|
Entah apa lagi yang hendak digadaikan oleh orang Melayu lagi selepas ini. Dahlah Tanah Melayu
|
| PRESIDEN PARTI GERAKAN |
dah ditukar kepada Malaysia, Bahasa Melayu pun sudah ditukar kepada Bahasa Malaysia, sekolah Melayu pula sudah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan selepas ini entah apa lagi yang hendak dihapuskan atas nama Melayu.
Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan sekumpulan ahli parti Gerakan memasang beberapa papan tanda nama jalan di Pulau Pinang dalama bahasa Mandarin. Alasan yang diberikan oleh bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Gerakan, Dr. Thor Teong Ghee, papan tanda dalam bahasa Mandarin adalah perlu memandangkan Georgetown telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia. Pada hal bangsa teras negara ini ialah bangsa Melayu dan dunia pun tahu.
Jelas parti Gerakan yang sudah kecundang dalam Pilihanraya ke 12 cuba menarik simpati masyarakat Cina dan mengenepikan semangat Barisan Nasional (BN). Mereka begitu berani apabila nama parti semakin tersisih dari bibir orang Cina, maka mulalah bermain mata dengan parti DAP. Apakah dengan meletakkan nama jalan dengan bahasa Mandarin maka orang Cina kembali berpaut kepada mereka?
Gerakan mesti ada semangat setiakawan dalam BN. Atas nama setia kawan, setiap parti di bawah BN dapat memenuhi kehendak bangsa masing-masing tanpa mengenepikan apa juga yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara . Sudah jelas dan termaktub dalam Perlembagaan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Sudah 50 tahun negara Malaysia merdeka, kenapa hal seumpama ini diungkit dan dipertikaikan?
Perbuatan Gerakan itu adalah perbuatan provokatif dan cuba bermain api. Saya menyokong kuat dengan kenyataan Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa tindakan menaikan papan tanda tersebut jelas melanggar undang-undang kerajaan tempatan dan perlu dikenakan tindakan. Pihak berkuasa disaran untuk mengambil tindakan undang-undang kepada siapa pun juga yang cuba mempertikaikan dan membelakangkan Perlembagaan negara. Mereka ini boleh disamakan sebagai penjenayah, malah lebih dahsyat kerana boleh menyebabkan negara berada dalam huruhara.
Bangsa Melayu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Tetapi apabila sampai satu peringkat kesabaran itu boleh bertukar kepada kemarahan dan kebencian. Sebelum itu berlaku, maka perbuatan `kurang ajar’ dari ahli-ahli Gerakan yang cuba menidakkan bahasa kebangsaan dengan meletakkan papan tanda jalan dalam bahasa Mandarin di Pulau Pinang itu mesti disekat dan dihalang supaya tidak menular ke tempat-tempat lain dan ke negeri –negeri lain.
Gerakan mestilah menjadi kawan yang baik dan setia. Jagalah semangat setia kawan dalam BN. Jangalah sesekali teringat untuk menjadi `juara’ di kalangan masyarakat Cina . Dan jangalah sama sekali menjadi `gunting dalam lipatan’ di kalangan rakan – rakan dalam BN. ( dnm )
|