A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini135
mod_vvisit_counterBulan Ini3053
mod_vvisit_counterJumlah495510
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow SAMY VELLU MULA TUNJUK BELANG LAMA
SAMY VELLU MULA TUNJUK BELANG LAMA PDF Cetak Emel

Dua hari lalu hampir semua media arus perdana menyiarkan babak lakonan baru yang digelar

samy_vellu.jpg 
       SAMY VELLU

sebagai  ‘Presiden Seumur Hidup MIC’ membuat kenyataan dalam Mesyuarat Agung parti India itu sehari sebelumnya, dengan menyatakan , bakal Presiden MIC akan datang , adalah terserah kepada ahli parti tersebut, samada mahu mengekalkannya atau pilih orang baru.

“ Ayoyo Samy…..! itu macam kalu, jadi Presiden MIC seumur hidupla !..”. kata seorang sahabat saya , bekas Pegawai Diplomat ke Asia Timur,  melalui email kepada saya beberapa jam lalu, kerana pemimpin MIC ini,  setiap kali tiba Mesyuarat Agung partinya, dia sering buat alasan yang mengelakkan dia berundur dari parti tersebut.

Berpuluh tahun Timbalan lamanya , Dato’ S.Subramaniam menunggu janjinya bertahun-tahun untuk melepaskan jawatan itu kepadanya, tetap tidak berhasil. Alih-alih, bila pengaruh Subra kian meningkat dan semakin banyak ahli partinya menyuarakan agar beliau menyerahkan kuasa kepada Subra  itu, beliau terus cari pasal, cari helah dan  buat strategi untuk menghancurkan Subra.

Kerja Dato' Seri S. Samy Vellu seterusnya ialah memerangkapkan Subra, di mana Samy mengarahkan orang suruhannya membuat kenyataan menentang beliau, kononnya Subra yang mahu kenyataan itu dibuat, dan masa itulah Samy secepat kilat membuat kenyataan kepada media secara besar-besaran kononnya Subra mengkhianati beliau dan menyeru ahli MIC menolak Subra.

Berikutan itu , pergolakan timbul di mana para penyokong Subra menyuarakan rasa tak puas hati terhadap Samy , dimana kemuncaknya Samy menggunakan pengaruhnya yang rapat dengan Perdana Menteri (Dato; Seri Dr. Mahathir Muhammad), Subra disingkirkan dari kepimpinan MIC dan tidak dipilih bertanding dalam  pilihanraya oleh Samy.

Bagaimanapun, kerana pengaruh Subra yang begitu kuat dan mendapat simpati dari majoriti ahli MIC, desakan dibuat oleh ahli MIC sendiri kepada PM dan akhirnya PM melantik Subra menjadi Ahli Dewan Senat (Senator) dan PM memberikan kepada Subra jawatan Timbalan Menteri.

Kerana malu dengan apa yang berlaku, Samy berpura-pura rapat dengan Subra, dengan memberitahunya, kononnya beliaulah yang mencadangkan kepada PM untuk mengambil Subra sebagai Senator serta melantiknya menjadi Timbalan Menteri. Sebenarnya, Samy beberapa kali mengadap PM untuk merayu agar jangan melantik Subra sebagai Menteri penuh, cukuplah dengan Timbalan Menteri sahaja.

Beliau takut, sekiranya Subra dilantik menjadi Menteri penuh, pengaruhnya akan bertambah kuat dan pastilah akan dapat mengalahkannya apabila berlaku perebutan calon untuk jawatan Presiden MIC.

Sebenarnya banyak faktor mengapa Samy begitu bencikan Subra. Antaranya yang paling besar sekali ialah, S. Subramaniam ini adalah dari keturunan kasta Brahmin, iaitu kasta yang paling atas serta amat dihormati dan dipandang tinggi dalam amalan sistem kasta di Benua India, sedangkan S.Samy Vellu, kalau tak silap maklumat yang saya terima,  adalah dari keturunan kasta yang paling bawah sekali di India, iaitu Sudras,  yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Paria’ di mana ia dipandang hina dan jijik oleh orang-orang yang berada dalam kasta-kasta yang lebih tinggi daripada mereka.

Semasa saya di New Delhi India beberapa tahun lalu,  bagi menyertai mesyuarat tahunan Majlis Eksekutif  Pertubuhan Belia Pelajar Negara-negara Berkecuali atau Non Aligned Students And Youth Organization atau rengkasnya  NASYO,  mewakili Asia Tenggara,   saya diberitahu oleh pegawai diplomat kanan di Kedutaan Malaysia  di Ibu Negara India itu, bahawa masaalah kasta yang masih diamalkan secara berleluasa di kalangan rakyat India kini, menimbulkan masalah di Kedutaan itu .

Ertinya, sekiranya di India masih lagi mengamalkan sistem kasta dalam kehidupan sehari-hari, maka tidak hairanlah, di Malaysia juga amalan itu tetap sama. Inilah sebenarnya punca masalah di kalangan kaum India di negara ini,  lebih-lebih lagi dalam MIC, dan inilah hakikat sebenar pertentangan puak Subra dengan puak Samy.

Bagaimanapun, mengenali Subra, dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang ‘Brahmin’ dalam semua pergaulan dan tingkahlakunya terhadap kaum India di negara ini, kerana amalan di Malaysia, semua orang sama dan tidak ada kasta disini. Namun Samy tidak boleh menerima hakikat ini., dan Subra mesti dihapuskan dalam politik kaum India di negara ini.

Kini, Samy sudah tidak sebut lagi peralihan kuasa kepada Timbalan Presiden MIC  Dato' G. Palanival yang ada sekarang, iaitu yang mengganti tempat Subra. Barangkali beliau sudah serik, dulu dia sebut nak serahkan kepada Subra tetapi bila beliau tidak berbuat demikian ahli MIC berpecah dua. Menurut sumber dari MIC sendiri, walaupun Timbalan Presiden MIC yang ada sekarang adalah sama kasta dengan Samy, namun kerana beliau masih ‘kemaruk’ kuasa , dia tidak sanggup melepaskannya lagi kepada timbalannya.

Saya yakin dan percaya, sudah ada elimen rasa tak puashati di kalangan para penyokong Timbalan Presiden MIC yang baru ini, yang mahu Samy serahkan kuasa segera kepada timbalannya. Ada kemungkinan besar bekas penyokong Subra kini berada di belakang Timbalan Presiden MIC yang baru ini, dan mungkin mereka menggunakannya untuk membalas dendam terhadap Samy yang telah mengeluarkan Subra dari kepimpinan MIC berikutan dari perebutan kuasa dalam MIC  dulu itu.

Kepada Timbalan Presiden MIC dan para penyokongnyalah  Samy tujukan ucapannya dua hari lalu itu, dimana beliau dengan jelas menyatakan, bahawa Presiden baru MIC tidak boleh ditentukan lagi sekarang, tunggulah ahli buat keputusan . Kalau begitu apa fungsi Timbalannya yang beria-ia disokong semasa menentang Subra dulu? Tidakkah Samy jelaskan hasratnya masa itu bahawa bakal pemimpin utama MIC kelak harus datang dari timbalan yang beliau tentukan sendiri hari ini?

Kesimpulannya, Samy Vellu berdrama lagi. Dia mahu kekal jadi Presiden MIC seumur hidup, begitulah bacaan dari sikapnya kini.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack