A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 2 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini191
mod_vvisit_counterBulan Ini12758
mod_vvisit_counterJumlah505215
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow SERUAN BUAT KEMENTERIAN KEWANGAN
SERUAN BUAT KEMENTERIAN KEWANGAN PDF Cetak Emel

FAIL-FAIL HUTANG DI BANK TELAH DIJUAL ?

Berita yang sangat menyayat hati diterima dari teman lama saya di Utusan Melayu menyatakan, ada sebuah bank tempatan sekarang ini telah menjualkan fail-fail hutang pelanggannya kepada satu syarikat lain supaya bank tersebut kelihatan bersih tanpa dibebani banyak hutang bagi mengelakkan kadar NPL ( hutang pinjaman yang tertonggak) nya menjadi tinggi dimata Bank Negara.
Akibatnya syarikat yang membeli fail-fail hutang itu bertindak sesuka hati terhadap pelanggan lama bank tersebut. Ada yang melelong rumah banglo besar dengan harga jauh lebih rendah dari harga pasaran, dan bakinya dituntut dari peminjam dengan secara tidak berperikemanusiaan, termasuk membengkrapkan mereka dengan begitu mudah...

Saya menghubungi seorang kenalan yang merupakan seorang peguam yang sering membuat kes tentang hutang perumahan ini. Katanya mahkamah kelihatan lebih cenderung kepada pihak bank atau syarikat yang menuntut hutang, dimana sekiranya pihak pembayar hutang minta tangguh oleh sebab tertentu tidak akan dilayan..walaupun alasan peguam MC atau ada kes lain ditempat lain..dan hukuman bengkrapsi dijatuhkan serta merta kalau pemberi hutang meminta berbuat demikian !!..
" mahkamah juga sekarang, nak jaga KPI mereka bagi mengelakakan kes tertunda, dengan mudah mengizinkan permintaan untuk membengkrapkan orang yang berhutang..inilah cara nak jaga nama baik mahkamah " , kata peguam tersebut.
Teman saya itu menyatakan dia ada pembeli yang hendak membeli Banglonya dengan harga yang jauh lebih mahal, tetapi syarikat yang membeli failnya di bank tempatan itu tak mahu bertolak ansur dan tak membenarkan tuan rumah itu menjual sendiri rumahnya, sedangkan pembelinya sudahpun ada... dan sharikat berkenaan membuat lelongan sendiri dengan harga yang sangat rendah..akibatnya kawan lama saya itu terpaksa mencari beberapa ratus ribu lagi untuk membayar baki hutang banglonya yang dilelong murah itu..bagi saya, ini adalah satu penganiayaan..!
Saya berpendapat pihak Kementerian Kewangan kenalah memantau perjalanan bank ini...sekurang-kurangnya memperkenalkan akta tertentu melalui Bank Negara bagi memantau bank-bank perdagangan yang berbuat demikian demi menjaga imej mereka, sedangkan orangramai tersiksa.
Pihak kerajaan tentulah mahu menjaga kesejahteraan rakyat yang berhutang dengan pihak bank perdagangan, dan tidak mahu mereka menjadi mangsa kepada bank-bank yang lebih menjaga imej mereka dari membantu meredakan beban orangramai . Lagipun kepada siapa lagi hendak berhutang kalau bukan dengan bank..? Tetapi bank kenalah mesra rakyat..iaitu lebih dari 'mesra pelanggan' kerana pelanggan biasa bank, adalah orang yang mempunyai wang..
 Saya yakin dan percaya Timbalan Menteri Kewangan Dato' Dr. Awang Adek Hussin, yang memang pakar dalam pelbagai akta kewangan negara, segera melihat perkara ini ..dan tentunya cadangan beliau akan mendapat restu dari Menteri Kewangan iaitu Perdana Menteri sendiri untuk diguna pakai serta dilaksanakan serta merta oleh pihak yang terlibat.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack