 |
| ANWAR IBRAHIM |
Sejak beberapa hari lalu saya berada di Kota Kinabalu Ibu Negeri Sabah untuk acara rasmi beberapa hari, yang saya mulai dengan acara tak rasmi pada dua hari sebelumnya, untuk mengunjungi anggota keluarga dan sanak saudara saya yang agak ramai jumlahnya di Daerah Papar, yang agak lama juga saya tak ziarahi mereka di sana.
Saya amati kecenderungan teman-teman dan sanak saudara saya di Sabah ini samalah juga dengan keadaannya dengan di Semenanjung, apabila bertemu dengan saya , mereka ajukan topik perbualan terkini, tertumpu kepada peristiwa terbaru mengenai kes Liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di mana saja terluang untuk berbual-bual , samada di coffee house, ruang legar hotel ataupun di rumah.
Selain itu, sikap tunggu dulu sebelum membuat sebarang tindakan oleh Perdana Menteri terhadap pelbagai perkara yang mencetuskan kacau-bilau dalam negara ini oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara Malaysia yang makmur dan sejahtera ini, adalah antara bahan perbualan di kebanyakan coffe house di Kota Kinabalu ini.
Apabila bertalu-talu soalan diajukan oleh teman-teman dan sanak saudara saya di Sabah ini mengenai peristiwa tersebut , saya terpaksalah memberitahu mereka apa yang saya tahu mengenai duduk perkara itu melalui sumber rasmi dan tidak rasmi . Maksud saya sumber rasmi itu ialah apa yang dilaporkan dalam perbicaraan dalam mahkamah yang menyentuh perkara tersebut dan sumber tak rasmi pula ialah maklumat-maklumat mengenai perkara itu yang disampaikan oleh orang yang layak dipercayai tetapi tidak dikeluarkan dalam perbicaraan di mahkamah.
Seorang kenalan rapat saya mengajukan soalan mengenai mengapa Kedutaan Turki jadi pilihan Anwar Ibrahim dan mengapa Anwar melaporkan segala perkara yang berlaku ke atasnya di Malaysia ini kepada Amerika Syarikat.
Saya menjawab, seorang ahli perniagaan warganegara asing yang mempunyai rangkaian perniagaan yang agak besar di negara ini sejak lebih 10 tahun lalu, telah datang kerumah saya di ibu negara sehari sebelum saya bertolak ke Sabah ini, dalam masa berbual itu menceritakan punca Anwar Ibrahim masuk ke Kedutaan Turki.
Katanya, seorang ahli perniagaan permaidani berbangsa Turki yang telah tinggal di negara ini sejak berpuluh tahun lalu, yang mempunyai kecenderungan seks kepada sesama lelaki (homo sexual) , telah menjadi amat akrab dengan Anwar Ibrahim sejak begitu lama, dan beliau inilah yang mengaturkan Anwar menyeludup masuk ke Kedutaan Turki di Kuala Lumpur , sebaik saja bekas pembantu Anwar sendiri membuat laporan polis, bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar .
Pada pendapat beliau, Anwar masuk ke Kedutaan Turki itu adalah sekadar berlindung sementara untuk mencari jalan dan akal bagaimana cara beliau akan buat dengan sebaik-baiknya agar perkara ini tidak menghancurkan nama baiknya dan masa yang sama mencari keuntungan politik peribadinya dengan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
Ertinya, sekiranya Anwar tidak lari berlindung di mana-mana tempat yang selamat, ia pasti akan ditangkap polis, sebaik-baik saja laporan mengenai perbuatan liwatnya diadukan secara rasmi kepada pihak polis, dan ini sudah tentu memalukan beliau dan nama baiknya akan hancur-lebur . Dan apabila akal dan jalan atau helah sudah ditemui , beliau pun terus keluar dari kedutaan itu. Pengumuman PM yang berjanji tidak akan menangkap Anwar kerana laporan itu menjadi sebab utama beliau keluar dari kedutaan Turki itu.
Teman-teman dan kenalan saya di Sabah ini sungguh hebat mengemukakan persoalan Anwar ini kepada saya , mengalahkan ‘polis pencen’ !
Parsoalan benar atau tidak benar Anwar melakukan liwat ini (Nauzubillahiminzalik) , bagi saya Anwar boleh meyakinkan seluruh umat Islam di Malaysia ini khasnya orang Melayu dengan menolak ketepi segala bukti dan tuduhan yang dianggap palsu, dengan cara beliau melakukan ‘Lafaz Qasam’ menafikan tuduhan ini secara terbuka dihadapan media cetak dan elektronik. Selepas dari beliau melakukan ini Anwar boleh dianggap suci dari segala tuduhan jahat terhadapnya.
Kerana seseorang Islam wajib percaya kepada lafzul qasam atau lafaz qasam yakni satu cara bersumpah mengikut syarak, di mana seseorang yang mahu membersihkan diri dari sebarang tuduhan palsu yang boleh mengaibkannya, dengan meneyebut lafzulqasam dengan disambung terus dengan penafian tuduhan terhadap dirinya , dimana ayat penuhnya ialah, ‘Wallahi, Wabillahi , Watallahi saya tidak melakukan perbuatan……..tersebut’ .
Saya berpendapat Anwar perlu melakukan ini bagi ‘menjilahkan’ ( membersihkan dan menjernihkan ) fikiran bagi menimbulkan keyakinan dalam diri para pengikutnya khasnya, dan umat Islam umumnya. Kerana cara syarak ini memang tidak payah menyediakan saksi, tetapi ia boleh dipercayai dan diyakini. Seingat saya Anwar tidak pernah lagi melakukan ini sepanjang tuduhan liwat dibuat terhadap beliau sejak dulu hingga kehari ini.
Macamana umat Islam tidak boleh yakin dengan sumpah syarak ini sedangkan ia adalah cara yang digariskan oleh syarak dan bila ini dilakukan sesiapa juga yang beriman kepada Allah dan Rasul mesti percaya kepada sumpah cara syarak ini. Tetapi ada persoalan timbul , bagaimana jika seseorang itu membuat sumpah palsu atau berbohong dengan lafzul qasam ini ?
Jawabnya senang sahaja. Akibat dari berbohong derngan menggunakan lafaz qasam ini seseorang itu mungkin akan menerima hukuman yang amat berat dari Allah serta merta, tidak tunggu di akhirat lagi dengan kehancuran dan kemusnahan yang jelas .
Habis kesah Anwar dibualkan, timbul pula persoalan PM yang begitu berlembut dan bertolak ansur dengan segala kerenah rakyat Malaysia yang jelas boleh memusnahkan negara ini.
Persoalan dimulakan dengan Kumpulah Hindraf yang melakukan kerenah huruhara di Ibu Negara hanya didiamkan saja oleh pihak berwajib selepas dibuat beberapa tindakan kecil. Mengapa Kumpulan Al Maunah dibuat tindakan habis-habisan dan dibuat tuduhan sebagai penderhaka kepad DYMM Yang Dipertuan Agung, sedangkan kumpulan Hindraf jauh berkali ganda segi bahayanya daripada kumpulan Al Maunah, yang bukan sahaja menimbulkan huruhara dalam negara , tetapi menjatuhkan nama negara dimata dunia suluruhnya.
Saya memberikan pendapat kepada teman-teman di Sabah ini, bahawa, mustahil polis dan SB kita tidak tahu perancangan dibuat untuk melakukan huru-hara ini , tetapi mengapa tidak bertindak lebih awal? Sekiranya ada pihak ‘atasan’ pihak yang berkenaan tidak mengizinkan, ternyata pihak atasan berkenaan tidak peka dengan hakikat keselamatan negara dan orang berkenaan itulah (yang mempunyai kedudukan apa sekalipun) yang perlu ditahan oleh pihak polis, demi memelihara keselamatan negara.
Pada pendapat saya, adalah tidak bererti sama sekali untuk kita mempamerka atau menunjuk-nunjukkan kepada rakyat negara ini kononnya kita mempunyai sikap bertolak ansur dan sangka baik dengan semua orang, sedangkan kita faham, bahawa membiarkan seseorang berbuat sesuka hati itu berpotensi mencetuskan keadaan tidak tenteram dan tidak harmoni kepada negara ini.
Carilah mana ada negara yang aman tenteram di dunia ini boleh memejam mata atau membiarkan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan kerenah yang boleh memecah-belahkan rakyat , tanpa dilakukan tindakan tegas dan berkesan.
Kembali kepada apa yang berlaku di Sabah, saya telah menghubungi pihak Cawangan Khas (SB) politik kira-kira dua minggu lalu , di mana waktu itu saya berada di kediaman saya di Pasir Puteh Kelantan kerana saya gagal menghubungi pihak berkuasa kepolisian negara, untuk meluahkan perasaan kesal saya dengan kealpaan pihak keselamatn negara ini terhadap anasir yang hendak menjatuhkan kerajaan negara ini yang dipilih secara demokrasi dalam pilihanraya ke 12 pada 8 Mac lalu.
Saya beritahu pegawai kanan SB berkenaan ; tolong sampaikan luahan kekesalan saya kepada pihak berkenaan diatas sana, bahawa saya amat kesal dengan pihak berkuasa keselamatan , mengapakah mereka diamkan saja apabila berlaku pertemuan demi pertemuan dinegeri Sabah ini untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 8 Mac lalu itu.
Presiden Parti SAPP Dato’ Yong Tek Lee mengumumkan kepada media, telah tiga kali Anwar Ibrahim datang menemuinya untuk berbincang dan merancang untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Mengapa pihak yang mengatur pertemuan dan yang mengambil bahagian dalam pertemuan untuk menjatuhkan kerajaan BN itu tidak ditangkap lebih awal? Mustahil pihak SB tidak tahu apa yang sedang berlaku itu. Sekiranya hal ini dibiarkan begitu saja , maka tunggulah kemusnahan negara ini akan berlaku ! demikian saya akhiri dan menutup percakapan saya dengan pegawai berkenaan .
Perkara seperti ini jika berlaku di Pakistan atau negara yang seumpama dengannya, mereka yang terlibat itu sudah pasti ditembak atau dihukum mati serta-merta.Bahkan di Singapura, usahkan membuat konspirasi nak menjatuhkan kerajaan, berucap menyelar pimpinan negara pun sudah diambil tindakan yang amat memeritkan si pelaku berkenaan, sedangkan di negara kita maki-hamun pihak pembangkang kepada pucuk pimpinan negara tidak dipedulikan langsung
Kata mereka, “Apa faedahnya Pak Lah begitu berlembut dengan pihak yang mencetuskan keadaan tak tenteram dalam negara kita ini ? apakah Pak Lah fikir dia maafkan mereka, kami rakyat Malaysia ini boleh maafkan Pak Lah berbuat demikian? Itu tandanya Pak Lah lemah ! ”. dan sampai di sini saya menghiburkan mereka dengan kata, mungkin PM dah sedar sekarang, sikap lemah-lembutnya telah disalahtafsirkan oleh pihak berkenaan sebagai lemah dan tak mampu bertindak tegas terhadap mereka yang membuat onar itu.
Selain isu YTL dan Anwar Ibrahim, teman-teman di KK ini menimbulkan pula soal Khairi Jamaludin iaitu menantu PM . Saya sebenarnya dah jemu bercakap hal ini , kata saya kepada mereka , tetapi mereka tetap bercakap mengenainya , serta mengajukan satu dua ‘peluru penabur’ yang terkena dicuping saya.
“ Pak Lah tak perlu letak jawatan kerana beliau dianggap gagah dan berkuasa penuh sekiranya dia berjaya singkirkan Khairi dari kepimpinan UMNO dan membuat pengumuman kepada semua Menteri, pegawai-pegawai tinggi di semua Kementerian dan pihak Berkuasa Tempatan agar jangan melayan Khairi Jamaludin lebih dari rakyat biasa yang lain. Pak Lah juga mesti mencegah serta-merta Khairi dari mencampuri urusan calon yang bertanding merebut jawaan dalam Bahagian-bahagian UMNO sekarang ini , kerana terdapat desas desus Khairi memberikan peruntukan kepada calon-calon tertentu untuk melawan calon yang tak disenangi oleh calon pilihannya” kata seorang pemimpin UMNO Sabah kepada saya di coffee house di sebuah hotel terkemuka di KK pagi semalam.
“Sikap tolak ansur yang berlebihan dan sikapnya yang amat terikat dengan anak menantunya , menjadikan Pak Lah dilihat semacam tak mampu mentadbir negara kita yang sedia hebat ini. Pak Lah kena pisahkan perasaan sayangkan anak menantunya dengan tanggungjawab memerintah negara barulah Pak Lah dilihat hebat disertai dengan sifat kewarakannya itu ! ” tegas seorang ahli perniagaan berasal dari Semenanjung yang berkahwin dan tinggal di KK.
|