A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 32 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini190
mod_vvisit_counterBulan Ini3108
mod_vvisit_counterJumlah495566
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow MENANGNYA ANWAR DI PERMATANG PAUH SEMPURNALAH PENGORBANAN AZIZAH BUAT ORANG BERNAMA SUAMI
MENANGNYA ANWAR DI PERMATANG PAUH SEMPURNALAH PENGORBANAN AZIZAH BUAT ORANG BERNAMA SUAMI PDF Cetak Emel
wan_azizah2.jpg
      WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Bila Dato’ Sri Anwar Ibrahim diisytiharkan menang sebagai Ahli  Parlimen bagi kerusi Pematang Pauh pada lewat petang 26 Ogos lalu, bererti sempurna sudah pengorbanan yang dilakukan Datin Seri Wan Azizah Bt Wan Ismail terhadap seorang yang bergelar suaminya .

Pengorbanannya bermula bila Anwar dikatakan terlibat dengan kegiatan homoseksual bersama-sama pasangan  lelakinya terutama yang tinggal sebumbung dengannya Sukma,  sehinggalah Anwar ditahan di Sungai Buluh di mana beliau berhempas pulas untuk membebaskan Anwar sehingga berjaya menubuhkan Parti Keadilan. Dengan parti keadilan inilah Azizah mendapat simpati pembangkang lain. Ini semua adalah pengorbanan yang dibuat untuk anak-anaknya dan apabila Anwar dibebaskan dari penjara Azizah bersama-sama Anwar pula membuat roadshow untuk mendapatkan  populariti untuk Anwar . Dalam pada itu pun Anwar terus melakukan tabiat lamanya dan Azizah bersabar dan terus bersabar.

Bayangkanlah, tergamakkah seorang suami yang berada di penjara yang selama ini dibela oleh isterinya dan apabila bebas merampas jawatan politik  sebagai Ketua Pembangkang yang disandang isterinya setelah berhempas pulas memenangi kerusi di Permatang Pauh dengan usaha tulang empat keratnya siang dan malam.

Azizah sebenarnya adalah merupakan `lembu korban’ di mana lembu ini dibela dari kecil sehingga besar sehingga dagingnya banyak dan dikorbankan oleh tuannya bila-bila disukai.Tidak bolehkah Anwar mencari cara lain agar isterinya kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana untuk memenangi kerusi itu begitu sukar Azizah bekerja dan apabila Anwar merasa masanya sudah sampai Azizah mesti letak jawatan bila-bila masa tanpa syarat. Pernahkah ditanya perasaan Azizah akan apa yang berlaku ini dan tidakkah Azizah merasa dia hanya alat untuk memenuhi nafsu politik seorang lelaki bernama suami semata-mata.

Tidak bolehkah Anwar bersabar sehingga isterinya cukup tempoh satu penggal. Patutlah saya mendapat satu sumber memberitahu bahawa Azizah sebenarnya bukan terlalu gembira apabila Anwar dibebaskan dari penjara. Mengapa? Mungkin juga Wan Azizah sudah tahu bahawa seseorang itu sukar melupai tabiat lamanya walaupun beberapa kali di penjara.

Sanjungan tinggi harus diberi kepada Azizah atas kemenangan Anwar Ibrahim baru-baru ini kerana tanpa pengorbanan Azizah , Anwar Ibrahim tidak akan dapat bertanding kerana seperti yang dimaklumkan yang beliau hendak bertanding di Cheras tempat Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi tidak mendapat laluan. Begitu juga tempat kerusi-kerusi PKR di tempat lain tiada laluan untuknya.

Tetapi sehingga kini tidak pernah terkeluar dari mulut Anwar yang beliau berterima kasih kepada isterinya kerana memberi laluan kepadanya bertanding di Permatang Pauh dan bila memanginya memberi peluangnya memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Saya ingin mencadangkan rakyat Malaysia yang membaca laman blog ini terutama kaum wanita agar menyediakan hadiah paling tinggi buat Wan Azizah atas pengorbanannya yang amat besar terhadap suaminya.

Walau bagaimana pun dari segi Islam pengorban ada hadnya. Pengorban boleh dibuat kepada suami dan anak-anak serta lain-lain selama ia tidak menimbulkan keburukan kepada pihak yang lain. Jangan sampai kita melindungi kejahatan seseorang yang boleh mengakibatkan hal yang buruk berlaku kepada masyarakat seperti fitnah memfitnah. Pada hal kita tahu hakikat sebenarnya. Inilah yang dikatakan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

Dalam agama Islam selain dari iman dan taqwa, hukum hakam dan peraturan dalam kehidupan sehari-hari , Maslahat Umum ( Maslahatil Ammah )  yang menyentuh masyarakat amat penting dijaga. Sebab itu turunnya Ayat Al-Quran yang berbunyi “ Alfitnatu  asyaddu minal qatli” yang bererti “Fintah itu lebih dahsyat dari membunuh”.

Ertinya sesuatu perkara yang benar-benar dilaku oleh seseorang tetapi  kita sembunyikan daripada pengetahuan umum demi menjaga maruah seseorang adalah baik. Tetapi ia dianggap baik selama ia tidak memudaratkan orang ramai. Sekiranya ia memudaratkan orang ramai maka rahsia sebenar harus dibongkar demi mengelak fitnah.

Nasihat saya kepada Azizah agar berwaspadalah untuk menyorokkn keburukan seseorang agar ia tidak berpanjangan menimbulkan huru hara dalam masyarakat yang disebabkan sikap ingin melindungi maruah seseorang dan pengorbanan anda hendalah ada batasnya.      

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack