A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 28 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini176
mod_vvisit_counterBulan Ini3094
mod_vvisit_counterJumlah495552
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow PERALIHAN KUASA ATAU PERALIHAN PUCUK PIMPINAN UMNO?
PERALIHAN KUASA ATAU PERALIHAN PUCUK PIMPINAN UMNO? PDF Cetak Emel

 

 paklah_dan_najib.jpg
  Pak Lah dan Najib dalam satu sidang media

Kecenderungan tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO menyebut “peralihan kuasa” daripada Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah ) kepada Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Dato’ Najib ), pada hal apa yang berlaku ialah proses peralihan pucuk pimpinan parti UMNO dari Pak Lah kepada  Najib.

Ada pun “peralihan kuasa” hanya berlaku apabila Najib angkat sumpah menjadi Perdana Menteri di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, manakala SPB Yang Dipertuan Agong pula berkenan menandatangani watikah perlantikan dan diisytiharkan secara rasmi di Balairong Seri Istana Negara. Bila itu berlaku berlakulah peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri dari penyandang lama kepada penyandang rasmi yang baru.

Apa yang berlaku sekarang adalah satu petunjuk jelas ,  bahawa tidak ada kuasa yang dipindahkan dari Presiden UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO. Yang ada hanyalah sekadar perpindahan jawatan dalam pucuk pimpinan parti daripada Ketua kepada Timbalannya. Itu sahaja. Bidang kuasa sebenarnya adalah berada dalam tangan ahli parti. Ahli parti boleh memberikannya dan ahli parti boleh menariknya semula.

Ertinya kuasa yang sebenar adalah berada dalam tangan ahli-ahli parti UMNO sendiri . Ia kekal begitu dan tidak pernah dipindah kuasa yang ada dalam tangan ahli parti itu kepada siapa-siapa pun jua.  Cuma ia pernah kelihatan seperti terpindah ke tangan Tun Dr.Mahathir semasa beliau menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri dahulu.

Pertunjuk tentang kuasa UMNO ini jelas berada dalam tangan ahli parti apabila Pak Lah mengumumkan untuk menyerahkan jawatan Presiden parti kepada Najib pada tahun 2010, dan disokong sepenuhnya secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi Umno (MT) , tetapi ternyata itu hanya satu cadangan Pak Lah sahaja.

Beberapa bulan berikutnya ahli parti memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak setuju dengan pendapat Presiden parti Umno itu . Sebagai hasilnya setelah ahli memberi jawapan yang boleh difahami , Pak Lah nampaknya tidak mempertahankan pendapatnya, malah terpaksa akur dan bersetuju menyerahkan jawatan Presiden parti lebih awal iaitu  pada Mac 2009  (bagaimanapun belum secara rasmi lagi).

Ahli MT Umno juga langsung tidak mempertahankan keputusan yang sebulat suara yang mereka buat sebelumnya bersama dengan cadangan Presiden parti itu.

Laporan media pada 27 September 2008 jelas perkara ini berlaku begitu walaupun Pak Lah berkeras menyatakan “adalah hak saya sendiri nak lepaskan jawatan kepada Mac 2009 atau tidak”, tetapi hakikatnya ahli parti sudah menghendaki begitu.

Soalnya mengapa Pak Lah terpaksa lupakah keputusan awalnya untuk menyerahkan jawatan Presiden parti pada 2010 kepada Najib?

Di sana terdapat tekanan yang jelas datang dari kiri kanan, belakang hadapan, atas dan bawah Pak Lah sendiri.

Dari kanan, Pak Lah mendapat tekanan dari dalam parti  sendiri iaitu dari Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri  yang digugurkan, Ketua-ketua  syarikat GLC yang dibersarakan , ahli-ahli korporat dan kontraktor-kontraktor yang terdiri dari ahli Umno yang tak dapat projek , tokoh-tokoh Umno yang tak terpilih bertanding dalam pilihanraya ke 12 lalu,  mereka ini amat cekap ‘ Menangguk Di air Keruh’ dengan menamakan diri mereka sebagai orang Najib.

Mereka ini membaca bahan-bahan bacaan yang ditulis oleh pihak pembangkang mengenai kelemahan kepimpinan Umno dan kerajaan sekarang, dan meletakkan segala kesalahan yang disenaraikan itu sebagai kelemahan dan kesilapan Pak Lah, oleh itu beliau kena meletakkan jawatan segera.

Manakala tekanan dari belakang pula ialah para pengikut setia Pak Lah yang mendesak Pak Lah bertindak lebih keras terhadap orang-orang yang menentang beliau di semua sektor dan lapangan perjawatan, tetapi tidak dihiraukan oleh Pak Lah selama ini. Mereka amat kecewa sehingga mahu Pak Lah turun saja dari jawatan tertinggi itu .

Tekanan dari atas ialah dari atas rumah beliau sendiri iaitu anak-anaknya, menantuya serta rakan anaknya Kalimullah Hassan. Sekarang ini segala gerak geri mereka , kenyataan mereka, tindak - tanduk  mereka ini menimbulkan curiga di kalangan rakyat khususnya ahli UMNO. Banyak sekali tulisan dalam media bukan arus perdana serta laman blog memperkatakan  tentang  hubungan rapat Kalimullah Hassan dan Khairy dengan pihak tertentu di Singapura, sedangkan Singapura adalah sekutu rapat Amerika,  telah dijadikan alasan yang kuat untuk melabelkan mereka ini berbahaya kepada negara.

Pada pandangan mereka , untuk meminta Pak Lah hentikan perkara ini semacam tidak mungkin kerana kata mereka Pak Lah terlalu sensitive dengan sesiapa yang menimbulkan isu mengenai menantu dan anaknya. Lalu mereka bersuara “Kalau Paklah tak boleh halangi keadaan berbahaya ini, hanya bila Paklah berhenti sahaja barulah hal itu boleh diatasi”.

Manakalan tekanan dari bawah pula adalah dari akar umbi khususnya NGO.  Saya sendiri banyak kali cuba berperanan untuk Pak Lah bertemu dengan para pemimpin NGO tetapi dijawab oleh Pak Lah, “ Yazid bagi dulu ringkasan apa yang depa bincangkan, nanti bila jumpa depa senang.” Tetapi apabila saya beri ringkasan isu yang perlu dibincangkan dengan NGO, Pak Lah tidak pun menjawab, begitu lama saya tunggu tidak juga tiba panggilan Pak Lah. Kata orang segala bahan bacaan dibaca oleh ‘ahlilbait’ Pak Lah. Kalau tak mustahak baginya, jawapan tak akan diberikan.

Bila saya cuba buat appointment ada halangan dari pihak pejabatnya. Saya pernah pilih untuk ikut Pak Lah sampai ke Pulau Pinang. Saya lakukan ini untuk bantu Pak Lah (sebagaimana yang beliau minta saya berbuat demikian sejak beliau menjadi Menteri Luar lagi “sebagai  wartawan orang lebih mempercayai u kerana tidak memihak” ).  Saya ke Pulau Pinang dan tiba dari awal dari Pak Lah dan menginap di hotel yang sama  dan bila ada kesempatan saya menemui Pak Lah untuk mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukannya  Pak Lah dan saya amat terkejut apabila Pak Lah menjawab;

 “ Sekarang ini ada satu jawatankuasa yang membuat keputusan mengenai perkara seperti itu. Paklah kena ikut pandangan mereka…”  Sejak jawapan itu keluar dari mulut Pak Lah, saya tidak lagi mencadangkan apa-apa pada Pak Lah. Perkara ini berlaku di awal Pak Lah menjadi Perdana Menteri dahulu .

Sebagai orang beriman Pak Lah harus tabah , hanya Allah sahaja yang perlu ditakuti. Fa iza azamta fatawakkal alallah,  innallaha yuhibbul mutawakkilin !

Soalnya benarkah ahli Umno sendiri yang mahukan peralihan pucuk pimpinan Umno ini dibuat begitu cepat sehinggakan bertentangan dengan hasrat PM dan TPM sendiri yang mahukan peralihan pucuk pimpinan parti itu berlaku pada 2010, atau ada pihak yang hanya menggunakan nama ahli parti .

Melihat kepada reaksi Najib, dia tidaklah mahu mendapatkan segera penyerahan dan peralihan pucuk pimpinan parti tersebut. Cuma bila banyak pihak sering menyebut ahli Umno yang mahu itu dan ini, Najib terpaksalah mengikut lenggok mereka , iaitu bersetuju menerima peralihan tersebut, sebab takut pula dikatakan dibelakang, Najib tidak ikut kehendak ahli.

Apapun marilah kita doakan agar di bulan baik hari baik ini kita doakan kesejahteraan rakyat dan negara ini . Kepada umat Islam, selamat Aidilfitri maaaf zahir batin.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack