|
“ Saya tak setuju To’ kerajaan memberikan wang subsidi minyak kepada pemilik kenderaan di
 |
| Kena buat sesuatu |
negara ini , kerana pertamanya membebankan kerajaan ; kerana fikirkanlah, pembayaran subsidi minyak di pejabat-pejabat pos seluruh negara, kerajaan mengeluarkan RM117 juta pada hari pertama saja, dan hitunglah berapa billion wang nak dibelanjakan wang negara lagi, sedangkan kerajaan memberi alasan, kenaikan minyak tak dapat dielakkan , agar pembangunan dapat diteruskan , lalu subsidi minyak sebahagian besarnya ditarik balik .
“ Tetapi kerajaan kononnya bermurah hati pula, memberikan subsidi minyak mengikut saiz pemilikan kenderaan melalui pejabat-pejabat pos seluruh negara. Kalau alasan pemberian subsidi melalui pejabat pos itu untuk meringankan rakyat, buat apa kerajaan tarik balik subsidi harga minyak itu sebelum ini dan bagi pula semula wang tunai kepada para pemilik kenderaan ?
“ Ingat , bila kerajaan sudah mula beri wang kepada orang ramai, ia tak boleh dihentikan lagi , kalau dihentikan, mulalah sepanduk direntang di sana sini ” , demikian luahan ekspresi seorang kawan lama saya Saudara Haji Johari , seorang kontraktor pembinaan rumah yang berwibawa di Daerah Gombak, semasa singgah sebentar di rumah saya malam tadi.
“ Kerajaan harus simpan wang itu untuk tujuan yang lebih mustahak lagi dalam keadaan gawat ini, tetapi apa yang kerajaan perlu buat ialah memberikan kemudahan khusus untuk kenderaan pengangkutan perdagangan yang perlbagai jenis itu , agar para peniaga dari pelbagai jenis pula , tidak mengambil kesempatan atas kenaikan pengangkutan sebagai punca mereka menaikkan harga barang ” , tambahnya dengan penuh yakin.
Ada benarnya kata-kata Johari itu, ramai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang secara sewenang-wenangnya dengan alasan tambang pengangkutan naik. Sekiranya dibahagikan kenaikan harga minyak pengangkutan kepada satu-satu barang yang diniagakan itu berjumlah hanya tiga sen sahaja , tetapi para peniaga mengambil peluang menaikkannya ke tigapuluh sen hingga ke satu ringgit atau lebih.
Ada jenis perniagaan yang langsung tidak menggunakan pengangkutan , tetapi turut menaikkan harga barang.
Lebih dahsyat lagi bila satu-satu barangan yang disimpan dalam stor bertimbun-timbun dengan menggunakan pengangkutan semasa belum harga minyak naik, peniaga berkenaan tetap mengambil kesempatan menaikkan harga barangannya dengan memberikan alasan kepada orang ramai, dia terpaksa menaikkan harga barang berkenaan dengan memberikan alasan kononnya kos pengangkutan sudah naik ! Peniaga seperti inilah yang diberikan gelaran sebagai ‘Lintah Darat’ .
Padahal peniaga berkenaan akan disanjung oleh para pengguna sebagai ‘mesra pengguna’ sekiranya dia menyatakan dengan tulus ikhlas, bahawa harga barangan itu tidak dinaikkan harga, kerana simpanan lama masih ada. Peniaga berkenaan akan mendapat keuntungan jangka panjang, di mana para pelanggannya tidak akan lari lagi, bahkan akan menjadi pelanggan setianya sampai kebila-bila, kerana kejujurannya itu.
Sebenarnya , pemberian wang subsidi minyak itu memang membebankan kerajaan , tetapi tidak ‘mesra rakyat’ Bahkan lebih jauh dari itu , pemberian wang seperti itu boleh mengecilkan hati para peniaga kecil, yang menggunakan motorsikal sahaja, seperti penjual pelbagai kuih muih, nasi lemak, nasi belauk, nasi dagang, sayur sayuran, ikan, daging dan sebagainya .
Oleh kerana mereka ini hanya menggunakan kenderaan motorsikal sahaja , maka mereka tidak layak diberikan bantuan minyak subsidi. Sedangkan , para peniaga setaraf ini dan yang seperti inilah yang begitu ramai diseluruh pelusuk luar bandar di tanah air kita ini!.
Kita yakin dan percaya Menteri Perdaganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kita Dato’ Shahril Samad mampu memikirkan perkara seperti yang dinyatakan diatas, bahkan adalah mudah bagi kementeriannya melaksanakan dasar tiada kenaikan harga minyak kepada kenderaan pengangkutan atau kenderaan perdagangan .
Kerana , dengan naiknya kos pengangkutan , seluruh peniaga dipelbagai sektor perniagaan samada kecil atau besar; akan terus menaikan harga produk jualan mereka secara sewenang-wenangnya , tanpa ada perasaan bertimbangrasa atau kasihanbelas terhadap golongan yang tidak berada.
|