A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 27 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini107
mod_vvisit_counterBulan Ini3025
mod_vvisit_counterJumlah495483
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow Hormati warisan orang lain - PM
Hormati warisan orang lain - PM PDF Cetak Emel

''Kita perlu menjadikan kepelbagaian budaya sebagai satu amalan seharian kita dan juga dalam interaksi sebagai komuniti antarabangsa,'' katanya.

KUALA LUMPUR 22 April - Dialog dan kerjasama antara budaya perlu bersifat serampang dua mata untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat pertembungan budaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, usaha mengenal pasti pendekatan terbaik bagi menggalakkan persefahaman dan toleransi antara budaya mestilah juga berjaya memadamkan kejahilan dan prejudis.

''Dalam usaha melindungi warisan dan budaya sendiri, kita perlu bersedia menghormati warisan dan kebudayaan orang lain.

'Kita perlu menjadikan kepelbagaian budaya sebagai satu amalan seharian kita dan juga dalam interaksi sebagai komuniti antarabangsa,'' katanya.

Beliau berucap merasmikan mesyuarat ketiga Menteri-Menteri Kebudayaan Asia- Eropah (ASEM) di sini hari ini.

 

Pada mesyuarat itu, Malaysia selaku tuan rumah diwakili oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd. Shafie Apdal serta Menteri-Menteri Kebudayaan dari 30 negara anggota ASEM.

Abdullah berkata, dengan memahami lebih dekat kepelbagaian budaya, hubungan antara kerajaan bertambah baik malah perkongsian antara sosial dan ekonomi memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata, mesyuarat kali ini perlu mengambil langkah tegas bagi menyediakan program dan peluang yang memberi pendedahan antara budaya di kalangan rakyat dan masyarakat negara-negara anggota.

''Jambatan yang paling sukar dibina ialah membuat seseorang itu menghargai sistem nilai orang lain sama ada kepercayaan agama atau cara beribadat.

''Kita perlu membina jambatan ini dengan berhati-hati dan mengukuhkannya secara berterusan,'' kata beliau.

Perdana Menteri berkata, dalam melaksanakan program tersebut, secara peribadi beliau lebih suka penekanan diberikan kepada golongan muda memandangkan mereka bakal memimpin negara masing-masing pada masa depan.

Katanya, sekaranglah masanya untuk melibatkan mereka dalam hubungan antara budaya melalui program pertukaran budaya.

''Program pertukaran budaya perlu melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tetapi secara peribadi saya mahu melihat ia lebih memberi penekanan kepada golongan muda.

''Ini kerana anak muda memiliki idealisme dan semangat membara selain kreativiti. Namun paling penting, mereka adalah pemimpin masa depan di negara masing-masing,'' katanya.

Abdullah turut berharap mesyuarat kali ini dapat memberi perhatian kepada perkembangan ekonomi dan industri kreatif serta peranannya dalam melindungi tradisi dan harta intelek.

Katanya, kreativiti kebudayaan akan mewujudkan kerja-kerja baru yang membantu mengembang dan mengekalkan masyarakat yang matang.

''Malaysia akan memainkan peranannya dalam melaksanakan objektif tersebut. Malaysia akan terus meneroka inisiatif baru dan mekanisme untuk menerapkan semangat berkongsi di kalangan rakyat kedua-dua rantau,'' katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara pelbagai etnik dan agama, Malaysia tentunya menjadi contoh dalam menjadikan kepelbagaian budaya sebagai satu aset negara yang dihargai.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia percaya mesyuarat kali ini mampu mengukuhkan hubungan budaya di antara rakyat Asia dan Eropah.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Abdullah berkata, kerjasama antara negara perlu digalakkan untuk memperkenalkan hasil kesenian tanpa memberi tumpuan kepada produk tempatan sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya negara-negara anggota turut terlibat mempromosi produk kesenian masing-masing.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack