berhenti dari menimbulkan bibit-bibit  perpecahan di kalangan pemimpin dan ahli Umno , sehinggalah mereka mencapai hasrat untuk berkuasa di negara ini dengan apa cara sekalipun !. 

 Yang benar

 t.t

DATUK YAZID OTHMAN PJN,KMN,PJK,PB

Pengerusi Yayasan Patriotik Bangsa

551 A & B, Jalan Istana off Jalan Bukit Petaling

50460 Kuala Lumpur

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack