|
| Nazir Tun Razak |
Sejak dua minggu lalu para pelanggan CIMB atau yang dahulunya dikenali sebagai Bank Bumiputera (Malaysia) Berhad (BBMB) mengalami kekacauan dan gangguan yang amat kacaubilau. Anihnya media tempatan khususnya media arus perdana hanya membisu seribu bahasa; saya tidak dapat nak pastikan apakah ini akibat tapisan dalaman media itu sendiri demi mengambil hati pihak terbabit, atau suatu arahan pihak tertentu (sudah tentu bukan dari JPM) demi menjaga reputasi pihak terbabit?
Dalam tempuh lebih dua minggu lalu hingga sekarang sebarang urusniaga menggunakan cek CIMB tidak dapat dilaksanakan kerana semua cek itu tersekat dan disekat di pusat memprosesnya (clearance centre), dimana keadaan ini menimbulkan kemarahan pihak yang menerima cek CIMB dari pihak pemegang akaun semasa yang menggunakan cek bank tersebut untuk tujuan sebarang pembayaran atau urusniaga .
Contoh terbaik huruhara yang terjadi di CIMB ini ialah terjadi kepada diri saya sendiri. Lebih dua minggu lalu seorang ahli perniagaan yang berurusniaga dengan syarikat saya, telah membuat pembayaran lebih kurang RM200,000.00 melalui sekeping cek yang dikeluarkan sendiri oleh banknya (banker’s cheque) kepada akaun syarikat saya di CIMB, apa yang berlaku dua minggu lepas itu cek tersebut tak dapat pengesahan di bank tersebut !
Apa yangt berlaku, seperti biasalah bila sejumlah wang pasti ada dalam akaun , kita sebagai orang berniaga, tentulah mengeluarkan cek-cek tertentu untuk bayaran di sana sini, tetapi alangkah terkejutnya bila seorang demi seorang orang yang menerima cek dari syarikat saya itu menghubungi kami dan melaporkan cek syarikat kami telah ditendang !
Bayangkanlah perasaan berkecamuk, antara malu, marah dan panik berlaku di kalangan kakitangan pengurusan syarikat kami itu terutamanya akauntan dan komunikasi korporat . Saya yang sejak beberapa hari lalu menziarahi anggota keluarga yang meninggal dunia di Bukit Marak Kelantan dan di Baling Kedah, terpaksa berkejar balik ke KL akibat malapetaka di CIMB itu.
Saya mengingatkan diri saya, “ bahawa sebelum ini , saya seorang wartawan lebih dari 30 tahun bertugas di kumpulan NST dan Utusan di mana ilmu dari Pak Samad Ismail dan Pak Mazlan Nordin masih kukuh tersimpan di benak kepala ini, akan aku siasat dari mana punca segala bencana CIMB ini. Lagi pula aku pernah menjadi Pensyarah Sambilan di UiTM untuk matapelajaran Interpretative & Investigative Reporting, bekas muridku begitu ramai di media arus perdana dan di Tabloid, malulah kalau aku gagal mencari puncanya.” fikir saya.
Agak payah juga mencari maklumat yang sahih dan benar serta tepat , kerana saya telah lama meninggalkan tugas sebagai wartawan . Maklumlah , bidang perniagaan dan kewartawanan begitu jauh berbeda dari segi konsep dan amalannya . Tak banyak maklumat dari Bank Pusat, dalaman CIMB sendiri dan bank-bank perdagangan lain.
Bagaimanapun konteks lama masih ada di sana sini yang masih meyakini saya. Kerana sejak dari masa saya menjadi wartawan sampai ke akhir kerjaya wartawan , saya tidak pernah mendedahkan sumber yang memberikan maklumat rahsia kepada saya itu. Bagi saya, inilah keyakinan yang perlu dibina oleh seseorang wartawan terhadap sumbernya, dan ini juga satu daripada lapan prinsip etika kewartawanan yang utama.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai , punca segala-gala mala petaka di CIMB ini ialah kerana kurangnya pengalaman Dato’ Mohd Nazir Bin Tun Abdul Razak yang telah menjadi pemilik baru CIMB ini bagi memenuhi cita-citanya menjadi seorang korporat di bidang perbankan terkemuka di Malaysia khasnya dan di Asia amnya.
Pada pendapat saya, masalah timbul ialah Nazir itu sendiri tidak berpengalaman dalam perbankan, dia adalah seorang ahli perniagaan di bidang pelaburan , tetapi bagi melengkapkan dunia pelaburannya, dia memerlukan sebuah bank untuk menjadi sumber urusniaga.
“ Dia memiliki bank CIMB itu tidak salah Datuk ! tetapi yang teruk tu dia tak minta nasihat pakar, kerana mungkin dia fikir dia pandai, padahal dia bukan pakar dalam perbankan . Dia hanya mungkin dengar nasihat seorang dua rakan karibnya di bank yang kecil –kecil yang hanya mempunyai beberapa buah cawangan sahaja ! ” , kata seorang pengurus kanan disebuah bank perdagangan tempatan kepada saya ketika dibawa berbincang mengenai perkara diatas.
Satu sumber yang rapat dengan bank ini memberitau saya, apa yang berlaku di CIMB ini ialah Pusat Pengesahan Ceknya atau pusat Clearance Cheque Centre System (CCCS) di CIMB ini telah berlaku kesesakan yang mengharubirukan dan tak terurus sama sekali oleh kakitangan sebuah syarikat yang diberikan hak atau ‘outsource’ melakukan tugas ini.
“ Syarikat berkenaan sebelum ini hanya berpengalaman menguruskan clearance cheque system sebuah bank perdagangan kecil sahaja , yang hanya mempunyai tak lebih dari 10 cawangan , mana mampu nak menguruskan CIMB yang sangat besar itu , Datuk fikirlah sendiri, hancur Tuk ! ” , kata sumber saya yang lain, yang rapat dengan petugas di CCCS tersebut.
“ Apa yang saya tahu, bos syarikat yang membuat CCCS di CIMB ini kawan rapat Nazir “ , kata satu sumber lagi.
Pihak Bank Negara harus, bahkan mesti membuat tindakan tegas terhadap CIMB ini kerana jelas menimbulkan keadaan tidak harmoni dalam negara akibat dari kegagalan pihak berkuasa bank perdagangan CIMB ini menjalankan urusannya dengan orangramai di seluruh 350 cawangannya. Ingatlah CIMB ini adalah bank Orang Melayu yang dahulunya dikenali sebagai Bank Bumiputera yang dibanggakan oleh Orang Melayu, kerana bank ini merupakan bank pertama dikendalikan oleh kaum Bumiputera secara keseluruhannya dan masyarakat Melayu berduyun-duyun memberi sokongan dengan membuka akaun dan menyimpan wang disini dari sekecil-kecil jumlah sampai sebesar-besarnya.
Sehingga kesaat berita ini ditulis pihak berkuasa CIMB tidak pernah membuat kenyataan mengenai keadaan huruhara yang berlaku di bank ini dan jauh sekali meminta maaf secara terbuka kepada para pelanggan dan orang-orang yang berurusan dengannya , padahal para pelanggannya yang menggunakan cek untuk berurusniaga menanggung beban malu dan dimarahi oleh orang yang berurusniaga dengan mereka.
Nazir Tun Razak harus tahu perbezaan antara kawan dan perniagaan . Kawan yang tak berpengalaman yang boleh menimbulkan keadaan huruhara di kalangan pelanggan bank ini harus diketepikan sertamerta sebelum keadaan menjadi lebih buruk, kerana andalah yang bertanggungjawab di atas ketidakcekapan yangt berlaku kini , kerana anda pemilik bank ini sekarang . Janganlah menambahkan lagi beban abang anda yang mula kena ditempiaskan oleh kemelut politik semasa dalam negara ini.
|