A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 28 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini139
mod_vvisit_counterBulan Ini3057
mod_vvisit_counterJumlah495514
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow IMEJ ANWAR DAN PEMBANGKANG KIAN TERCEMAR DAN MENURUN
IMEJ ANWAR DAN PEMBANGKANG KIAN TERCEMAR DAN MENURUN PDF Cetak Emel
pemimpin_pembangkang.jpg
 Ada kegusaran di wajah pemimpin pembangkang

Gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dibesarkan dan digantung di hadapan Wisma Keringat Batu Caves menyamai tokong hindu dibina di kawasan pelancongan terbuka di tangga gua Batu Caves , adalah lambang pemujaan orang- orang hindu terhadap orang yang dianggap berjasa kepada mereka .

Saya tidak faham sangat mengapa orang-orang hindu memuja Anwar Ibrahim. Apa yang dapat kita lihat ialah Anwar memang menyebelahi Kumpulan Haram Hindraf , malah pembelaan Anwar terhadap kumpulan ini membayangkan seolah-olah beliaulah pencetus semangat kumpulan haram ini untuk bertindak mengaibkan negara sendiri di mata dunia dengan menyebarkan fitnah kononnya Umno dan Kerajaan BN menzalimi mereka . Dan untuk itu mereka menyaman Kerajaan British pula kerana membawa keturunan mereka dari India ke negara ini satu ketika dulu untuk menjadi buruh di estet getah, keretapi Tanah Melayu dan sebagainya.

Saya rasa rakyat yang setia kepada negara ini memang berlapang dada dan turut gembira bersama merka, sekiranya  kumpulan Haram Hindraf  ini membuat kerahan serta kempen kepada kaum keturunan India di negara ini untuk pulang kembali ke negara asal mereka di Benua India . Mereka  membantah sekeras-kerasnya serta menuntut gantirugi yang besar kepada pihak Penjajah British yang membawa keturunan mereka ke negara ini sejak lama sebelum Merdeka dulu.

 Pihak pemerintah negara ini juga hendaklah memberikan pilihan itu kepada mereka, dan jangan memaksa mereka tinggal di negara ini, jika memang mereka benar-benar rasa dizalimi disini, dan merasakan mereka akan lebih bahagia tinggal di India, lepaskan kerakyatan mereka dari negara ini , biarkan mereka pulang , selamat jalan!.

Selain daripada itu , orang-orang yang memuja Anwar Ibrahim ini terdiri daripada orang –orang dalam PKR sendiri yang meletakkan beliau sebagai amat penting , dan didewa-dewakan sepanjang masa. Sepatah ucapan Anwar di mana-mana , akan dibesar-besarkan dan dihebah-hebahkan di mana saja penyokong PKR ini berada. Walaupun mereka ini dalam kelompok kecil, tetapi kesungguhan mereka memuja Anwar Ibrahim itu sangat jelas.

Pernah saya berada di satu tempat di mana Anwar Ibrahim lalu disitu, orang-orang yang memuja Anwar Ibrahim ini dengan lantang bersuara “ Buka jalan bakal Perdana Menteri Ke enam mahu lalu!! ” , saya segera menoleh mencari Tukang Canang itu, rupa-rupanya dia tak lain dan tak bukan Azmin Ali (sekutu rapat Anwar dalam banyak hal) yang melaungkan itu.

Selain dari itu, buletin untuk propaganda parti itu  berbentuk tabloid bernama ‘Suara  Keadilan’ memuatkan  hampir keseluruhan  24 muka suratnya dengan mempropagandakan Anwar Ibrahim yang bakal menjadi Perdana Menteri pada  bila-bila masa  dengan gambar dan ucapannya disana sini.

Melihat kepada cara tindak tanduk Anwar Ibrahim serta cara publisiti yang ditonjolkan itu, yang menafikan semua kebaikan Kerajaan BN yang memerintah negara sekarang, seolah-olah Anwar Ibrahim tidak pernah berada dalam Kerajaan BN, seolah-olah Anwar Ibrahim tidak pernah menjadi Menteri Kewangan Kerajaan BN dan seolah-olah Anwar Ibrahim tidak pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Kerajaan BN.

Padahal semua orang tahu , baik di kampung, di pekan atau bandar , kini semua orang sudah celik politik dan mula sedar mana yang dikatakan propaganda kosong dan mana yang benar. Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12 )memberikan kesedaran kepada rakyat negara ini bahawa cahaya pelangi hanya datang diambang hujan panas, sinar mentari yang mempamerkan pelbagai warna itu , sebenarnya bukanlah saluran emas yang turun ke bumi, tetapi cahaya itu akan segera hilang di ufuk , dan warna pelbagai warna itu lenyap bila sang suria memancarkan cahaya ke arah lain.

Sekali gus , memang rakyat terpegun dengan kritikan, tohmahan dan fitnah  terhadap Kerajaan BN  bertalu-talu dilakukan kan oleh Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Mohamad (yang tidak betah bersara), Tengku Razaleigh serta para pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang , Haji Abd Hadi Awang serta badan-badan NGO yang dinaungi oleh parti pembangkang termasuk para penulis dan bloggers yang kritis.

Hal ini bertambah hebat jadinya kerana sikap terbuka dan kebebasan yang diberikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi terhadap media dan para pengkritiknya. Kebebasan ini diambil oleh PKR mewar-warkan Perdana Menteri alternatif Anwar Ibrahim akan ambil alih kerajaan BN ini.

Keadaan rakyat yang mabuk dengan kebanjiran kritikan terhadap kerajaan BN dan Umno yang dibuka seluas-luasnya oleh PM ini, telah mula membentuk arus yang deras terutamanya bagi pengundi muda, bagi mengalahkan calon-calon BN di banyak tempat. Malangnya pula tidak ada pihak yang mengambil langkah serta tanggungjawab yang drastik bagi pihak Kerajaan BN dan Umno untuk tampil menjawab segala tohmahan serta fitnah yang dilancarkan oleh mereka yang saya sebutkan diatas itu.

Dalam takrif baru dunia informasi dan revolusi bloggers ini, setiap tuduhan atau fitnah yang disebarkan melalui laman blog atau internet atau SMS atau apa saja namanya, melalui media eletronik, sekiranya tidak dijawab dalam masa seminggu, maka segala fitnah itu dianggap benar . Maka berlakulah apa yang telah berlaku dalam PRU 12 yang lalu.

Kini, keadaan berbeza, pihak Kerajaan BN dan Umno telah mula menjelaskan kepada rakyat secara yang biasa mengenai duduk perkara yang sebenarnya . Maka segala fitnah, tohmahan dan kritikan itu mula dipandang enteng oleh rakyat. Ditambah pula satu demi satu pihak Kerajaan Negeri yang diperintah oleh pembangkang ini menunjukkan belang asal perjuangan parti mereka .

Antaranya, Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PKR telah mengumumkan projek meganya yang pertama dengan Ternakan Babi dengan peruntukan 100 juta. Semua keputusan Menteri Besar Selangor ditapis terlebih dahulu oleh YB-YB dari DAP iaitu parti pakatan PKR . Manakala satu parti lagi iaitu PAS langsung tidak terkata dan hilang langsung suara setelah dicemek oleh para pengundi Melayu di Selangor bila wakil tunggal PAS, seorang wanita dalam kerajaan negeri itu, dengan lantang bangun menyokong projek mega ternakan babi di Selangor itu.

Selain itu, di Pulau Pinang tembelang DAP ternampak jelas bila mereka menghina Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara ini , dengan mencontengkan nama jalan yang bertulis Bahasa Kebangsaan, dan mereka menulis pula nama-nama jalan itu dalam Bahasa China, iaitu bahasa asal kauam mereka yang datang dari negeri China itu.

Di Perak pula kerajaan negeri yang ditunjangi DAP dan PAS telah memberikan hak milik tanah kepada orang-orang China yang selama  ini tinggal atas tanah tol, sedangkan terdapat pada masa yang sama orang-orang Melayu , iaitu penduduk asal negara ini yang dijamin hak-hak istimewa oleh perlembagaan negara , telah dinafikan oleh kerejaan baru Perak ini.

Manakala di Kelantan, dalam PU 12 batu-baru ini merupakan syurga bagi kaum China di Kelantan. Kerana kaum China di negeri itu dijanjikan dengan pemberian tanah oleh kerasjaan PAS pimpinan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bukan saja menunggu pilihanraya, tetapi ,mereka lakukannya sebelum menjelang pilihanraya lagi, demi meyakinkan orang-orang China di Kelantan.

Oleh itu PAS membuat sejarah baru di Kelantan dalam PRU 12 iaitu dimana saja ada orang China disatu-satu kawasan pilihanraya, nescaya kawasan itu pasti jatuh ke tangan PAS, walaupun sebelum ini BN menang secara tradisi lagi dikawasan kaum China itu. Contohnya DUN Galas iaitu dikawasan perbandaran Gua Musang yang terdapat ramai kaum China, maka PRU 12 yang lalu ia jatuh ke tangan PAS.

Begitu juga DUN Kota Lama yang menjadi pusat kependudukan kaum China di Bandar Kota Bharu , dengan mudah jatuh ketangan PAS dalam PRU 12 lalu , kerana setiap penduduk China disitu diberikan tapak rumah dan tanah yang selama ini amat sulit untuk orang China dapatkan di kawasan rizab Melayu di negeri Kelantan.


Selain dari kaum China, kaum Siam juga diberikan keistimewaan yang sama oleh kerajaan PAS Kelantan . Dengan galakan dan dorongan Kerajaan Kelantan , maka di Tumpat Kelantan terdapat Tokong Budha Duduk paling besar di Asia Tenggara dan juga Tokong Budha Tidur yang paling besar di Asia Tenggara, mengalahkan Thailand yang agama rasminya Budha. Menteri Besar Kelantan sendiri telah hadir di upacara perasmian tokong berkenaan beberapa ketika yang lalu.

Pendekata selepas PRU 12 banyak sudah kritikan yang tak berasas serta fitnah pembangkang terhadap BN telah mula disedari oleh rakyat biasa. Mereka celik politik kini. Kalau pun mereka tak berpelajaran , namun anak cucu mereka berpelajaran, mereka bercakap bila ibubapa mereka bertanya .

Janji Anwar untuk menjadi Perdana Menteri mulai 16 September 2008 tak menjadi, ditangguh seminggu lagi, tak juga menjadi dan kini diwar-warkan sebelum akhir tahun 2008 ini.

Tingkah laku Teresa Kok dalam Kerajaan Pakatan Rakyat  Negeri Selangor makin difahami oleh terutamanya oleh rakyat Selangor. Kisah wakil DAP dalam Kerajaan PKR Selangor yang tak suka  azan di laungkan  di masjid-masjid sudah mula tersebar ini. Berita mengenai Tan Sri Khalid Ibrahim merujukkan setiap permohonan Orang Melayu kepada wakil-wakil DAP dalam kerajaannya terlebih duhulu menjadi buah mulut orang ramai kini.


“ Susah nak berniaga di Selangor ini sekarang Datuk, apapun yang kita hantar kepada Tan Sri Khalid , dirujuk kepada DAP dulu! ” kata seorang sahabat saya yang menjadi CEO kepada satu Syarikat di Selangor.

Seorang penyokong PAS yang berniaga di Tapak Letak Kereta Greenwood, selepas penguatkuasa kerajaan Negeri PKR Selangor merobohkan gerai buah-buahan mereka meluahkan kata-kata berikut kepada saya bila saya menghampirinya dan bertanya khabar kerana gerainya dirobohkan tanpa kasihan belas terhadap tuan di sebelah mereka yang merayu agar jangan diroboh itu;

“ Saya dah berniaga sini dah tujuh tahun bang , dulu masa BN memerintah kami di sini selamat. Tapi bila PKR memerintah macam ni pula jadi..(menangis) saya orang PAS bang..tengoklah bendera PAS ada kat atas bumbung gerai saya tu (menunjukkan kepada bendera PAS di atas bumbung gerainya) tidakkah PAS anggota Kerajaan Pakatan Rakyat? Kenapa PAS biarkan penyokongnya dizalimi pulak?..bang ..saya taubat tak sokong PAS lagi bang..PAS hanya rela jadi tunggul mati saja dalam Kerajaan Selangor ni…”

 Keadaan kian jelas kini. Dan tidak mustahil kesedaran semula ini boleh merubah PRU ke 13 kelak.

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack