A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini279
mod_vvisit_counterBulan Ini6992
mod_vvisit_counterJumlah845611
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MALAYSIA KIAN PUDAR
SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MALAYSIA KIAN PUDAR PDF Cetak Emel

 

jelajah_-bendera.jpg 
         JELAJAH MERDEKA 2008

Dua hari lalu, saya mengambil sedikit masa sibuk untuk singgah sebentar di salon rambut di kawasan kediaman saya di Seri Gombak. Salon tersebut menjadi salon keluarga saya sejak 16 tahun lalu. Tuanpunya salon tersebut seorang wanita Cina sebaya dengan isteri saya bernama Sarina. Kami sudah macam saudara kerana terlalu mesra. Sebab itu saya tidak teragak-agak menempelaknya bila petang itu Sarina berkata,

“ Hei Datuk, Datin! Sudah lama tak nampak. Pergi mana?” Lantas saya jawab, “ saya baru sahaja balik dari program patriotik Jelajah Merdeka. Bukan ke setiap tahun saya pergi ke seluruh negara bersama keluarga dan lain-lain keluarga yang bersemangat patriotik untuk kibar jalur gemilang. Lupa ke?”

“ Ayo…. Datuk Datin! Saya lupalah nak merdeka. Datuk dan Datin tahu ke, ada orang Melayu tanya saya kenapa sekarang tak ada orang kibar bendera. Jalan-jalan raya dan kereta tak ada bendera. Saya sendiri tak tahu mahu jawap apa. Kenapa ya!”

Hati saya begitu panas dengar kata-kata Sarina tu, lantas dengan suara lantang tanpa pandang kiri dan kanan terus meninggikan suara, “ Hei Sarina! Kibar bendera bukan kerja orang Melayu sahaja tau. Semua bangsa mesti ada semangat cintakan negara, Bukan senang kita nak capai merdeka, kenapa susah sangat nak beli sekeping dua bendera negara dan bukannya mahal pun , untuk dikibarkan di kedai, rumah atau di kereta untuk tunjukkan setahun sekali ingatan kita terhadap ulangtahun kemerdekaan negara.”

“ Sarina! saya tengok dikedai kamu ini pun tak digantung bendera, kenapa hah?” Kawan saya itu tersipu-sipu lalu datang merapati kerusi kami berdua duduk  dan berkata, “ Ada lebih bendera ke…berila saya satu nak gantung di kedai saya ni.” Saya jawab, “pergilah ambil dalam kereta saya tu ada dua helai lagi pasanglah di kedai kamu..saya memang bercadang beri untuk orang macam kamu nilah..tahu cari wang saja hari kemerdekaan negarapun lupa nak raikan! ..”

Begitulah segelumit kisah rakyat Malaysia yang semakin nipis semangat patriotik mereka. Orang seperti Sarina itu, pada pemerhatian saya,  adalah merupakan   majoriti rakyat Malaysia kini yang sudah semakin menipis semangat patriotik dan cintakan negara.

Malah, sepanjang penjelajahan mengarak Jalur Gemilang oleh pasukan kami bagi fasa pertama ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini,  kami hanya bertemu dengan dua buah kereta sahaja yang meletakkan Bendera Jalur Gemilang di bahagian atas kereta mereka. Itupun lori panjang, manakala kereta biasa tidak ada langsung, kecuali kereta-kereta ahli rombongan kami yang terdiri dari 151 buah keluarga patriotik yang menghiaskan lereta mereka dengan bendera besar Jalur Germilang diatas bonet hadapan dan bendera kecil diletakkan dikiri kanan bahagian atas kereta. Manakala satu bendera besar pula diletakkan dibahagian belakang kereta pacuan empat roda.

Isu-isu politik semasa negara masa kini jelas memperlihatkan bahawa kepayahan dan semangat juang pemimpin-pemimpin negara ini untuk menuntut kemerdekaan daripada Penjajah British 51 tahun yang lalu semakin dilupakan. Anak-anak muda jauh sekali mahu mendekati diri dengan aktiviti kenegaraan dan program patriotik. Mereka lebih dihanyutkan oleh budaya barat yang mengkhayalkan. Pemikiran mereka telah dijajah dengan budaya hore-hore yang dipopularkan oleh Barat.

Sementara para pemimpin negara pula sibuk dengan isu-isu politik semasa sehingga lupa akan ketibaan Hari Kemerdekaan Negara. Majlis Perlancaran Bulan Kemerdekaan yang diadakan 17hb. Ogos setiap tahun sudah dilenyapkan sama sekali dari kalendar perayaan bulan kemerdekaan negara. Sedangkan majlis itu penting sebagai satu tanda atau peringatan bahawa negara akan meraikan kemerdekaanya dan rakyat disedarkan betapa kemerdekaan itu penting dipertahankan.


Sebelum ini perbelanjaan meraikan kemerdekaan negara diperuntukkan sekitar 40 juta ringgit setiap tahun, dan tahun ini hanya sekitar 20 juta sahaja. Itupun peruntukan meraikan kemerdekaan itu diberikan terus kepada negeri-negeri untuk dibuat sendiri di negeri masing-masing dan tidak ada perayaan besar-besaran diperingkat pusat seperti tahun-tahun sebelum ini.Hanya syarikat-syarikat besar seperti Petronas membuat perayaan sendiri di peringkat dalamannya.

Saya ingin mengakhiri tulisan di laman ini dengan mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat negara ini, marilah kita sama-sama meraikan Jalur Gemilang kita , kerana ia adalah lambang kemerdekaan negara kita. Amat penting lagi kerana ia adalah lambang kita memerintah sendiri di negara kita ini, dan bukan dijajah lagi.

Serentak itu marilah kita nyahkan jauh-jauh sebarang unsur yang boleh menjejaskan kemerdekaan negara kita, seperti (segelintir rakyat negara ini) mengharapkan kuasa asing agar memerhatikan negara kita ini, kerana inilah cara yang dibuat oleh segelintir rakyat Iraq semasa di bahagian akhir pemerintahan Saddam Hussein dulu. Akhirnya kuasa asing pun datang menghapuskan Saddam dan terus menjajah Iraq sampai kehari ini. Mahukah negara kita ini menjadi seperti Iraq? Nauzubillahi minzalik.

Hubaya..hubaya.. awas Musang Berbulu Ayam ..adalah lebih murah belanja mengeluarkan musang dari reban ayam, dari menanggung kerugian kehilangan semua ayam dibaham dek musang di kala kita alpa !!!.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack