|
SYARIFAH AINI CONTOH TERBAIK |
|
|
|
Pada 1 Mei lalau saya menjadi tetamu kepada Syarkat Argung Privilege Management bersempena pelancaran produknya ‘ Argung Privilege ‘ di Dewan Tun Razak PWTC di Ibu Negara Kuala Lumpur. Malam itu diadakan persembahan nyanyian oleh beberapa penyanyi tempatan termasuk Raja Pop Malaysia Jamal Abdillah.
|
Datuk Sharifah Aini
|
Persembahan yang begitu terhibur, menjadi berpasir mata memandang dan tentunya menyakitkan juga mata hadirin. Seorang penyanyi baru kalau tak silap saya bernama Pija, keluar dengan tepukan yang meriah. Malangnya tepukan itu menjadi terhenti bila tiba-tiba keluar sekumpulan kanak-kanak dan remaja, mengiringinya , berseluar pendek berbaju tak berlengan , melakukan aksi ‘Breakdance’ atau Tarian Pecah yang tonggang terbalik, menghempaskan diri dilantai berpusing-pusing , melompat ke belakang , menjadi hingar- bangar tak keruan.
Teman-teman semeja saya dan meja sebelah kelihatan menggeleng-geleng kepala Pija di iringi oleh kumpulan Tarian Pecah itu. nampaknya amat serasi dengan mereka kerana saling tersenyum dan tertawa antara satu sama lain.Tentulah berpasir mata memandang, apabila Pija keluar setiap kali (menyanyi lebih dari dua lagu) selepas penyanyi lain menyanyi dengan sopan . Contohnya selepas Jamal Abdillah menyanyikan lagu masyhurnya ‘Saroja’, tumpuan ramai menjadi samasekali berubah bila Pija keluar dengan di iringi oleh kumpulan Tarian Pecah berkenaan .
Mengapa Pija dan penyanyi lain tidak menggunakan Penari Latar yang bersopan? Mengapa ambil budaya barat semacam Tarian Pecah itu ? Mengapa tak tiru macam penyanyi –penyanyi lain yang masing-masing mempunyai Penari Latar , tetapi ia cukup harmoni dan amat menghiburkan. Sharifah Aini contohnya , banyak juga lagu rancak kegemaran generasi muda, tetapi tidak mengabaikan keharmonian dan ketenangan serta konsentrasi para penontonnya.
Jamal Abdillah, Siti Norhaliza, Misha Omar , Anwar Zain, misalnya, sama juga dengan Sharifah Aini, seperti yang disebutkan diatas, adalah amat menghiburkan dan memberikan suasana yang menyeronokkan serta tenteram jiwa yang menontonnya.
Para penyanyi baru ini bakal menggantikan penyanyi lama satu ketika kelak, tetapi jejak langkah mereka perlulah diikuti agar masyarakat muda kita kelak ada kesinambungan dari generasi lama. Agar masyarakat kita kelak, tidak ketandusan budaya dan kesenian sendiri, agar masyarakat kita kelak , tidak terikut-ikut dengan cara dan budaya asing yang boleh menjahanamkan jati diri kita sendiri.
|