 |
Karpal Singh
|
Rangkap pertama Rukun Negara ialah “ Kesetiaan kepada Raja dan Negara.” Apa yang kita faham dengan maksud kesetiaan ? Dan apakah lirik lagu “Negaraku” dinyanyikan setiap kali acara rasmi? Antara liriknya “ Raja kita selamat bertatah.”
Yang Dipertuan Agung dan Sultan-sultan di setiap negeri bukan milik orang Melayu sahaja. Baginda menaungi semua rakyat di negara ini. Baginda sebagai lambang kemakmuran dan keamanan negara. Siapa dia Kapal Singh untuk mempersoalkan perkara ini?
Ternyata apa yang berlaku sekarang memperlihatkan semangat patriotisme semakin menipis di kalangan rakyat negara ini terutama orang seperti Karpal Singh. Kecintaan terhadap negara dan raja semakin tersisih. Sikap rakyat seperti Karpal Singh ini, hairannya disokong pula oleh orang Melayu seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairudin. Katanya dalam satu kenyataan dalam Harakah, sebagai rakyat yang menghormati institusi raja tentu Kapal bukan bertindak melulu sebaliknya ia adalah mainan media. Bagi menguatkan kenyataan itu, beliau meminta jangan membuat tuduhan melulu mengeluarkan kenyataan kononnya Melayu begitu marah ekoran kenyataan Karpal Singh yang dikatakan cuba mengatasi suara Sultan dalam sesuatu perkara membabitkan istana. Menurutnya, hanya sebilangan Melayu sahaja yang marah sedangkan sebahagian besar bangsa Melayu tidak bertindak apa-apa kerana tahu lazimnya isu membabitkan pembangkang .
Sebagai seorang bekas pengamal media, mendapat Sarjana dalam pengajian media maka ingatlah saya menyentuh tentang peranan media untuk pengetahuan YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ini. Media adalah “penghubung atau jambatan” antara pemimpin dan rakyat. Inilah salurannya. Sekiranya isu yang disentuh oleh Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu tidak didedahkan di media, maka wartawan dan media dianggap tidak berperanan sebagai “penghubung’ dan jambatan”. Kemarahan rakyat terhadap terhadap individu dan parti yang membangkitkan isu itu akan membuak-buak dan dikhuatiri keamanan negara akan terjejas. Kerajaan tidak akan tahu apa yang berlaku sekiranya media tidak berperanan mendedahkan segala rintihan , kemarahan, kekecewaan rakyat dan sebagainya. Oleh itu, isu-isu sensitive sebegini, apa lagi yang menyentuh tentang hak dan maruah bangsa teras negara ini iaitu Melayu, maka sudah tentu ia dianggap bahaya sekiranya tidak dilaporkan. Sudah tentulah kita tidak mahu kejadian pahit yang tentu bukan Melayu masih ingat…13 Mei dahulu.
Tidak pernah sebelum ini DAP begitu berani menentang insititusi raja-raja, mengapa kini mereka begitu berani tampil mengkritik secara terbuka yang menyentuh tentang raja-raja Melayu. Meskipun institusi raja termaktub dalam Perlembagaan, namun Karpal Singh sebagai pengamal undang-undang seolah-olah menutup mata dan telinga demi politik DAP. Kenapa ?
Sekarang ini bukan menyentuh mengenai hak raja-raja Melayu sahaja , tetapi Karpal Singh sudah berasa menyentuh tentang hak keistimewaan agama Islam itu sendiri. Tidakkah dia ingat atau pura-pura tidak tahu bahawa agama rasmi negara ini adalah agama Islam dan bahasa rasmi negara ini adalah Bahasa Melayu.
Semuanya kerana DAP merasa mereka begitu kuat dengan adanya rakan kongsi Melayu yang membentuk pakatan rakyat. DAP merasa mereka tidak sendirian bila lantang mengkritik institusi raja dan keistimewaan orang Melayu kerana kenyataan mereka itu disokong kuat oleh pemimpin Melayu dalam PKR dan PAS.
Kita tidak hairan dengan kenyataan orang seperti Mohamad Fairuz yang duduk di negeri Pulau Pinang yang tidak beraja. Tetapi YB juga perlu ingat, walau negeri tidak beraja tetapi apabila menyentuh tentang agama Islam maka ia terletak dibawah kuasa Yang Dipertuan Agung. Bagaimana pula dengan pemimpin Melayu dalam parti pakatan rakyat yang didokong oleh PKR dan PAS di negeri-negeri beraja? Sehingga kini tidak ada satu kenyataan rasmi berhubung keangguhan dan kebiadapan Karpal Singh terhadap kesultanan Melayu melalui kritikannya terhadap Sultan Perak dan Tengku Mahkota Kelantan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi daripada PKR dan PAS.
Paling menyedihkan apabila UMNO dan NGO Melayu lain mempertahankan hak-hak Melayu , maka tampillah pemimpin Melayu dalam PKR dan PAS yang menempelak dan memberi amaran “jangan mempolitikkan isu Melayu dan ketuanan Melayu.” Kenapa bila menyentuh orang Melayu, pakatan rakyat Melayu menyalahkan UMNO dan NGO Melayu bersuara lantang. Kenapa usaha –usaha memertabatkan Melayu dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan itu tidak dijadikan agenda bersama oleh semua pertubuhan Melayu termasuk parti-parti politik Melayu dan Islam. Tolaklah ketepi perbezaan yang wujud, tetapi demi masa depan anak-anak dan cucu-cicit dan generasi Melayu akan datang. Tampilkan perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu ini. Pertahankanlah hak-hak istimewa institusi raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan. Baginda Raja-raja Melayulah benteng terakhir yang akan menentukan hak keistimewaan dan ketuanan Melayu masih wujud di bumi Malaysia ini. Janganlah kerana politik, kita korbankan hak orang Melayu.
Sementara orang seperti Karpal Singh tidak penting malah tak akan mampu bersuara pun kalau dia dan partinya tidak mendapat sokongan daripada pemimpin Melayu dalam pakatan rakyat. Kita orang Melayu inilah juga yang memberi tunggangan kepada orang bukan Melayu seperti Kapal Singh ini.
Cukup-cukuplah kita diperbodohkan oleh mereka yang asalnya hanya pendatang tetapi ketinggian budi orang Melayu yang suka sangat menolong orang, kini orang pendatang dan tetamu itu sudah mahu menghalau kita dari rumah sendiri. Kini orang yang kita beri pelindungan dan beri kehormatan melalui kerakyataan sudah mahu menjadi tuan kepada rumah kita sendiri. Tanah kita yang penuh dengan kemewahan hasil buminya telah digali dan diperdagangkan sehingga menjadikan mereka orang yang kaya raya. Kita yang menjadi tuan tanah suatu ketika dulu kini hanya menjadi kuli kepada tetamu yang mula datang hanya untuk mencari rezeki.
|