A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 32 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini190
mod_vvisit_counterBulan Ini3108
mod_vvisit_counterJumlah495566
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Minda arrow APAKAH UNTUK JADI PELAKON ORANG MELAYU KENA JADI BARAT?
APAKAH UNTUK JADI PELAKON ORANG MELAYU KENA JADI BARAT? PDF Cetak Emel
faridmaya1.jpg
 Farid Kamil & Maya Karin

 Saya agak tidak selesa apabila suatu hari menonton filem Melayu Anak Halal di Astro Box Office,  pada 12 Mei 2008 lalu.  Kebetulan menonton bersama ketika itu anak perempuan saya yang berusia memasuki 7 tahun. Tidak seronoknya apabila pelakon utamanya Maya Karin dan Farid Kamil bersentuhan bagaikan sepasang kekasih pelakon bukan Melayu Islam dengan hanya memakai singlet. Saya terfikir, apakah begini filem Melayu sekarang? Apakah ciri-ciri Melayu yang dipaparkan oleh produser, pengarah dan penulis skrip masa kini?

Saya bukan pakar dalam perfileman, tetapi apabila sesuatu yang menyentuh budaya dan tatasusila orang Islam maka wajarlah untuk diberi teguran. Kebetulan pula saya menonton dan melangan Astro, sudah tentu saya ada hak untuk menyatakan hak saya. Keluarga saya berhak untuk mendapatkan rancangan hiburan yang berkualiti dan bersesuai dengan wang yang kami keluarkan setiap bulan untuk melangan Astro tersebut.

Sekiranya produser, pengarah dan penulis skrip melabelkan produksinya sebagai filem Melayu tentulah latarnya adalah masyarakat Melayu itu sendiri. Begitu juga kalau ia berlatarkan masyarakat Malaysia, kalau pelakonnya membawa watak Minah, Mamat, Usop, Kiah dan sebagainya tentulah dalam diri watak itu membawa bersamanya ciri-ciri orang Melayu.

Orang Melayu penuh dengan kesopanan, walaupun mereka hidup dalam bandar kosmopolitan seperti Kuala Lumpur ini. Tidak kisahlah dia mendapat pendidikan luar negara dan ibubapanya korporat yang berjaya selagi dia bernama Melayu dan beragama Islam mestilah dalam dirinya jiwa dan roh Melayu. Begitu juga golongan anak – anak jalanan yang tidak mempunyai cukup pelajaran dan kasih sayang ibubapa yang berhempas pulas untuk mencari rezeki bagi meneruskan kelangsung hidup di kota besar ini, maka cara hidup mereka tidak semestinya lari daripada latar masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Barat yang `bobrok’ bukan pilihan ( alternative ) untuk mengambarkan kemodenan hidup masyarakat Melayu.

Memanglah dalam kehidupan yang serba moden ini segala-galanya mahu ringkas, tetapi kehidupan teras  masyarakat Melayu dan Islam itu mesti dipertahankan dalam apa juga kerja-kerja seni. Mungkin Maya Karin, Farid Kamil, Fasha Sandha dan ramai lagi pelakon muda masa kini mewakili golongan muda Melayu yang moden yang tidak terikat dengan pantang larang masyarakat Melayu, tetapi adakah ini yang para pengiat seni kita mahu tonjolkan? Adakah budaya Barat itu pilihan terbaik untuk dijadikan ikon generasi muda masa kini?

Janganlah disebabkan ingin melariskan filem, maka maruah dan adat Melayu serta perkara  ‘haram’ dalam Islam itu ingin dipaparkan. Produser, pengarah dan penulis skrip boleh peranan untuk membentuk masyarakat kita (Melayu) yang kini `bobrok’ dengan budaya ‘tidak tentu arah’ dengan menghasilkan produksi yang lebih bermutu dan bermaruah. Saya tidak menyalahkan para pelakon kerana mereka hanya berlakon dan mengikut kehendak skrip dan pengarah sahaja. Gunakan para artis ini apa lagi yang mempunyai nama besar dalam industri perfileman tanahair ini untuk membawa imej Melayu dan Islam yang baik. Bukan susah sangat untuk membuat pahala!

Kecurangan dan penodaan budaya Melayu dan agama Islam ini tidak sekadar dalam filem-filem Melayu sahaja tetapi juga dalam bidang senisuara serta persembahan pentas para penyanyi. Filem ‘Anak Halal’ itu saya beri contoh sebab baru sahaja menonton, tetapi banyak filem Melayu juga berwatakkan Melayu dan Islam tetapi tingkah laku, sikap dan cara berfikir seperti orang bukan Islam.

Dalam drama-drama Melayu contohnya, mengapa setiap kali si isteri tidak bersetuju dengan pandangan suami maka suaranya mesti ditinggikan. Begitu juga anak-anak yang tidak mendapat apa yang dikehendakinya akan menengking ibubapa. Walaupun kes begini memang berlaku dalam masyarakat Melayu, tetapi mengapa kita tidak mengambil lumrah adat dan sikap orang Melayu itu yang penuh dengan lemah lembut dan sopan santun. Apa faedah yang boleh kita perolehi sekiranya babak-babak begini ditonjolkan?

Filem Hindustan adalah contoh terdekat yang boleh kita ambil. Walaupun kebanyakan pelakonnya sudah tidak menitikberatkan cara berpakaian yang sopan sepertimana para pelakon di zaman dahulu, tetapi nilai-nilai baik dalam keluarga masih dikekalkan. Malah adat dan budaya masyarakat Hindu masih menjadi intipati dalam kebanyakan filem-filem mereka. Menghormati ibubapa dan orang tua sentiasa ditonjolkan.

Saya rasa filem Melayu kita lebih hebat sekiranya nilai-nilai baik dalam masyarakat Melayu menjadi parasyarakat dalam pembikinan filem Melayu. Hari-hari kebesaran Islam seperti berpuasa bulan Ramadhan, Hariraya, Maulidur Rasul, Israk Mikraj , upacara bersunat, bercukur jambul, sembahyang berjemaah di masjid atau bersama keluarga, kenduri arwah dan kesyukuran serta banyak lagi adat dan budaya Melayu yang boleh ditonjolkan. Mengapa tunggu Hariraya Aidilfitri baru nak buat filem mengenai hariraya?
 
Catatan: Norbaya Musa 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack