A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 28 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini120
mod_vvisit_counterBulan Ini3038
mod_vvisit_counterJumlah495495
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow JANGAN PERTIKAIKAN PERANAN WARTAWAN DAN MEDIA
JANGAN PERTIKAIKAN PERANAN WARTAWAN DAN MEDIA PDF Cetak Emel

Tugas wartawan merupakah penyambung lidah antara kerajaan dan rakyat. Rintihan, keluhan,

 media_dan_wartawan.jpg
   Media dan wartawan punya tugas

keresahan waima kegembiran dan kebahagiaan rakyat dapat disampaikan kepada kerajaan melalui laporan wartawan. Para pemimpin tidak akan mampu secara bersendirian untuk melihat dan mendengar rintihan dan keluhan rakyat kalau tidak mendapat laporan daripada wartawan.

Oleh itu, janganlah perlecehkan kerjaya wartawan hanya kerana laporan mereka menimbulkan ketidakselesaan kepada beberapa orang pemimpin dari negeri Terengganu. Janganlah kerana tidak dapat menggunakan Mercedes E200 Kompressor akibat laporan wartawan baru-baru ini, maka keluarkan kenyataan tidak rasional beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Terengganu akan kerjaya wartawan di negara ini.

Sebagai seorang bekas pengamal media lebih 30 tahun  dan pemimpin persatuan wartawanan pula maka saya terpanggil untuk menyatakan pandangan tentang kenyataan Bendahari UMNO Negeri Terengganu, Datuk Roslan Awang Chik dam Setiausaha UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu dalam dunia kewartawanan maka adalah tidak wajar untuk mengajar bagaimana seorang wartawan itu mesti bekerja. Apa lagi menuduh wartawan yang melaporkan isu penggunaan Mercedes E200 Kompressor oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu sebagai golongan yang mempunyai tahap kredibiliti yang rendah dan ‘tidak bertaraf nasional dan antarabangsa.’.

Apakah pendedahan penggunaan kereta jenis Mercedes dan memperlekehkan penggunaan kereta nasional yang menjadi kebanggaan negara dan rakyat ini tidak dianggap berita nasional? Apa lagi apabila kenyataan itu ditimbulkan oleh pemimpin peringkat negeri, maka sudah tentu berita itu diangggap nasional bentuknya.

Mempertikaikan produk buatan dalam negara oleh pemimpin negeri akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap mutu barangan sendiri. Ini soal partiotisme dan menjejaskan penjenamaan Proton yang dibuat oleh negara yang menelan ratusan juta wang kerajaan yang juga wang rakyat. Berpuluh-puluh tahun Kerajaan dan Proton bekerja keras bagi memperkenalkan dan memperkasakan kereta nasional untuk diyakini oleh rakyat dalam negeri mahu pun negara luar. Kini Proton sudah mempunyai nama di peringkat antarbangsa. Maka berita itu antarabangsa bentuknya.

Bagaimana kenyataan daripada para pemimpin ini dipetik oleh agensi berita asing dan dilaporkan di semua media di peringkat antarabangsa? Satu pekerajaan besar pula kerajaan untuk menjelaskan isu tersebut di peringkat antarabangsa.

Jadi, tiba-tiba keyakinan itu cuba dikoyak rabakan oleh kenyataan pemimpin kerajaan Negeri Terengganu. Maka menjadi kewajiban wartawan yang mempunyai tanggungjawab sosial untuk menlaporkan berita begini. Salahkah wartawan memaklumkan kepengetahuan rakyat akan sikap boros dan tidak patriotisme pemimpin yang mereka pilih?

Ini adalah isu nasional bentuknya. Ia bukan berita negeri Terengganu sahaja kerana ia telah melibatkan dasar kerajaan yang mengarahkan penggunaan kereta nasional oleh semua Exco Kerajaan Negeri yang di bawah Barisan Nasional. Kalau negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang di Selangor dan Kelantan juga menggunakan kereta Perdana V6, kenapa Exco Kerajaan Negeri Terengganu tidak selesa dengan penggunaan kereta jenis yang sama?

Adalah tidak wajar dan bersikap angkuh apabila mengatakan bahawa pembelian Mercedes E200 Kompressor RM3.43 juta itu adalah satu jumlah yang kecil bagi perbelanjaan sesebuah kerajaan negeri. Mungkin Kerajaan Negeri Terengganu yang bakal mendapat wang royalti minyak dari Petronas merasakan jumlah itu kecil, tetapi wang sebanyak itu begitu bermakna untuk memberi kehidupan yang selesa kepada beratus-ratus penduduk yang duduk di rumah  kayu yang hampir roboh di seluruh Terengganu.

Dalam keadaan kerajaan pusat berusaha untuk berjimat cermat akibat kenaikan harga minyak yang sekali gus menjejaskan kehidupan rakyat di semua peringkat, maka tidak wajar ada di kalangan pemimpin kerajaan negeri yang mempamerkan kehidupan mewah. Apabila rakyat dalam keadaan susah, maka kesusahan itu mesti dirasai juga oleh para pemimpin. Maka hiduplah secara sederhana. Mercedes itu lambang orang kaya dan berada. Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh wartawan dan media. Mereka tidak mempunyai niat apa-apa. Penyelewengan apa juga demi kepentingan rakyat mesti diutamakan, maka wartawan dan media tidak dilihat `bias’ dengan mendedahkan isu yang membabitkan parti pembangkang sahaja.. Kini penyelewengan di kalangan pemimpin kerajaan pusat dan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional juga tidak terlepas daripada mendapat liputan akhbar.

Satu yang pasti hasil dari pendedahan wartawan itu, pihak Badan Pencegahan Rasuah (BPR) telah pun memulakan siasatan. Bengkel servis kenderaan Perdana V6 yang diselenggarakan sejak tahun 2004 oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu telah disiasat.

Oleh itu, tugas wartawan secara ikhlas dan tidak mempunyai apa-apa agenda akan mengungkai banyak permasalahan dan penyelewengan. Maka para pemimpin kerajaan negeri Terengganu janganlah mempunyai pandangan serong dan negatif akan tugas wartawan apabila sesuatu isu itu ditimbulkan. 

Baik pemimpin politik mahu pun golongan wartawan, masing-masing mempunyai tanggungjawab sosial. Marilah kita sama-sama berganding bahu bagi kebaikan negara dan rakyat negara ini.

Ends/dnm

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack