A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini134
mod_vvisit_counterBulan Ini3052
mod_vvisit_counterJumlah495509
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow MINYAK NAIK, PENGERUSI PETROLIUM SENYAP, MENGAPA?
MINYAK NAIK, PENGERUSI PETROLIUM SENYAP, MENGAPA? PDF Cetak Emel
tengku_razaleigh.jpg
 Tengku Razaleigh Hamzah

 Apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga petrol dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter dan diesel dari RM 1.58 seliter kepada RM 2.58 seliter, maka rakyat mengeluh. Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi rela mengambil pendekatan tidak popular apabila mengambil keputusan yang menimbulkan keresahan rakyat itu.  Apa yang penting subsidi minyak RM56 billion yang disumbangkan oleh kerajaan itu dapat dikurangkan dan diagih kepada sektor lain termasuk makanan. Namun begitu, rakyat negara ini masih beruntung kerana masih mendapat sumbangan 30 sen setiap liter minyak yang dibeli sekarang.

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak itu dilihat ada kewajarannya apabila Presiden Petronas Tan Sri Hassan Merican memaklumkan kos menggerudi minyak kini telah meningkat 200 peratus. Petronas terpaksa terus melabur dalam sektor minyak ini bagi kelansungan hayatnya meskipun hanya dapat bertumpu di kawasan baru yang mampu mengeluarkan 10 juta tong sehari, berbanding 100 juta tong sehari sebelum ini.

Namun yang menghairankan, ke mana perginya Pengerusi Petrolium Nasional (Petronas) – Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sejak isu kenaikan harga minyak ini diperkatakan hebat di kalangan pemimpin dan rakyat,  Mahathir tetap diam. Ke mana pergi suara beliau  yang selama ini lantang mengkritik kerajaan. Sepatutnya sebagai Pengerusi Petronas, Mahathir  lebih mengetahui akan kedudukan isu ini dan Petronas sendiri yang merupakan GLC yang sangat berkaitan. Masakan tidak ‘sebulu’ dengan Perdana Menteri, maka Mahathir  pun tak mahu menerangkan kedudukan sebenar rezab minyak negara dan kos pengendalian dan penggerudian minyak yang dilakukan oleh Petronas selama ini. Mengapa beliau  tidak pernah muncul di mana-mana forum mempertahankan Petronas yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan 200 peratus untuk mendapat perolehan besar bagi membolehkan memberi sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai dan sebagainya.  Apa guna beliau  diletakkan di situ?

Mahathir yang dibayar elaun ratusan ribu setahun sepatutnya bersuara, dan memberikan sedikit faedah kepada pihak yang memberikannya elaun yang lumayan itu. Apakah ada lagi perkara yang lebih penting perlu dibuatnya bagi menunaikan tanggungjawabnya kepada Petronas, kalau soal kenaikan harga minyak inipun beliau hanya diam membisu? Apakah beliau berfikir pelantikannya dalam syarikat milik kerajaan seperti Petronas itu hanya sekadar perlantikan percuma begitu sahaja tanpa perlunya beliau mengambil tahu langsung tentangnya ?. Beliau  patut muncul menerangkan dan membantu kerajaan untuk melegakan hati rakyat. Patutkah atau wajarkah nanti tiba-tiba Mahathir keluar dikhalayak ramai menentang PM atas kenaikan harga minyak ini ?

Soalnya beranikah Mahathir tampil kedepan dan menyatakan kepada rakyat bahawa beliau selama ini telah merosakkan fikiran  rakyat negara ini dengan mengambil wang Petronas untuk memberikan subsidi harga minyak kepada rakyat negara ini (dan juga warga asing) dan bila harga  minyak dunia mula meningkat,  negara tidak mampu  lagi memberikan subsidi terhadap kenaiakan harga minyak yang menggila ini .

Besar kemungkinan Mahathir tidak berani berbuat demikian . kerana apa yang dibuat dulu itu adalah semata-mata untuk mempopularkan pentadbirannya, tetapi sekiranya beliau berniat jujur dengan subsidi dulu itu mahu membantu rakyat, beliau harus menjelaskan apakah kewajarannya berbuat demikian sedangkan negara lain tidak berbuat demikian. Kemudian, apabila kerajaan di bawah pentadbiran Pak Lah berhadapan dengan krisis kenaikan minyak global yang melampau seperti sekarang, di mana sesiapapun tak boleh menafikannya bahawa kenaikan harga minyak tak boleh ditahan lagi, Mahathir patut sama-sama menyatakan sokongan agar ia melegakan semua pihak. Tetapi malangnya, demi sikap permusuhannya dengan PM (atas dendam benbentuk peribadi), beliau sanggup berdiam diri, bahkan mungkin gembira,  bila rakyat marahkan kerajaan, semata-mata kerana kerajaan kini di bawah Paklah !

Mahathir tidak sepatutnya membiarkan Hassan Merican sahaja bercakap untuk mempertahankan Petronas, Pengerusi Petronas patut sama-sama ke depan. Nyatakan hal yang sebenar kedudukan rezab minyak negara yang hanya boleh bertahan sehingga 2013 kalau tidak dikawal dari sekarang. Berilah nasihat dan cadangan bagaimana rakyat boleh berjimat dan menguruskan perbelanjaan harian dengan kenaikan minyak ini. Sebagai mantan Perdana Menteri, Mahathir  patut jadi bapa. Mungkin beliau  tidak terasa perit akan kenaikan minyak ini kerana beliau, anak – beranak dan saudara-maranya  sudah kaya belaka. Tetapi cubalah anda turun padang, rasa keperitan rakyat akan kenaikan harga minyak yang sekali gus membuat harga barang dan perkhidmatan turut melambung. Kesihanilah rakyat yang kais pagi makan tengahari, kais petang makan malam.

Janganlah sebab marahkan Pak Lah, anda pun lupa tanggungjawab sebagai mantan Perdana Menteri dan anda adalah orang yang sama-sama menyumbang kepada keresahan rakyat akibat kenaikan harga minyak ini.

Walaupun bukan sebagai ahli UMNO lagi, tetapi sekurang-kurangnya sebagai Pengerusi Petronas, yang memberikan kemudahan-kemudahan lumayan kepadanya , beliau harus bersikap lebih bertimbang rasa dan bertanggungjawab, sekiranaya tidak begitu, dan sekiranya dengan sengaja ingin mempermainkan Kerajaan BN pimpinan Paklah, beliau harus meletak jawatan dari Petronas. Mungkin ada lagi orang lain yang boleh membantu negara dalam urusan berkaitan bila berada di jawatan tersebut , contohnya Tengku Razaleigh Hamzah tidak kurang juga jasanya kepada negara khususnya dalam usaha penubuhan Petronas dulu bersama dengan Allahyarham Tun Abd.Razak, Perdana Menteri ketika itu.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack