|
Hari ini saya menerima buletin berupa sebuah majalah yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri
 |
| KHALID IBRAHIM |
Selangor akhir Jun lalu, dengan 16 mukasurat bertajuk : Edisi Khas 100 hari Pakatan Rakyat Selangor dengan d muka hadapan gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tersenyum lebar dengan ‘subhead’ tertulis di dada MB itu “ Semua kaum sambut baik dasar kerajaan baru” dan “ Gabungan tiga parti mantapkan Kerajaan Selangor”.
Yang jelas, bila diperhatikan isi kandungan bulitin Kerajaan Negeri Selangor ini dari muka hadapan sampai kemuka akhirnya , ia tidak pernah sekalipun menyebut hasrat kerajaan negeri itu untuk membela hak-hak orang Melayu dan membela agama Islam yang maha suci itu . Yang jelas, kerajaan negeri itu mencoba sedaya upaya mengambil hati orang-orang China dan India; seolah-olah Khalid Ibrahim ini bukan Orang Melayu dan bukan beragama Islam.
Mana-mana negeri dalam dunia ini adalah bersandarkan rupabangsa di mana kaum yang menjadi tuan kepada negeri berkenaan membentuk jatidiri berasaskan budaya , pegangan agama , adat istiadat dan segala peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan halatuju bangsa berkenaan .
Apa yang dizahirkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini hanyalah soal nak hidup, nak menang pilihanraya, nak senang makan minum sehari-hari, tanpa memikirkan nasib dan masa depan Bangsa Melayu, kedudukan Agama Islam, nasib Bahasa Melayu yang kian dipersendakan ditanahair sendiri dan sebagainya lagi.
Di negara ini kita bersyukur kepada Allah, kerana para pejuang Melayu yang juga pemimpin UMNO yang terdahulu telah memainkan peranan dia atas meletakkan asas yang kukuh terhadap hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, berasaskan hak ketuanan Melayu sejak lebih 2000 tahun lalu.
Bangsa Melayu ini adalah satu bangsa yang mempunyai pendirian dan jatidiri yang kental tetapi mempunyai corak pemikiran yang universal sifatnya, iaitu sedia menerima perubahan bila sesuatu yang baru datang kepada mereka itu kelihatan baik serta boleh dipercayai.
Mereka juga mempunyai ‘sangkabaik’ kepada sesiapa saja khususnya Bangsa Pendatang yang ingin mencari rezeki di tanahair merka. Mereka sangat menghormati tetamu. Bahkan ibu ayam yang sedang mengerang berpuluh biji telurp un disembelih untuk menjadi lauk bagi hidangan nasi tetamu mereka.
Itulah sebabnya Orang Melayu menerima Islam sebagai agama pegangan baru mereka, kerana sangat sesuai dengan pendirian dan pegangan mereka, bila dasar keimanan kepada Allah yang satu dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pesuruhNya dikemukakan kepada mereka bagi menggantikan pegangan Animisma dan penyembahan Semangat di busut-busut jantan, pokok-pokok besar dan sebagainya dulu itu.
Sebenarnya Orang Melayulah yang memberikan kemenangan kepada PKR untuk memerintah Selangor. Generasi muda di Selangor ini yang menerima pelbagai propaganda mengenai kebaikan parti-parti pembangkang telah menerima seruan pihak lawan UMNO itu untuk tidak mengundi parti Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO dan sebaliknya mereka menerima pakatan pembangkang yang ditunjangi oleh parti DAP .
Bila PKR berjaya memerintah Selangor , maka dasar PKR yang ditunjangi oleh DAP itu ialah berusaha sedaya upaya menghilangkan ‘ RASA KEMELAYUAN’ dan berikhtiar bersungguh-sungguh agar RASA CINTA KEPADA ISLAM tidak disebut-sebut langsung dalam apa-apa perkiraan dan program Kerajaan Negeri. Itulah kehendak DAP dan itulah kehendak asal kakak tuannya PAP iaitu parti yang memerintah Singapura.
(Sebagai catitan , ingin saya nyatakan di sini fakta sejarah , iaitu pengasas DAP, Lim Kit Siang adalah saudar sepupu Lee Kuan Yew pengasas PAP di mana mereka pernah tinggal serumah beberapa lama dirumah datuk mereka di Melaka. Disanalah dua beradik sepupu ini merancang , seorang menguasai Singapura melalui PAP dan seorang lagi menguasai Malaysia melalui DAP . Kerana Kit Siang ini berbangsa China maka sulit untuk menguasai Malaysia kecuali ada seorang tokoh Melayu yang hebat tetapi boleh menurut kehendak DAP. Maka orang yang dipercayai oleh Kit Siang akan memenuhi impiannya ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim)
Walaupun pengundi Melayu adalah majoriti di Selangor ini, hanya lima orang Melayu yang memenangi pilihanraya ke 12 baru-baru ini dilantik menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, itupun dengan hanya memegang peranan yang paling remeh dan tidak berfungsi langsung, berbanding dengan jawatan exco yang diberikan kepada kaum bukan Melayu. Yang jelas Khalid hanyalah seorang PAPET kepada DAP.
Dan sekiranya Khalid mengadu hal ini kepada Anwar Ibrahim pun, paling-paling Anwar hanya mengangkat bahu dan mencemik bibir sambil berkata dengan perlahan, “ apa yang boleh kita buat Lid, Singapura pun dah setuju dengan pembahagian begitu ”.
Kalau Khalid bukan patong kepada DAP, mengapa dia hanya bersetuju sahaja 100% dengan cadangan DAP untuk memulakan projek mega pertama di Selangor ini dengan mengumumkan Projek Ternakan Babi bernilai 100 juta???
|