A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 31 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini166
mod_vvisit_counterBulan Ini3084
mod_vvisit_counterJumlah495541
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PEMIMPIN KITA CUAI JAGA KHAZANAH NEGARA
PEMIMPIN KITA CUAI JAGA KHAZANAH NEGARA PDF Cetak Emel

Ekoran tulisan saya mengenai Pulau Batu Puteh dua hari yang lalu , beberapa pembaca dan kenalan, memberikan kesan mereka yang menarik melalui Khidmat Peasanan Ringkas (SMS) ke HP saya 012-3342930, di mana keseluruhannya merasakan kesal kerana Kerajaan Malaysia menghantar peguam-peguam yang 'buta sejarah' sebagaimana yang dikomentarkan oleh Sejarawan terkenal Dato' Dr. Ramlah Adam.

petamsia.gif
 Sempadan Malaysia perlu dikawal

Menteri Luar sepatutnya memberi maklumat yang tepat kepada PM tentang perkara ini. Malangnya Menteri Luar kita, hanya lebih gemar bercakap yang boleh mempopularkan dirinya daripada membuat kerja yang ikhlas untuk kepentingan negara.

Sepatutnya pada masa akan datang , sekiranya timbul isu yang sama, atau seumpamanya, para peguam yang dilantik  itu, tidak perlu menunggu arahan Menteri Luar,  tetapi  datanglah bertemu dengan para pakar sejarah negara sebelum pergi ke Mahkamah Antarabangsa dengan hanya beberapa cebisan maklumat perundangan dalam hal ehwal persempadanan negara  sahaja.

Persiapan dangkal seperti ini , tentunya memberi nilai tambah kepada pihak lawan yang mengkaji dengan sedalam-dalamnya latarbelakang sejarah negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri selat, sejarah Johor Riau, sejarah Pulau Temasik, sejarah Sultan Hussein dan teristimewa lagi latarbelakang sejarah negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat , sejarah Johor Riau , Sejarah Pulau Temasik , Sejarah Sultan Hussein ( Singapura ) dan teristimewa sekali  sejarah persempadanan negara kita yang berkaitan dengan kawasan yang menjadi rebutan, dan dengan mudah mereka boleh selewengkan beberapa fakta yang amat kecil, tetapi amat bernilai dalam menentukan kedaulatan negara mereka keatas kawasaan yang dituntut itu.

Kenalilah lawan kita, siapakah mereka, misalnya, sekiranya lawan kita itu amat rapat dengan Amerika Syarikat, tidak mustahil mereka mendapat nasihat kepakaran tambahan dari negara Yahudi , kerana Amerika merupakan pelindung utama Israel. Jika ini berlaku ,maka amat mudahlah bagi negara jiran kita menggunakan format yang dipakai oleh Israel untuk merampas tanah-tanah jirannya itu,  ke atas negara kita pula.

Kepakaran memutarbelit sejarah ini boleh dikesan dan disanggah sekiranya kita mempunyai maklumat kepakaran yang sama  (yang dibekalkan oleh para pakar sejarah kita ) dengan membuktikan mana maklumat yang palsu dan mana maklumat yang  benar-benar tulin.

 Seorang mantan  ketua badan korporat di sebuah organisasi media , memberikan kesan dan komentar kepada saya seperti berikut: “  …Ini adalah bahana  pemimpin-pemimpin kita yang diberi amanah, telah cuai menjaga khazanah negara  ”

Pendapat beliau  tidak boleh disangkal , kerana jelas kebenarannya . Lihat saja apa yang pemimpin kita buat selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1965.  Sempadan kita dengan Indonesia di Sabah dan Sarawak terbiar sekian lama . Begitu juga sempadan dengan Thailand dan Singapura . Keadaan tanah atau kawasan terbiar tidak dikawalselia dan dimajukan , hingga ke hari ini, dan ini tentunya menarik keghairahan jiran-jiran kita untuk mencari jalan memilikinya !

Saya mempunyai seorang sahabat yang menjadi peguam terkenal di firma guaman Skrine and Co , yang merupakan mantan  pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia memberitahu saya pada tahun 2003 yang lalu , bahawa keadaan sempadan kita terdedah kepada pencerobohan dari sehenap penjuru , kerana tidak ada kawalan  yang sewajarnya oleh anggota berkenaan dan beliau membuat tekaan, bahawa ada kemungkinan terdapat negara jiran kita akan ceroboh dan mendakwa tempat berkenaan milik mereka.

Kesimpulannya, inilah akibatnya sikap kita yang tidak menghargai sesuatu bernilai di depan mata, selepas ia terlepas baru kita begitu terasa kehilangannya. Sebab itu kita digalakkan untuk sentiasa beringat sebelum terkena dan sentiasa bersyukur akan nikmat sebelum tiba masa susah. Ini juga yang diajar oleh agama Islam.

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack