|
|
| Datuk Mukhriz |
Tindakan Ahli Parlimen Jerlun merangkap Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir terus-terusan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri dan mendesak untuk Perdana Menteri meletak jawatan, mendedahkan dirinya untuk dikritik serta mendedahkan dirinya kepada andaian-andaian yang amat negatif, yang memperlihatkan dirinya seorang politikus yang tidak berwibawa dan tidak setanding dengan anak-anak bekas Perdana Menteri yang terdahulu seperti Datuk Seri Najib dan Dato’ Hishamudin. Beliau ini semacam tidak ada pendirian seimbang, bahkan tindak tanduknya melambangkan fikirannya yang agak kacau bilau.
Saya sempat menghubungi beberapa kenalan yang terdiri dari penjawat perkhidmatan awam, bekas pegawai tinggi kerajaan, pemimpin NGO, orang-orang politik dan wartawan, bertanyakan kesan mereka terhadap perilaku orang-orang tertentu yang menjadi bahan siaran berita dimedia arus perdana kini. Di samping itu ramai juga kenalan saya yang lebih dulu menghubungi saya meluahkan perasaan tentang isu yang sama, juga lain-lain isu lagi. Inilah jawapan mereka:
“ Mengapa tidak? Beliau ibarat ‘penyambung lidah’ bapanya Dr. Mahathir, dan sedia mengikut bayangan bapanya dalam semua isu dan perkara. Anihnya beliau tidak pula bertindak keluar dari UMNO mengikuti bapanya. Yang pasti Dr. Mahathirlah yang mengarahkan beliau jangan meletakkan jawatan kerana strateginya Mukhriz akan dijadikan Kepala Keretapi yang berfungsi menarik orang-orang UMNO lain ibarat menarik gerabak keretapi untuk dipersembahkan kepada bapanya.
“ Satu lagi strategi Dr. Mahathir melarang Mukhriz keluar dari UMNO ialah, untuk memberi tekanan agar Pak Lah untuk letak jawatan, tetapi siapa Mukhriz nak paksa Pak Lah letak jawatan ha?
“ Kita hormat bapanya memilih untuk keluar parti UMNO kerana itu haknya. Tetapi Mukhriz telah memilih untuk kekal dalam UMNO, dan memilih untuk kekal sebagai seorang Ahli Parlimen BN yang berketuakan Perdana Menteri dalam semua hal sama ada dalam parti maupun dalam Parlimen, telah mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.” Kata bekas pegawai tinggi Melayu di Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Seorang bekas wartawan wanita dan juga pemilik sebuah organisasi penerbitan berkata: “ Orang seperti Mukhriz ini tidak layak diberi tempat dalam UMNO. Malah satu kesilapan dibuat oleh Mahadzir Khalid (bekas Menteri Besar Kedah) memberi tempat untuk beliau bertanding di Jerlun dalam PRU 12 lalu. Dia tidak bersyukur akan peluang yang diberi oleh UMNO yang Presidennya Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri, sedangkan dia tidak henti-henti mengkritik serta mendesak PM meletak jawatan itu, ini adalah seorang pemimpin pemuda yang bacul ’’
“ Mana maruah orang bernama Mukhriz ini? Orang yang memberi peluang untuk dia menjadi wakil rakyat, sedangkan begitu ramai lagi tokoh yang lebih berjasa dan berwibawa boleh diletakkan di Jerlun, tetapi Pak Lah memilih dia, tiba-tiba bila menang dia minta Pak Lah letak jawatan. Mana perginya peribahasa orang Melayu yang kuat dipegang bila menyentuh tentang budi iaitu ‘orang berbudi kita berbahasa’, Belum lagi Mukhriz hendak membalas jasa Presiden parti memberinya peluang bertanding, berterima kasih jauh sekali…tiba-tiba dengan angkuh dan sombong mendesak Presiden parti meletakkan jawatan, ” tegasnya lagi.
Sementara itu , seorang Ahli Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dari Kelantan berkata : “ Kita tidak perlu pemimpin muda seperti Mukhriz ini untuk terus berada dalam parti. Pertama kerana beliau tidak menghormati ketuanya iaitu Presiden parti. Kedua, dia mengkhianati pengundi di Jerlun yang memilihnya dalam PRU 12 lalu dengan menjadi ‘batu api’ dan ‘duri dalam daging’ dalam parti yang diwakili. Mukhriz tidak memberi contoh dan tauladan yang baik kepada generasi muda dalam UMNO.
“ Orang seperti Mukhriz ini ibarat ‘anai-anai’ di mana kalau tidak dimusnahkan cepat akan merosakkan segala sistem saraf dalam UMNO ” tambahnya penuh semangat .
Sampai keperingkat ini , Mukhriz harus menilai semula pendirian dan tindak tanduknya agar beliau menjadi lebih berkredibiliti, sanggup mengatakan “ tidak ” kepada sesiapa juga yang sesuai dengan isunya, hatta kepada bapanya sendiri , bila nampak dia tersasar dari landasan kewajaran seorang tokoh negarawan yang hebat, tiba-tiba boleh melakukan perkara yang boleh menghakis namabaiknya selama ini.
|