A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini144
mod_vvisit_counterBulan Ini3062
mod_vvisit_counterJumlah495520
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow MASA BERJIMAT SUDAH TIBA – KENAIKAN HARGA MINYAK MASALAH SEMUA
MASA BERJIMAT SUDAH TIBA – KENAIKAN HARGA MINYAK MASALAH SEMUA PDF Cetak Emel
kilang-minyak.jpg 
 kenaikan harga minyak isu global

Sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada petang 4 Jun 2008 lalu, telefon bimbit saya tidak berhenti-henti berbunyi dan masa yang sama sms tidak berhenti masuk. Rata-rata marah dan mengeluh. Tidak kurang ramai pula meminta pengesahan berita itu, malah ramai juga yang minta saya cepat ke stesyen minyak berhampiran untuk mengisi minyak. Pokoknya pada petang itu, memang sibuk betul talian telefon saya, dan saya percaya begitu juga talian telefon bimbit orang ramai yang lain.

Begitulah senario petang 4 Jun lalu yang keesokkan harinya di setiap muka depan akhbar arus perdana menyiarkan gambar orang ramai berpusu-pusu menyerbu stesyen minyak untuk mendapat harga lama petrol dan diesel sebelum dinaikkan jam 12 tengah malam. Sejak hari itu, setiap hari media cetak dan elektronik menyiarkan kesusahan dan kerisauan orang ramai akan kenaikan minyak itu. Apa lagi parti pembangkang, menanguk di air keruh seolah-olah mereka sebahagian daripada rakyat jelata yang susah itu. Lantas dengan lantang mendesak kerajaan menurunkan harga minyak itu dan kemudian memulakan demontrasi jalanan bagi mendesak kerajaan memenuhi permintaan mereka. Lupa ke mereka yang mereka kini sudah menjadi kerajaan di 5 buah negeri? Mana peranan dan tanggungjawab mereka sebagai kerajaan negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan untuk meringankan beban rakyat ini?

Rakyat di lima negeri ini mesti menuntut janji Parti Pakatan Rakyat (PAS,DAP dan PKR) yang berjanji untuk menurunkan harga minyak kalau mereka berjaya memerintah dalam kempen PRU 12 lalu. Penasihat PKR sendiri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang beria-ia dan berkeyakinan boleh menurunkan harga minyak kalau partinya memerintah selepas PRU 12 lalu. Inilah masanya mereka mesti menunaikan janji itu. Mengapa desak kerajaan pusat pula untuk menurunkan harga minyak sedangkan mereka berkuasa di 5 buah negeri. Maka sewajarnya rakyat di 5 buah negeri itu diberi subsidi oleh kerajaan negeri yang diperintah oleh parti pakatan rakyat itu.

Oleh itu, memang wajar benarlah apa yang dicabar oleh Perdana Menteri agar parti pembangkang ini menurunkan harga minyak di negeri-negeri yang mereka kuasai dan tidak sekadar terus berjanji.

Janganlah kerana nak berpolitik sangat sehingga sanggup parti pembangkang menyorokkan kenyataan  hari ini akan kenaikan harga minyak dihadapi oleh seluruh dunia. Janganlah mereka nak melawak dan ‘mengula-gulakan’ rakyat jelata  dengan mengatakan kononnya mereka mampu menurunkan harga minyak dengan mudah. Mereka patut tampil ke depan melegakan keresahan rakyat dan sampaikan maklumat sebenar bahawa kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan. Senario ini dihadapi oleh seluruh negara di dunia. Mereka patut nyatakan syukur dan terima kasih kerana harga minyak di negara ini masih dikira murah dan kerajaan masih menyumbang subisidi 30 sen setiap liter.  Selain daripada itu, rakyat Malaysia  membeli minyak petrol tanpa plumbum RON 97 pada harga RM2.70 seliter yang harganya 17% lebih rendah daripada harga sebenar minyak itu yang berharga RM3.24 bagi setiap liter .

Oleh itu, janganlah parti pembangkang di peringkat pusat bertindak ‘mencurahkan minyak ke api’ dalam memperkatakan kenaikan minyak kepada rakyat. Mengajak rakyat berarak dan tujuk perasaan bukanlah satu tindakan yang bijak dan dianggap tindakan ke belakang. Sebab mereka sudah menjadi kerajaan di 5 buah negeri tetapi masih lagi bertindak seperti pembangkang yang tidak mengikuti perkembangkan dunia.

Soal ekonomi dan minyak ini, mereka patut tanya juga padangan bekas Menteri Kewangan dan bekas Pengerusi Petronas – Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li,tanpa berselindung menyatakan bahawa negara boleh bangkrap jika pemberian subsidi minyak bernilai berbilion-bilion ringgit setahun seperti diamalkan sejak 45 tahun diteruskan oleh kerajaan sekarang. Beliau memberi fakta akan kenyataan itu dengan berkata bahawa simpanan minyak Malaysia hanya mampu bertahan 5 tahun dari sekarang dan pemberian subsidi untuk menimbangi kenaikan harga minyak dunia tanpa langkah untuk menangani akan menyebabkan negara muflis.

Bagi kerajaan pusat pula, kesusahan rakyat itu difahami dan turut dirasai. Selain daripada memutuskan untuk memotong elaun dan kemudahan para menteri, kerajaan pusat juga merangka beberpa insentif untuk rakyat. Yang jelas, pada hari sabtu lalu, seluruh pejabat pos di seluruh negara diserbu oleh rakyat untuk mendapat rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian yang layak. Rebat tunai RM625 setahun kepada pemilik kenderaan berkapasiti enjin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jio berkapasiti enjin sehingga 2,500cc bukan satu jumlah yang kecil. Bagi pemilik motorsikal persendirian berkapasiti enjin 250cc pula menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Selain itu, kerajaan juga sedang merancang untuk memberi beberapa insentif dalam Perbelanjaan 2009 yang akan dibentangkan Ogos nanti yang antaranya kemungkinan besar mengurangkan cukai pendapatan.

Bagi rakyat pula, masa untuk bermewah sudah berlalu dan masa berjimat sudah tiba. Kita mesti berhemah dalam berbelanja. Gunakan kenderaan jika perlu sahaja dan bersusahlah sedikit menggunakan kenderaan awam. Rancanglah perjalanan supaya tidak terperangkap waktu puncak yang menyebabkan kita tersepit di tengah kesesakan jalanraya dan akhirnya menelan pertrol atau diesel yang begitu banyak. Kurangkanlah makan di luar, tetapi banyakkan masa bersama keluarga di rumah dan menikmati juadah di rumah bersama keluarga. Ada hikmah disebalik kenaikan harga minyak ini, yang jelas boleh merapatkan hubungan keluarga, berjimat berbelanja dan merancang perbelanjaan keluarga.

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack