A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini199
mod_vvisit_counterBulan Ini3117
mod_vvisit_counterJumlah495574
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PILIH PEMIMPIN UMNO : JANGAN TEBU JADI TEBERAU
PILIH PEMIMPIN UMNO : JANGAN TEBU JADI TEBERAU PDF Cetak Emel
perhimpunan_agung_umno.jpg 
 Perhimpunan Agung UMNO perubah kepimpinan

Dalam keghairahan kita memilih pemimpin hari ini ada satu petua orang-orang tua di Kelantan yang menjadi peribahasa negeri Cik Siti Wan Kembang itu berbunyi ‘Jangan Pilih Tebu Dapat Teberau’ atau ada juga yang meneyebut ‘Jangan Tebu Jadi Teberau’ iaitu biasanya bidalan atau peribahasa ini dipakai oleh orang-orang tua di Kelantan sebagai panduan memilih isteri.

Teberau ialah sejenis tumbuhan yang seakan-akan tebu kalau dilihat dari jauh. Semasa saya mula tiba untuk bertugas di Biro Utusan Johor Bharu diawal 80an dulu, saya terfikir begitu rajin rakyat Johor ini kerana menanam tebu di seluruh tanah kosong di tepian sungai di negeri itu. Tetapi teman –teman wartawan tempatan ketawakan saya, kerana yang saya nampak sebagai tebu itu rupa-rupanya ‘Teberau’ yang tak boleh dimakan airnya macam tebu, malah tidak boleh dibuat apa-apa yang berfaedah dengannya , kecuali para saintis kita boleh mencari kegunaannya seperti membuat kertas, papan lapis dan sebagainya , semacam tanaman kenaf yang cuba dipromosikan oleh pihak Lembaga Tembaga Negara (LTN).

Orang muda di Kelantan di era generasi lama, diberikan peringatan agar pilih betul-betul calun isteri. Cari yang betul-betul tebu jangan terpilih teberau. Yang dimaksudkan dengan isteri yang diistilahkan sebagai tebu ialah, bukan sahaja rupa parasnya cantik, tetapi budibahasa juga cantik. Budibahasa terkandung di dalamnya kepandaian mengambil hati keluarga mertua , jiran-jiran sekampung mertuanya, pandai memasak , pandai dan bijak tuturkatanya, bersopan santun dan lain-lain sifat seorang wanita yang ikhlas dan, suci serba sempurna.

Manakala ‘Tebrau’  pula , hanya sekadar cantik dari pandangan luaran, tetapi bila didekati ,adalah berlawanan dari sikap wanita yang bercirikan tebu diatas. Selepas pernikahan secara sah dan perkahwinan diumumkan di majlis ‘bekwoh’ secara besar-besaran, satu demi satu sifat yang diklasifikasikan sebagai teberau itu zahir, satu demi satu perbuatan atau tuturkata sang isteri baru itu yang melukai hati suami atau keluarga suami.  Tetapi diperingkat ini untuk merungkaikan perkahwinan itu semula atau membatalkannya, sudah terlambat. Lebih-lebih lagi sang isteri itu telah mula mengandung. Masalah ini akan terus menghantui seluruh kehidupan suami serta keluarganya .

Pemimpin yang kita nampak sebagai ‘hebat’ hari ini belum tentu hebat juga selepas beliau memegang jawatan secara sah kelak. Oleh itu perlu rekod kepimpinannya pada masa lalu disingkap dan diteliti. Fikirlah betul-betul, nasib Bangsa Melayu yang kita amanahkan kepadanya . Ibarat kita yang sudah cedera parah di tengah-tengah hutan rimba , ingin menyerahkan bayi yang ada dipelukan kita itu kepada seseorang yang ada dikeliling kita , yang boleh meneruskan kelangsungan zuriat kita, sedangkan tidak jauh dari situ terdapat kumpulan binatang buas sedang menunggu dan mengelilingi kawasan berkenaan untuk membaham bayi berkenaan bagi mengisi perut mereka yang kelaparan !

Berdasarkan senario berkenaan , orang yang kita akan serahkan bayi ini ,  hendaklah mempunyai keyakinan diri serta mantap fizikal dan spiritualnya dan benar-benar berani berkorban untuk  keselamatan bayi kita, serta pintar dan mampu menyara untuk membesarkan bayi itu.

Demikian besarnya sebuah harapan Bangsa Melayu yang hendak kita serahkannya kepada para pemimpin yang menawarkan diri untuk memegang jawatan dalam sebuah parti politik Melayu bernama UMNO yang menjadi Tiang Seri kepada Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia hari ini. Ahli-ahli UMNO kini sedang memilih pemimpin mereka secara keseluruhannya berikutan pengumuman minggu lalu oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk berundur dari tampuk kepimpinan UMNO dan Kerajaan, yang kebetulan pula pengumuman itu dibuat semasa parti mempunyai program tetap memilih pemimpin setiap tiga tahun sekali.

Marilah kita teliti memilihnya, ibarat memilih antah dalam  beras, agar sedap mata memandang dan sedap dimakan bila dimasakkan kelak.  Batu-batu kecil yang ada dalam beras itu , kalau tidak dipilih dengan baik, bakal mengundang masalah kepada orang yang  memakannya kelak, gigi boleh sumbing kerananya , dan sekurang-kurangnya gigi menjadi sakit sampai ke tulang bila termamahnya.

Hampir keseluruhan calun yang mernawarkan diri bertanding pelbagai jawatan dikenali oleh ahli-ahli UMNO ,  pilihlah dengan bebas , tetapi sedikit panduan dari Quran dan Hadis , pilihlah orang yang beriman dan bertaqwa, serta berani menyatakan yang hak walaupun agak pahit dan berani menentang yang tidak betul, agar agama, bangsa dan tanahair kita beroleh barakah , manakala bangsa kita terlindung , kukuh dan perkasa. 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack