 |
Wan Azizah dan Nurul Izzah
|
Ketika dalam perjalanan ke pejabat mengikut Jalan Kuching sekitar jam
11 pagi,saya berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang amat sangat.
Saya tidak menjangka jam 11 pagi dikira waktu puncak di Kuala Lumpur.
Saya cuba berfikir, apa yang menyebabkan kesesakan begini. Saya melihat
laluan MRR2 ke Kepong berjalan lancar, maka kesesakan di Jalan Kuching
bukan disebabkan orang ramai mencari jalan alternative akibat kes
keretakan Jambatan MRR2.
Pertengahan Jalan Kuching terdapat sekatan jalanraya yang dibuat oleh
anggota polis. Baru saya teringat akan berita yang saya tonton dan
dengar malam tadi yang menyebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan didakwa
di mahkamah pagi ini atas kes liwat. Baru saya terfikir yang Jalan
Kuching itu sehala dengan Mahkamah Jalan Duta. Dan saya baru teringat
yang rumah milik Penasihat PKR itu berada di Segambut yang memang
bersebelahan dengan Jalan Kuching. Patutlah ada sekatan jalanraya!!!
Dalam hati geram ada, marah pun ada dan macam-macam lagilah. Maklum aje, kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur ini sudah sampai peringkat kronik dan sebagai pengguna saban hari berdepan dengan masalah ini, sudah tentu saya dan mungkin pengguna lain tidak mahu ada faktor yang lain menyebabkan kesesakan itu. Kalau faktor kereta rosak di tengah jalan, kemalangan jalanraya, pemeriksaan JPJ dan Polis untuk penunggang motorsikal memang senario biasa.
Tapi kita tidak mahu faktor baru,sekatan polis demi menjaga keamanan dan ketenteraman awam apabila para penyokong Anwar membuat onar apabila mentor mereka didakwa di mahkamah. Cukup…cukuplah!!! Rakyat Negara ini sudah muak dengan pelbagai kerenah yang ditimbulkan oleh Anwar dan pengikutnya sehingga tidak lagi ada ketenteraman apabila menonton televisyen mahu pun membaca akhbar. Setiap hari ada sahaja cerita dan drama yang episode berulang-ulang dan ceritanya memperbodohkan dan memperlekehkan minda rakyat.
Ini bukan cerita wayang yang Anwar boleh reka dan cipta untuk menarik simpati dan sokongan. Ini bukan caranya untuk meraih populariti. Janganlah memperlekehkan undang-undang negara sehingga tindakan beliau menunjukkan bahawa `akulah hero penyelamat rakyat dan negara ini’ Malaysia adalah milik rakyat Malaysia dan Anwar dan keluarganya jangan sama sekali mempamerkan bahawa kekuasaan dan pemerintahan Negara ini hanya layak milik keluarga mereka.
Betapa isterinya menjadikan jawatan Ahli Parlimen Pematang Pauh sebagai milik keluarga . Wan Azizah senang-senang membuat keputusan dan mengumumkan untuk mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU12 lalu untuk diserahkan kepada suaminya Anwar Ibrahim. Heh! Kerusi itu bukan milik keluarga Anwarlah. Apa perasaan dan maruah orang-orang di Pematang Pauh yang memilih Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen dulu? Beliau tidak boleh menanggap orang Pematang Pauh senang-senang menggantikan kerusi itu dari seorang isteri kepada suaminya?
Isu politik kekeluarga kini sudah menjadi trend di kalangan pemimpin parti pembangkang terutama DAP dan PKR. Lihat sahaja Karpal Singh dan anak lelakinya, begitu juga Lim Kit Siang dan anak lelakinya yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang dan mengikut langkah mereka Wan Azizah dan anak perempuanya Nurul Izzah. Kini tempat Wan Azizah diganti pula suaminya Anwar Ibrahim. Kalau menang, maka Anwar dan anak perempuannya pula di Parlimen. Heh! Apa nak jadi dengan politik kekeluargaan yang melanda Negara sekarang.
Kepada Anwar yang pernah saya kenali suatu ketika dahulu ingin saya berpesan. Kendalikan kes peribadi anda dengan tidak melibat rakyat. Janganlah terlalu bersandiwara dan berdrama ketika berhadapan dengan kegawatan begini. Kembalikan dan serahkan diri kepada Allah s.w.t. Selsaikan kes yang anda hadapi satu persatu dan janganlah terlalu gopoh untuk bertindak bagi memperlihatkan diri anda tidak bersalah.
Cara saudara bertindak akan menyeralah sifat dan sikap saudara yang sebenar. Tenang dan sabar ketika berhadapan dengan musibah. Tidak perlulah mengelabah. Kebenaran akan menyerlah kalau saudara tidak bersalah.
Ends/dnm
|