A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini157
mod_vvisit_counterBulan Ini3075
mod_vvisit_counterJumlah495533
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PERMATANG PAUH : KEMENANGAN ANWAR BAWA PADAH KEPADA NEGARA MALAYSIA
PERMATANG PAUH : KEMENANGAN ANWAR BAWA PADAH KEPADA NEGARA MALAYSIA PDF Cetak Emel
lim_guan_eng.jpg 
    LIM GUAN ENG

Anwar mungkin menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh esok. Tidak ada sebab Anwar tak boleh menang kerana dia mempunyai kekuatan yang cukup untuk menang. Wang banyak hasil sumbangan Amerika Syarikat yang tak terhad kepadanya, tenaga berkempen cukup banyak, kerana bayarannya lumayan kepada setiap jentera PKR , kumpulan sabotaj yang ditubuhkan sangat kuat sehingga menakutkan jentera Puteri dan Wanita UMNO , kerana pemuda-pemuda dari kumpulan sabotaj PKR ini begitu berani menerpa dan memeluk mereka dari belakang bila terluang.

Selain itu, bagi sekerat dua pengundi Cina dan India dijaga oleh rakan kongsi Anwar iaitu DAP .

Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng pula hari ini mengumumkan

salahudin_ayub.jpg
      SALEHUDDIN AYUB

cuti umum untuk rakyat Pulau Pinang esok 26 Ogos agar semua rakyatnya boleh membantu memenangkan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil esok.

Sekiraanya Permatang Pauh dimenangi oleh Anwar, kedudukan Guan Eng akan selamat, tetapi jika sebaliknya ,menjadi ancaman kepada kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Sementara itu DAP Pusat pula dalam laporan media hari ini juga mengumumkan seorang berbangsa Melayu bernama Tengku Abdul Aziz sebagai Naib Pengerusi baru parti ini.

Ini tentulah ada kaitannya dengan penonjolan imej Anwar di pilihanraya Permatang Pauh, iaitu kepimpinan Anwar dalam Pakatan Rakyat menjadikan DAP mengambil Melayu sebagai Pengerusi parti mereka.

(Bagaimanapun Anwar gagal mengikis imejnya yang menjadi dalang kepada penubuhan Hindraf sebuah pertubuhan pelampau Hindu yang berbentuk radikal memperjuangkan nasib orang Hindu di negara ini yang kononnya dizalimi oleh UMNO dan Kerajaan BN.)  

Manakala ‘Ustaz-ustaz Upahan” pula begitu aktif memainkan ayat Quran dan Hadis Nabi bagi mengesahkan bahawa Anwar Ibrahin adalah seorang yang warak , tak buat dosa terkutuk liwat itu, agar para pengundi Permatang Pauh mengundinya.

Yang paling kuat memainkan sandiwara dalam pilihanraya kacil Parlimen Permatang Pauh ini ialah Datin Sri Wan Azizah, isteri Anwar sendiri yang tidak jemu-jemu mengulangi kenyataan bahawa suaminya dizalimi oleh pihak UMNO dan Kerajaan BN kononnya membuat tuduhan palsu terhadap Anwar melakukan liwat terhadap pasangan-pasangan lelakinya, pada hal suaminya kononnya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

(Azizah tahu dia berbohong “tetapi terpaksa berbuat begitu demi menjaga hati anak-anak” katanya. Azizah pernah mengadu dengan Kak Hasmah (Tun Dr. Siti Hasmah Mohad Ali) beliau sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Anwar yang membuat hubungan sesama lelaki dalam rumahnya (Sukma) dan sanggup ketepikan beliau sendiri, tetapi kini mengapa beliau bermati-matian pertahankan Anwar ?

Betul Anwar itu suaminya, tetapi janganlah pula menuduh orang lain menganiaya suaminya padahal dia tahu memang suaminya melakukan perbuatan itu? . Lihat saja senario terbaru suaminya, yang berdolak dalih bila diminta oleh orangramai agar dia membuat penafian bersumpah dengan cara Syariat Islam dimana-mana masjid atau dimana-mana saja di depan umum.

Anwar menjadikan perbuatan kejinya itu modal politik untuk mencari pengaruh dikalangan rakyat Malaysia. Yang kononya satu rekaan konspirasi untuk menjatuhkan maruahnya dan kepimpinannya ).

Selain itu Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pula bertindak menjadi ‘Tukang Enggeh’ kepada apa saja yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim, yang melambangkan beliau ini begitu akrab bak `Isi Dengan Kuku, Ibarat Aur Dengan Tebing’ yang tak boleh dipisahkan.

(Pendek kata apa saja yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim, Abdul Hadi pasti mempertahankannya dengan mengeluarkan ayat-ayat Al Quran dan Hadis Nabi bagi menyokong apa yang Anwar perkatakan itu betul.

Seolah-olahnya Abdul Hadi ini tidak mempunyai pendiriannya sendiri apabila Anwar memperkatakan sesuatu , itulah yang diikutnya. Barangkali Abdul Hadi ini masih terikat dengan susunan kepimpinan dalam ABIM dulu di mana beliau hanya Ketua ABIM Terengganu yang menerima arahan Anwar sebagai Presiden ABIM Pusat sepanjang masa dengan penuh taat tanpa engkar.

Sebetulnya,  ABIM yang sebenar sekarang pun tidak lagi bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Mereka mempunyai perbedaan pendapat dalam banyak perkara yang menjelaskan ABIM kini tak sehaluan dengan Anwar Ibrahim, apa lagi dengan isu Liwat Anwar sedari dulu lagi hingga kini.

 Malangnya Abdul Hadi masih terikat dengan Anwar sebagai Presidennya. Kalaulah  begitu sifatnya, Abdul Hadi meletakkan PAS begitu kecil, iaitu nun di bawah sayap ABIM yang dilihatnya masih dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Dalam hal ini saya nampak  kepimpinan pemuda PAS yang jauh lebih matang dari Presidennya. Pemuda PAS sahaja harapan ahli-ahli PAS boleh meletakkan kepercayaannya, yang mempunyai objektif yang jelas dalam semua perkara.

Saya tidak nampak Pemuda PAS Pusat pimpinan Salehuddin Ayub mempunyai pendirian yang sama dengan Presidennya Abdul Hadi Awang dalam hubungannya dengan PKR pimpinan Anwar dan DAP . Semestinya begitu. Sekiranya PAS mahu dihormati oleh orang-orang Melayu , pemuda PAS hendaklah keluar dari kepompong Abdul Hadi Awang yang terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim dan Mursyidul Amnya Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempunyai pendirian yang berubah-ubah mengikut anginnya.

Pendirian terbaru pemuda PAS yang jelas mahu membela Melayu dan Islam harus diberi pujian dan pengiktirafan yang tinggi yang menunjukkan pemuda parti ini jauh lebih matang dan ‘menjejak ke tanah’ sebarang pendiriannya dan tidak menerawang di awangan sepertimana Abdul Hadi Awang ).   

 Sikap PAS yang dilambangkan Abdul Hadi Awang , memang jelas bertujuan memancing undi di Permatang Pauh esok. Selain itu , para penyokong pembangkang dari seluruh negara dikerahkan oleh pimpinan parti mereka  untuk datang membantu Anwar Ibrahim, sedangkan para pimpinan UMNO di negeri-negeri merayu agar jangan ramai yang pergi ke Permatang Pauh kali ini bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.

Ertinya kematangan di pihak UMNO jelas, iaitu keselematan dan ketenteraman lebih diutamakan dari sikap buruk untuk mendapat kemenangan semata-mata dengan tidak mengambil kira faktor keselamatan rakyat jelata.

Oleh itu sekiranya Anwar masih lagi tidak boleh menang pilihanraya Permatang Pauh esok, bererti Anwar Ibrahim telah berkubur sebelum beliau betul-betul mati. Sekiranya dia kalah esok, eloklah dia kembali ke Amerika Syarikat meneruskan tugasnya di sana yang begitu besar sebagai Pengerusi Yayasan Keamanan Dunia .

Tetapi sekiranya beliau menang esok, ertinya kemusnahan kepada negara Malaysia ini, kerana ia akan menjaga sebuah jajahan takluk Amerika Syarikat , dimana segala keputusannya akan datang dari White House ! Hubaya..hubaya..rakyat Malaysia sekalian.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack