A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini196
mod_vvisit_counterBulan Ini3114
mod_vvisit_counterJumlah495572
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow NAJIB PERLU CONTOHI SIKAP TUN RAZAK TERHADAP TUNKU
NAJIB PERLU CONTOHI SIKAP TUN RAZAK TERHADAP TUNKU PDF Cetak Emel
najib_tun_razak.jpg 
      Najib Tun Razak

Dalam kemelut kritikan pihak  pembangkang dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Bin  Tun Haji Abdul Razak, kononnya beliau seorang yang pengecut dan tidak berani mengkritik kelemahan kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah ,  saya berpendapat sebaliknya pula.

Bagi saya, kerana keberaniannya yang luar biasaalah Najib tidak mengkritik PM. Dia sanggup jadi tidak popular untuk mempertahankan ketuanya, Paklah. Ertinya cukup jelas memberi jawapan kepada rakyat negara ini bahawa apa juga keputusan yang telah dibuat oleh Paklah adalah merupakan keputusan bersama antara beliau dengan Paklah. Keputusan secara kolektif inilah yang menjadikan BN masih berkuasa kini. Saya percaya sekiranya Mahathir masih lagi menjadi PM, pilihanraya ke 12 lalu, tentunya pembangkang sudah sapu bersih.

Kalau tidak,  masakan Mahathir tergesa-gesa meletak jawatan pada penghujuhg 2003, mengapa? Pada saya,  Mahathir sudah mendapat isyarat jelas, fakta yang nyata,  dari para penasihatnya dari dalam dan luar negara, (termasuk bomoh-bomohnya) bahawa pilihanraya akan datang ini satu kemusnahan besar akan berlaku kepada Kerajaan BN yang memerintah yang ditunjangi oleh UMNO,  yang  sebahagian sebab besarnya adalah faktur global yang dimulai dengan kenaikan harga minyak yang tidak boleh dielakkan sama sekali.

Bagaimanapun,  kerana Paklah begitu cekal menghadapi ribut taufan yang  melanda, serta doa pemimpin yang warak ini,  negara ini telah berjaya diselamatkan dari jatuh ke tangan pembangkang pada 8 Mac lalu, yang tentunya Najib berada disisinya menghadapi semua kemungkinan. Pemimpin jenis apakah Najib ini sekiranya dia tidak sama-sama pertahankan Paklah, sedangkan mereka berdualah yang merancang strategi bagaimanakah cara menghadapi pelbagai tektik musuh , sehingga mereka berdua berjaya menghalang cita-cita besar Anwar Ibrahim dan Barisan Pembangkang daripada memerintah negara ini !

Jika begitu keadaannya patutkah Najib hanya mengikut saja cadangan Mahathir agar beliau menentang Paklah, semata-mata nak memuaskan kehendak Mahathir yang marahkan Paklah atas sebab-sebab peribadi berasaskan roti dan keju, bukannya soal layak atau tidak PM baru ini memerintah.?

Cuma sekadar ingatan buat Najib, jadilah kesabaran anda sebagaimana sabarnya bapa anda Tun Abd. Razak bersama Tunku mengharungi samudera dan badai yang akhirnya samapai juga ke pantai pengharapan. Kesabaran Tun Razak itu bersamanya susah dan senang, menjadikan Tun Razak pewaris tunggal kepimpinan negara  bila Tunku merasakan sudah sampai masa baginya mengundurkan diri dari menerajui parti dan negara. Giliran Najib akan tetap tiba sekiranya titian sejarah ini diikuti dengan tabah serta keyakinan yang tinggi dan berani.    

End.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack