A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 3 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini192
mod_vvisit_counterBulan Ini12759
mod_vvisit_counterJumlah505216
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PAS DIAMBANG KEHANCURAN, GOLONGAN ULAMA DIKETEPIKAN
PAS DIAMBANG KEHANCURAN, GOLONGAN ULAMA DIKETEPIKAN PDF Cetak Emel
Dalam tulisan saya setengah purnama yang lalu yang bermaksud PAS berada dipersimpangan, samada menuju kehancuran atau menjadi lebih mantap dalam pemilihan kepimpinan mereka kali ini, kini ternyata para perwakilan parti itu telah memilih jalan yang amat bahaya itu , iaitu memberikan kemenangan kepada Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai Timbalannya .
Oleh kerana jawatan Presidennya tidak dipertandingkan, maka tumpuan ialah jawatan Timbalan Presiden yang dikatakan amat penting, kerana apapun yang akan berlaku kepada Presiden, maka Timbalan lah yang akan tampil memimpin parti itu. Ada dua persimpangan yang akan dipilih oleh para perwakilan parti itu dari seluruh negara kali ini, iaitu akan kekal dengan kepimpinan golongan ulama yang berpendidikan dari Timur Tengah iaitu aliran agama yang hakiki dan satu lagi jalan yang boleh mereka pilih ialah tokoh aliran yang berpendidikan aliran bukan ulama, yang tidak menjurus kepada perlajaran agama Islam.Ada pihak menggelarkan tokoh ulama lawan tokoh profesional..tetapi saya tidak setuju perkataan profesional digunakan, kerana yang dikatakan profesional itu ialah peguam, wartawan,doktor, arkitek, akauntan dll. Sedangkan tokoh bukan ulama yang bertanding jawatan Timbalan itu, bukanlah profesional.
Mengikut tradisi Pas yang lalu iaitu sedari awal Pas ditubuhkan dari tahun 1952 hingga semalam, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah diserahkan kepada golongan ulama yang berpendidikan khusus dalam Pengajian Islam yang kebanyakannya dari Timur Tengah dan seorang dari dari mereka dari Universitas Islam Sumatera Utara  Indonesia.
Penentuan pemilihan terhadap kepimpinan ulama dalam Pas ini penting bagi meneruskan kelangsungan parti itu diterajui oleh orang-orang yang mahir dalam Quran, Hadis dan Perundangan Islam, bagi menyokong setiap hujah yang mereka percakapkan agar kelihatan lebih 'Islamic' dari parti-parti lain.
Lebih-lebih lagi penting bagi para ahli Pas memilih golongan ulama ialah kerana parti itu selama ini bercakap tentang hasrat mereka untuk melaksanakan Islam sebagai carahidup umat negara ini...bertambah lagi penting ialah kerana mahu menandingi parti lawan mereka yang juga parti yang memerintah negara ini iaitu UMNO yang telah berjaya meletakkan 'Islam' sebagai Agama Rasmi Persekutuan (Malaysia) dan Bahasa Melayu sebagai 'Bahasa Rasmi Tunggal' di negara ini, yang kini mengetuai komponan parti-parti dalam Barisan Nasional .
Para penyokong dan pemimpin Pas seharusnya sedar, bahawa dalam UMNO kini ramai sekali ulama dan profesional dalam pengajian Islam dalam bidang Perbankan Islam, Ekonomi Islam, Perundangan Islam, Pendidikan (keguruan) Islam, Sains Islam (hal ehwal ilmu sains), Perubatan Islam, Politik Islam, Seni Bina Islam, Bahasa Arab, Ilmu Wahyu, Astronomi Islam dan pelbagai lagi dari universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi Islam dari seluruh dunia, khususnya dari Timur Tengah.
Keputusam pemilihan pemimpin semalam terjawab segala persoalan, entah kan para perwakilan mahu menghentikan PAS dari terus mengganggu UMNO , atau tak mahu lagi PAS ini mempermainkan hukum Islam dan memijak prinsip Islam bila berdepan dengan DAP dan menghadapi isu Anwar Ibrahim yang mengaibkan itu; yang tidak mustahil para pengikut PAS sudah muak dengan golongan ulama mereka yang memijak prinsip mereka sendiri bila berhadapan dengan komponan pembangkang lain khasnya DAP yang anti Islam itu.
Presiden Pas Dato' Abdul Hadi Awang (Haji Hadi) pernah membuat kenyataan dihadapan para pemimpin DAP di Pulau Pinang pada tahun 2008 lalu, antara lain katanya "...Bagi Pas, perjuangan menegakkan negara Islam sudah tidak penting lagi..yang lebih penting sekarang ialah bagaimana mengeratkan pakatan pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.."
Selain itu laungan Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh yang berkata "...Kalau Pas hendak melaksanakan Islam dinegara ini (bila pembangkang menang) langkah mayat saya dulu.." dan rentak Karpal Singh itu disambut oleh Speaker Dewan Undangan Kerajaan Pas Kelantan Dato Wan Rahim berkata " Kalau ada orang hendak mengapa-apakan Karpal Singh (kerana anti Islam itu) langkah mayat saya dulu"....ertinya, bukan pemimpis yang marahkan pemimpin DAP yang menghina Pas begitu, alih-alih pemimpin Pas pula yang nak pertahankan penentang Islam itu..!
Murshidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan pernah berkata, "..Tak apa orang kafir (DAP) menjadi Perdana Menteri Malaysia ,asalkan dia mengikut kehendak kita.." Barangkali kata-kata para ulama yang menerajui Pas seperti inilah yang membuatkan kepercayaan para pengikut Pas sudah pudar dan luntur sama sekali..
Sebenarnya kata-kata seperti Nik Aziz itulah, para pemimpin Melayu  Singapura berkata kepada umat Melayu/Islam di Singapura semasa Lee Kuan Yew meminta mandat orang Melayu ketika  mula-mula  memerrintah Singapura dulu...(sama seperti janji pihak DAP kepada pemimpin Pas sekarang) setelah orang Melayu memberi mandat penuh kepada PAP dan aklhirnya umat Melayu tenggelam ghuyub.. tidak pernah ada pun orang Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kerajaan Singapura pimpinan PAP iaitu kakak kandung DAP itu..!
Semalam ahli Pas seluruh negara buat keputusan mengakhiri golongan ulama untuk memmimpin parti itu. Mohammad Sabu (Mat Sabu) tidak pernah belajar sekolah agama..yang menjadi kepakaran mat Sabu ialah memaki hamun orang UMNO...apakah para pengikut Pas kini perlukan kaki maki hamun pemimpin UMNO untuk mernjadi pemimpin mereka? .
Barangkali ahli-ahli Pas membuat pilihan itu secara merajuk dan marahkan para pemimpin mereka yang terdiri dari golongan ulama selama ini, tetapi menggadaikan prinsip kepada Anwar Ibrahim dan DAP...jadi barangkali mereka berkata "nah ambil lah Mat Sabu yang tak reti agama pun hantam sajalah..lagipun yang tahu agamapun tak boleh harap!"
Sekiranya tempo atau rentak kepimpinan bukan ulama ini berterusan begini, maka pastilah Pas akan menghadapi kehancuran sebaik saja Haji Hadi meletak jawatan atau apapun jua yang akan berlaku kepada Haji Hadi kelak...ertinya golongan yang mempunyai kekuatan memaki hamun pemimpin UMNO kini menguasai kepimpinan Pas ....dan kekosongan ini para ahli Pas akan beralih kepada UMNO yang mempunyai para ulama profesional Islam yang berwibawa berada di belakang Perdana Menteri kini.
Tentulah ahli Pas juga menjadi amat malu berketuakan orang-orang yang handal memaki hamun pemimpin UMNO..seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Khalid Samad dan lain-lain.
Semasa saya berkereta satu malam beberapa ketika lalu, dari Bachok ke Pasir Puteh, sampai di Cabang Tiga Gunung (persimpangan jalan ke Pasir Puteh) kelihatan orangramai mengerumuni beberrapa orang penceramah Pas yang merupakan pakar makihamun pemimpin UMNO antaranya Mat Sabu dan Buniyamin Yaakob (Alrahil) sedang bercakap dalam Rapat umum..saya kenal suara yang melaung dengan lantang berkata.." Kini Tun Razak sedang dipanggang di neraka..kerana memimpin UMNO.."Teman wartawan Kelantan yang ada dalam lereta saya berkata " barangkali pemimpin Pas itu ada hubungan terus dengan penjaga neraka, sehingga dia boleh tahu apa yang berlaku di neraka sekarang"...seorang pelajar lepasan Nilam Puri Kelantan berkata kepada kami di tepi jalan itu, "demikianlah sendiwara murahan para penceramah Pas memutarbelit orangramai demi kepentingan parti mereka" .
Mengulas kemenangannya,  Mat Sabu berkata: "Saya kata Anwar Aljuburi itu kerana dia masa itu dalam UMNO dan kini dia dah ada dalam pembangkang saya tak kata Anwar Aljuburi lagi.." demikian kata Timbalan Presiden Pas yang baru dalam semua media hari ini...dimanakah prinsipnya? ...dimanakah pendiriannya ?
Pihak berkuasa polis dan ketenteraman awam hendaaklah hubaya-hubaya dan berhati-hati bila Mat Sabu ini menjadi orang penting ...Mat Sabu ini saya dengar dengan mata kepala saya sendiri berucap:
"Dunia ketiga termasuk Malaysia ini tidak ada pilihanraya yang boleh menjatuhkan kerajaan yang ada, kecuali kita kena ajak rakyat buat rusuhan dan tumbangkan kerajaan secara kekerasan, dengan membakar, memberontak, menyerang dan apa saja yang boleh memaksa mereka serahkan kuasa..."
Dan jika inilah asas pemilihan Mat Sabu naik menjadi Timbalan Presiden Pas yang akan dengan segera merampas jawatan Presiden Pas, maka niat sebenar para penyokong Mat Sabu itu hendaklah diawasi, agar halatujunya untuk membawa orangramai membuat rusuhan dan huruhara dalam negara, bagi menjatuhkan kerajaan ini, tidak akan berlaku..!

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack