|
 |
| Pak Lah dan Najib di sidang media |
Kecenderungan tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO menyebut “peralihan kuasa”daripada Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah ) kepada Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Dato’ Najib ), pada hal apa yang berlaku ialah peralihan pucuk pimpinan parti UMNO dari Pak Lah kepada Najib.
Ada pun “peralihan kuasa” hanya berlaku apabila Najib angkat sumpah menjadi Perdana Menteri di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, manakala SPB Yang Dipertuan Agong pula berkenan menandatangani watikah perlantikan dan diisytiharkan secara rasmi di Balairong Seri Istana Negara.
Apa yang berlaku adalah satu dalil jelas bahawa tidak ada kuasa yang dipindahkan dari Presiden UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO. Yang ada hanyalah sekadar perpindahan jawatan dalam pucuk pimpinan parti daripada Ketua kepada Timbalannya. Itu sahaja. Bidang kuasa sebenarnya adalah berada dalam tangan ahli parti.
Ertinya kuasa yang sebenar adalah berada dalam tangan ahli-ahli parti UMNO sendiri . Ia tidak pernah pindah kuasa cuma mungkin tanpa sengaja ia terpindah ke tangan Tun Dr.Mahathir semasa beliau menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri dahulu.
Pertunjuk tentang kuasa UMNO ini jelas berada dalam tangan ahli parti apabila Pak Lah mengumumkan untuk menyerahkan jawatan Presiden parti kepada Najib pada tahun 2010, ternyata hanya satu cadangan Pak Lah sahaja.
Beberapa bulan berikutnya ahli parti memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak setuju dengan pendapat Pak Lah itu.Sebagai hasilnya setelah ahli memberi jawapan Pak Lah terpaksa akur dan bersetuju menyerahkan jawatan Presiden parti lebih awal iaitu berkemungkinan pada Mac 2009.
Laporan media pada 27 September 2008 jelas perkara ini berlaku begitu walaupun Pak Lah berkeras menyatakan “adalah hak saya sendiri nak lepaskan jawatan kepada Mac 2009 atau tidak”, tetapi hakikatnya ahli parti sudah menghendaki begitu.
Soalnya mengapa Pak Lah terpaksa lupakah keputusan awalnya untuk menyerahkan jawatan Presiden parti pada 2010 kepada Najib?
Di sana terdapat tekanan yang jelas datang dari kiri kanan, belakang hadapan, atas dan bawah Pak Lah sendiri.
Dari kanan, Paklah mendapat tekanan dari dalam parti yang dikuasai oleh orang-orang Najib, dari kiri pula ia ditekan oleh kumpulan pembangkang yang dahagakan kuasa mencuba meruntuhkan kerajaan BN.
Tekanan dari hadapan ialah agar UMNO yang menyebelahi Tun Mahathir, Najib dan orang-orang yang desperado dalam UMNO yang tidak terlantik ke jawatan-jawatan tertentu. Manakala tekanan dari belakang pula ialah para pengikut setia Pak Lah yang mendesak Pak Lah bertindak lebih keras terhadap orang-orang yang menentang beliau, tetapi tidak dihiraukan oleh Pak Lah selama ini.
Tekanan dari atas ialah dari atas rumah beliau sendiri iaitu anak-anaknya, menantuya serta rakan anaknya Kalimullah Hassan. Sekarang tindakan mereka ini menimbulkan curiga di kalangan rakyat khususnya ahli UMNO.
Manakalan tekanan dari bawah pula adalah dari akar umbi khususnya NGO. Saya sendiri cuba berperanan untuk Pak Lah bertemu dengan para pemimpin NGO tetapi dijawab oleh Pak Lah, “ Yazid bagi dulu apa yang dibincangkan, nanti boleh jumpa depa bila dah sedia.” Tetapi apabila saya beri ringkasan isu yang perlu dibincangkan dengan NGO, Pak Lah tidak pun menjawab, begitu lama saya tunggu tidak juga tiba panggilan Paklah.
Bila saya cuba buat appointment ada halangan dari Ketua Setiausaha .Sebagaimana orang ramai mengalami demikian, begitu jugalah saya . Kerana sulit untuk buat temujanji, saya pilih untuk ikut Paklah sampai ke Pulau Pinang. Saya lakukan ini untuk bantu Paklah (sebagaimana yang beliau minta saya berbuat demikian sejak beliau menjadi Menteri Luar lagi). Saya ke Pulau Pinang dan tiba dari awal dari Pak Lah dan menginap di hotel yang sama dan bila ada kesempatan saya menemui Pak Lah untuk mencadangkan beberapa nama bagi jawatan tertentu di pejabat Pak Lah dan saya amat terkejut apabila Pak Lah menjawab;
“ Sekarang ini ada satu jawatankuasa yang membuat keputusan mengenai jawatan-jawatan seperti itu. Paklah kena ikut pandangan mereka…’ Sejak jawapan itu keluar dari mulut Pak Lah, saya amat kecewa. Dan sejak itu saya tidak lagi mencadangkan apa-apa pada Pak Lah.Perkara ini berlaku di awal Pak Lah menjadi Perdana Menteri dahulu,
|