|
|
Dato' Lee Kuan Yew
|
Sebenarnya Malaysia kelihatan semacam membuang masa membuat tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh. Adalah lebih bererti kalau kita menuntut kembali Pulau Singapura itu sendiri. Bukti sejarah memang jelas bahawa pulau Singepura itu adalah milik Malaysia iaitu ia merupakan sebahagian daripadan negeri Johor.
Kalau kita fikir dari segi lojiknya, Perdana Menteri Malaysia , Tungku Abdul Rahman Putera, mengeluarkan Singapura dari Persekutuan pada waktu 1965, kerana kerenah yang dibuat oleh Ketua Menteri Singapura Dato’ Lee Kuan Yew, seorang pemimpin Malaysia yang hebat dan pintar, tetapi yang kerap juga menghiris hati orang Melayu di negara ini.
Mengikut sumber yang layak dipercayai, seorang pemimpin bangsa Melayu yang gagah perkasa masa itu , Tan Sri Jaafar Albar telah memberi pandangan kepada PM, agar tangkap saja Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura itu dan tahannya dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, habis perkara, sebab rakyat Singapura seluruhnya memang taatkan negara Malaysia ini, dan tidak mahu sebarang kekacauan berlaku akibat tindakan Lee Kuan Yew, pemimpin parti PAP itu .
PAP membuat berbagai tuntutan , tak ubahnya seperti tindak tanduk pemimpin DAP sekarang , kerana hendak menunjukkan kepada kaum China yang mereka lebih baik dari MCA atau parti China yang lain. Para sejarawan , Dato’ Dr. Zainal Kling, Dato’ Dr Kho Kay Kim, Dato’ Dr Ramlah Adam, Dr. Ab.Malik Munip, Dato’ Mahadir Khir dan lain-lain boleh beri penjelasan kerana mereka lebih berwibawa memperkatakan perkara ini.
Malangnya, PM waktu itu , tidak bertindak menahan Lee Kuan Yew dibawah ISA, tetapi sebaliknya mengeluarkan Singapura dari negara kita sendiri. Kita berharap PM kita hari ini tidak mengeluarkan Pulau Pinang dari Malaysia, akibat kerenah para pemimpin DAP yang berkuasa di Pulau Pinang sejak pilihanraya 8 Mac lalu.
Tektik PAP diwaktu berada dalam Malaysia dulu, samalah dengan tektik adik bongsunya DAP sekarang ini. Para pemimpin BN dan UMNO khususnya hendaklah hati-hati dan awasilah kerenah para pemimpin DAP ini , kerana tindak tanduk mereka, kelihatan tidak jauh dari perangan abangnya PAP ketika berada bersama kita tak lama dulu. Hubaya..hubaya .
Bagaimanapun kita mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia yang mula sedar bahawa ada kemungkinan pihak jiran kita sentiasa mencari jalan untuk meluaskan wilayahnya dengan apa cara sekalipun. Tetapi yang sedihnya ada pihak di Malaysia ini yang sanggup menjual pasir kita kepada Singapura untuk menambak lautnya serta membesarkan saiz pulaunya itu .
Kerajaan Malaysia telahpun melarang rakyat Malaysia berbuat demikian, tetapi ada pula seorang rakyat Malaysia yang mencipta alasan, melalui akhbar arus perdana,baru-baru ini, bahawasanya dia menjual pasir ke Singapura itu adalah Pasir Laut bukan Pasir Darat .
Kita berharap kerajaan berbuat sesuatu terhadap individu ini yang ingin mendapat kekayaasn tanpa mempedulikan maruah negara. Sebenarnya individu ini perlu disedarkan segera.
Kita berharap kerajaan mencari jalan keluar terhadap keputusan tentang Pulau Batu Puteh itu. Ini ialah terlanjur kita membuat tuntutan , teruskanlah sampai berjaya. Tetapi pada masa yang sama fikirlah juga bahawa Singapura itu sendiri belum tentu sah dikeluarkan dari kedaulatan tanah jajahan Kesultanan Johor, apalagi dikeluarkan dari Maalaysia.
|