A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 12 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini129
mod_vvisit_counterBulan Ini4253
mod_vvisit_counterJumlah496710
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Minda arrow ANWAR DAN HADI AWANG JADIKAN KARPAL SINGH PENDERHAKA
ANWAR DAN HADI AWANG JADIKAN KARPAL SINGH PENDERHAKA PDF Cetak Emel
jul07_anwaribrahim.jpg
 Anwar Ibrahim

 Sebelum berlangsungnya pilihanraya ke 12, Karpal Singh tidak sebiadab itu bercakap mengenai isu yang menyentuh DYMM Sultan Perak , dan tidak akan berani seperti sekarang bercakap perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan Orang Melayu dan Raja-raja Melayu termasuk Perdana Menteri dan DYMM SPB Yang Dipertuan Agung.

Pemimpin tertinggi PKR Anwar Ibrahim dan Pemimpin tertinggi PAS Haji Ab.Hadi Awng merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan Karpal Singh mempunyai perasaan berani, dan tidak ralat langsung untuk  menghina orang Melayu , para pemimpin  UMNO dan Raja-raja  Melayu.

Bila Anwar Ibrahim dan  Haji Ab Hadi Awang  tanpa segan-segan membuat tuduhan dan menghina UMNO serta  para pemimpinnya dalam kempen pilihanraya ke 12 lalu ke seluruh negara; menjadikan Karpal Singh begitu besar kepala . Dengan demikian dia merasakan sudah tidak ada  apa-apa yang menghalangnya untuk menyakiti hati orang Melayu dan Raja-raja Melayu, kerana pemimpin besar Melayu dalam pakatan pembangkang begitu berani menyumpah dan memaki hamun bangsa mereka sendiri.

Cuma yang belum dibuat oleh Anwar dan Hadi ialah mengkritik Raja Melayu.Tetapi Karpal Singh telah ambil kesimpulannya sendiri, iaitu kalau kedua-duanya berani menghina pemimpin UMNO,  ertinya mereka berdua tidak akan marah kalau Raja mereka pula dikritik sekerasmanapun  oleh ahli pakatan pembangkang itu.

Semasa meraikan perlantikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng baru-baru ini, Ab Hadi secara berterusterang berkata:  “isu pembentukan negara Islam kini tidak penting lagi bagi PAS, yang penting ialah bagaimana nak jaga pakatan pembangkang…”  jelas disini bahawa PAS sudah pasti tidak akan menghalang mana-mana ahli pembangkang yang mengkritik atau menghina Raja-raja Melayu.

Ya, apa ada pada prinsip PAS berbanding dengan kepentingan kerjasama pakatan pembangkang ! Barangkali inilah yang ditemui dalam masa Hadi Awang belajar di Madinah dulu. Padahal Hadi Awang mengeluarkan fatua bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS adalah kafir dan neraka balasannya. Tetapi bagaimana dengan anta yang mendokong pemimpin kafir yang menghina Raja anta sendeiri?

Kesimpulannya Anwar Ibrahim dan Ab.Hadi Awang  dua orang pemimpin utama dalam pakatan pembangkang adalah orang yang benar-benar bertanggungjawab menjadikan Karpal Singh seorang penderhaka kepada DYMM Sultan Perak.

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack