|
Tindakan mengharamkan sebarang program Islam Hadhari di negeri Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sesuatu yang bodoh dan sombong. Kenyataan yang
 |
Dr. Hassan Ali
|
dikeluarkan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr. Hassan Ali langsung tidak melambangkan beliau mempunyai ilmu agama yang luas dan matang.Orang seperti Hassan Ali yang bukan pakar agama, bukan ulama dan jauh sekali mempunyai kelulusan ilmu yang berkaitan, tidak sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan yang mengelirukan umat Islam di negara ini. Tidak bermakna beliau ADUN dari parti PAS melayakkan beliau bercakap apa sahaja mengenai agama Islam. Apakah Hassan Ali memahami sebenar-benarnya dan secukup-cukupnya mengenai konsep Islam Hadhari itu.
Kita jadi hairan, negeri Selangor yang diperintah oleh parti Barisan Alternatif (BA) yang ditunjangi oleh PKR, DAP dan terakhir PAS ingin mengharamkan Islam Hadhari. Melaksanakan syariat Islam pun belum lagi dilaksanakan, menghapuskan pelaksanaan program keagamaan melalui Islam Hadhari pula menjadi agenda utama Dr. Hassan Ali dari PAS ini. Adakah kerajaan negeri Selangor sengaja tidak mahu tahu bahawa konsep Islam Hadhari ini dipandu oleh pasukan Panel Pemikir Islam Hadhari yang mantap serta kalangan cendiakiawan Muslim temptan dalam pelbagai profesion. Antarnya Dr. Othman Muhammaddy yang mempunyai ilmu agamanya jauh lebih tinggi dan luas berbanding dengan Dr. Hassan Ali yang terkenal dengan ilmu motivasi sahaja.
Prof. Dr.Mohad Kamil Abdul Majid dari Akademi Islam Universiti Malaya pernah menulis kertas kerja dan dibeberapa seminar serta berceramah di banyak tempat mengenai kebaikan dan kesesuaian konsep Islam Hadhari ini. Beliau juga sangat arif di sudut mana dan di perkataan yang mana dalam konsep Islam Hadhari ini yang cuba diselewengkan oleh pihak yang menentangnya khususnya orang macam Hassan Ali ini.
PAS melalui gabungan BA di Negeri Selangor sepatutnya menumpukan janji mereka kepada rakyat Selangor dalam PRU 12 dahulu. Antaranya yang dijanjikan dalam kempen-kempen PRU 12 dahulu ialah menutup terus kilang arak dan ladang babi di negeri Selangor.
Peliknya, agenda utamanya PAS untuk memenuhi janji kepada rakyat Selangor bukan menutup ladang babi tetapi menyokong kuat cadangan kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan RM100 juta ladang babi di Sepang. Kemudian langkah ke dua, mengharamkan pula program Islam Hadhari.
Maka jelas, dua agenda utama kerajaan negeri Selangor ini langsung tidak memberi faedah langsung kepada orang Melayu dan agama Islam di negeri Selangor. Apa yang rakyat Selangor dapat bila mengundi BA ialah mendapat dana RM100 juta untuk ladang babi dan pengharaman program keagamaan melalui Islam Hadhari.
PAS dan kerajaan negeri Selangor bukan hendak meningkatkan syiar Islam di kalangan rakyat negeri itu, tetapi menjauhkan lagi orang Islam terhadap agama rasmi negera ini dan mengelirukan golongan bukan Islam berhubung nilai-nilai positif yang terkandung dalam konsep Islam Hadhari.
Jangan disebabkan politik, kerajaan negeri Selangor mahu menolak semua yang baik yang diperkenalkan oleh kerajaan pusat untuk rakyat. Janganlah menolak membabi buta tanpa memberi cadangan yang lebih konkrit. Siapa pun boleh bercakap itu tidak baik , ini tidak bagus…tetapi apa cadangan balas? Budak tidak bersekolah setinggi Dr. Hassan Ali pun boleh bercakap bodoh sebegitu.
Rakyat sekarang sudah celek belaka, janganlah diperbodohkan dengan kenyataan yang dangkal dan cetek itu. Ia mencabar dan menghina intelektual rakyat Selangor. Tindakan Dr. Hassan Ali ini jelas memperlihatkan usaha mengambil hati rakan dalam BA lain tidak bukan DAP yang menentang segala usaha untuk menegakkan Islam.
Jadi mana slogan PAS yang menjadikan Kelantan sebagai contoh dalam pentadbiran “ Membangun Bersama Islam”. Sepatutnya negeri Selangor di mana PAS di bawah Dr. Hassan Ali memperkenalkan slogan yang sama seperti di Kelantan. Bila bercakap tentang membangun bersama Islam, tentu konsep Islam Hadhari adalah pilihan yang terbaik.
Adakah PAS bertukar wajah di setiap negeri? PAS di Kelantan lain, PAS di Kedah lain, PAS di Perak lain , PAS di Selangor lain PAS di Pulau Pinang lain…kerana lima negeri ini di bawah BA.
Sebenarnya, pendekatan Islam Hadhari yang mampu menyuntik semula kesedaran umat Islam di seluruh dunia untuk tampil memajukan diri dalam bidang-bidang yang mereka ketinggalan, telah dipersetujui oleh perhimpunan lebih 1,000 ulama lepasan Al-Azhar yang menghadiri Multaqa Alumni di Kuala Lumpur pada awal tahun ini. Hasan Ali sepatutnya merujukkan hal ini kepada pimpinan Pemuda PAS Pusat terlebih dulu, sebelum membuat sesuatu kenyataan . Kerana pimpinan pemuda pusat parti itu lebih terbuka dan tidak ‘TAKSUB’ membabi buta. Kerana saya memahami uslub pemuda parti itu begitu baik , apabila lima orang pemimpin pemuda PAS Pusat mengunjungi kami di PWM untuk bertukar-tukar fikiran baru-baru ini.
|