A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 29 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini150
mod_vvisit_counterBulan Ini3068
mod_vvisit_counterJumlah495526
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow TANGANI JENAYAH PENAIK HARGA BARANG KEPERLUAN
TANGANI JENAYAH PENAIK HARGA BARANG KEPERLUAN PDF Cetak Emel

Dalam keadaan darurat kenaikan harga minyak global yang tidak terkecuali juga negara

shahrir_samad.jpg
 SHAHRIL SAMAD

kita, kerajaan harus bahkan semestinya menangani kenaikan harga barang-barang keperluan secara bersepadu dan tegas tanpa memberi ruang bertolak ansur sedikit pun kepada para peniaga yang menjualnya.

 
 

Dalam suasana rakyat yang tertekan terhadap kenaikan minyak yang amat mengganggu keselesaan mereka untuk bergerak ke sana sini , maka sesiapa juga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang keperluan dengan sewenang-wenangnya, adalah patut dan layaklah para peniaga berkenaan digelar sebagai ‘Penjenayah Rakyat’.

        

 

Kecuali harga barang-barang keperluan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengguna, maka sebarang kenaikan mana-mana barang keperluan sehari-hari rakyat negara ini adalah layak kita panggilkan sebagai perbuatan jenayah dan pelakunya kita  namakan  Penjenayah Rakyat.

Mengapa tidak? Mereka ini hanya mementingkan keuntungan peribadi mereka sahaja tanpa mengambil kira kesulitan orang lain yang mengalami kekurangan kuasa membayar lantaran kenaikan harga minyak mendadak kini.

Para penjenayah rakyat ini cukup cekap menyerap kenaikan harga minyak ini kepada semua bentuk barangan dan perkhidmatan yang mereka jual dengan kadar serendah setengah sen sehinggalah kepada angka ringgit, puluhan ringgit, ratusan ringgit , ribuan ringgit dan seterusnya jutaan ringgit dan ke atas lagi, samada dalam bentuk runcit atau borong

Dari makanan kuih muih berasaskan beras , tepung gandum, ubi , jagung  dan pelbagai sayuran dan buah-buahan, sehinggalah makanan berasaskan ikan serta makaanan laut, lembu, kambing, kerajaan hendakalah mengawalnya dari diambil kesempatan dinaikkan harga oleh para penjenayah rakyat ini.

Mengapa saya cadangkan perkataan ‘Penjenayah Rakyat’ ? jawapannya senang saja. Mengapa kita panggil pencuri, perompak, perogol, pembunuh dan sebagainya sebagai penjenayah?

Sebab dari segi lojiknya ialah kerana mereka itu melakukan sesuatu perbuatan atau sesuatu perkara yang sungguh kejam, yang tidak ada sifat kasihanbelas, dengan menggunakan kekerasan memaksa mangsa mereka tanpa kerelaan mereka. Kerana barang-barang keperluan ini sentiasa diperlukan oleh orangramai setiap masa , tanpa mengira status sosial mereka, ia digelar keperluan rakyat.

Nah.. begitu juga para peniaga yang menaikkan harga barang ini samalah juga . Mereka ini tidak pernah kenal kasihanbelas kepada pelanggan mereka, apa yang mereka mahu ialah mengaut keuntungan sebanyak mungkin menggunakan kesempatan atas kenaikan harga minyak sekarang, walaupun harga yang dinaikkan itu tidak munasabah dan begitu jauh hubungkaitnya dengan kenaikan harga minyak.

“ Ibarat setitik minyak saja terlibat dalam satu kos pengangkutan barangan, yang harganya kurang dari satu sen, tetapi dicajkan kepada pengguna sebanyak seringgit atau lebih atas alasan kenaikan harga minyak ! ” demikian kata seorang pesara jawatan kanan kerajaan sewaktu selesai sembahyang subuh pagi tadi di masjid tempat saya.

Dato’ Shahril Samad, sebagai meneteri bertanggungjawab mengenai kepenggunaan ini , diharap melakukan ketegasan yang sama dengan cakap-cakapnya sebelum yang serba tegas dalam pelbagai isu dinegara ini.

Kini Shahril diberikan tugas sebenar dan ujian sebenar terhadap kewibawaan peribadi beliau selama ini. Saya fakir imej beliau yang hebat itulah menyebabkan PM berikan tugas untuk menjaga kepentingan rakyat jelata dari bahaya para penyangak dan penjenayah rakyat. Selamat bertugas Shahril.    

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack