A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 31 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini193
mod_vvisit_counterBulan Ini3111
mod_vvisit_counterJumlah495568
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow PERTEMUAN MELAYU DI JOHOR TAK BERERTI TANPA PM, TPM.
PERTEMUAN MELAYU DI JOHOR TAK BERERTI TANPA PM, TPM. PDF Cetak Emel

 

 ismail_hussein.jpg
 Tan Sri Ismail Hussein

Resolusi yang dikeluarkan oleh kongres pemuafakatan NGO Melayu di Johor dua hari lalu yang diterajui oleh GAPENA memang hebat, ia kelihatan semacam permaaalahan yang mencengkam kaum Melayu di negara ini selama ini  sudah terlerai dan selesai, dan merekalah juara Melayu yang diberikan mandat oleh seluruh bangsa  Melayu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapai selama ini . 

Para pimpinan NGO Melayu ini menggelarkan diri mereka cendikiawan Melayu yang  seolah-olah baru saja membaca cerita Baginda Raja Sulaiman dalam buku kelasik Arab ‘Qisasul anbia’ , lalu mereka  ini meletakkan diri mereka setaraf , bahkan menyerupai  Baginda Raja Sulaiman dari segi  kuasa dan cara bertindak menyelesaikan satu-satu perkara , dengan satu perintah sahaja semua seisi bumi yang ada dibawah naungan pemerintahannya , termasuk  manusia , semua jenis binatang atau haiwan dan semua anggota makhluk tak ketinggalan semut yang terkecil sekalipun,  akan patuh dan segera bertindak tanpa bertangguh .

Jangan lupa, Baginda Raja Sulaiman , bukan sahaja  seorang raja  tetapi baginda  juga  seorang Nabi dan juga seorang Rasul yang menjadi pesuruh Allah yang diutuskan untuk melaksanakan perintah Allah. Baginda dibekalkan dengan mukjizat serta kuasa tertentu yang boleh menyokong  segala seruannya kepada manusia agar beriman dengan Allah serta mengikut ajaran Rasulnya itu.

 Membuat keputusan, resolusi, cadangan dan seumpamanya memanglah mudah bagi satu-satu kongres, persidangan, pertemuan atau pemuafakatan dan seumpamanya.Tetapi melaksanakan keputusan atau resolusi bersetujuan itu malah lebih sukar dari segala-galanya. Ambil saja contoh Resolusi Pertemuan Masyarakat Melayu Se dunia di Shah Alam diawal 1990an dulu, sebagai perbandingan .

Pertemuan yang besar itu telah meluluskan beberapa resolusi penting,  antaranya; menubuhkan Sekretariat Melayu Antarabangsa bertempat di Shah Alam, dengan kemudahan-kemudahan  yang setaraf dengan kepentingan dan peranannya yang sangat penting itu, di mana segala perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sekretariat Agung itu diletakkan di bangunan Muzium Selangor di Shah Alam..

Hero masa penubuhan secretariat itu ialah  Tan Sri Mohamad Bin Mohd Taib Menteri Besar Selangor sendiri . Beliau ditonjolkan sebagai tokoh terpenting Melayu yang akan membawa misi dan visi orang-orang Melayu dengan konsep ciptaan beliau sebagai Melayu Baru.

Walaupun konsep Melayu Baru ini dicipta oleh Tun Dr.Mahathir Muhammad, tetapi promosinya yang begitu hebat dibuat oleh Muhammad  Mat Taib, sehinggakan beliaulah dilihat pada waktu itu sebagai pejuang Melayu Baru dan  bintangnya menjadi cukup terang, dan prestasi politiknya  naik mendadak,  dengan memenangi jawatan salah satu dari tiga Naib Presiden UMNO dalam pemilihan Majlis Tertinggi.


Malangnya Sekretariat Melayu itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja, ianya terkubur tanpa batu nesan . Pejabat Tan Sri Ismail Hussein sebagai Pengarahnya juga turut terkubur, dan nama Sekretariat Melayu Antarabangsa itu akhirnya berpindah ke pejabat GAPENA di Jalan Lapanganterbang Lama. Kereta Mercedes yang diberikan kepada Tan Sri Ismail  iaitu Pengarah sekretariat tersebut , juga mungkin telah ditarik balik. Mana tanggungjawab Kerajaan negeri pada masa itu ? Tidak lain, selain dari lepas tangan !

Itu baru satu contoh , banyak lagi contoh Kongres berasaskan Melayu yang telah dibuat, tetapi hanya sekadar mengadakannya saja, tanpa memikirkan bagaimanakah pula  cara perlaksanaannya.

Kini kita berdepan dengan satu lagi resolusi penting buat Bangsa Melayu  yang dihasilkan oleh Kongres  Permuafakatan Melayu pada 3-4 Mei lalu. Ia menjadi sangat penting kerana ia menggariskan  bagaimanakah semua pihak di negara ini harus bersikap dan harus berbuat  sertamerta, agar resolusi ini tidak sia-sia sahaja.

 Pihak penganjur tidak mahu melibatkan orang-orang politik di kalangan bangsa Melayu, kononnya dengan menjemput orang-orang Melayu yang berada dalam kepimpinan politik UMNO, PAS, PKR dan lain-lain menjadikan para perserta kongres itu tidak bebas menyuarakan pendapat, tidak betah nak mengkritik BN, tidak selesa nak dedahkan kelemahan UMNO, PAS, PKR  dan sebagainya !!!

 Sekiranya ini benar, ertinya para tokoh yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan cendikiawan Melayu ini hanya ingin menjadi jaguh dan bersuara lantang bila majlis itu dibuat sesama mereka saja , dan tidak mahu teguran dan kritikan dibuat dihadapan tokoh politik Melayu. Kenapa takut?  Tidakkah kita orang Melayu lebih-lebih lagi  orang Islam sekian lama berpegang dengan Hadis Rasulullah (SAW) “ Katakanlah yang benar itu walau pahit sekalipun” ?

Pengerusi kongres Johor media, kongres ini penting kerana contohnya  Dewan Bahasa Dan Pustaka ditubuhkan hasil dari resolusi kongres Melayu pada tahun 1956 dulu. Tidak semua resolusi kongres  dilaksanakan , kerana ia banyak bergantung kepada siapa anggota kongres, siapa ketuanya, siapakah pula orang yang dibelakang kongres, dan siapa ‘pejuang’ yang hendak melaksanakannya.

Bagi saya anggota kongres, walau siapapun juga mereka , tugas mereka hanya satu bentuk sahaja, iaitu merekacipta senjata yang akan digunakan untuk menentang musuh. Bila senjata sudah siap , tugas yang amat  penting ialah menyerahkan senjata hebat itu kepada ‘pejuang’ untuk menggunakannya bagi membunuh musuh. Tugas para perekacipta senjata canggih ini ialah membuat senjata tercanggih dan tugas pejuang pula menggunakannya untuk membunuh musuh.  Kedua-dua pihak hendakalah berkerjasama erat bagaikan ‘Aur Dengan Tebing’.  Kerana inilah DBP lahir seperti yang disebut diatas itu !

Para pejuang UMNO yang mendominasikan kuasa Melayu di negara ini pada tahun 1956 itu berada dalam kongres Melayu yang melahirkan DBP itu. Jangan salah sangka kononnya setiap resolusi yang dibuat atas nama kongres membuah hasil !

Tetapi apa yang berlaku di Kongres Melayu johor itu, adalah,  para perekacipta senjata canggih  telah melakukan dengan sedaya mungkin dan sudah terhasil senjata yang amat canggih pula. Soalnya sekarang pejuang untuk menggunakan senjata itu belum ada . Pejuang dan pelaksana itu berada dalam UMNO , berada dalam Kerajaan BN.

Bukankah lebih baik para pejuang yang akan menggunakan senjata canggih itu ada bersama-sama para perekacipta senjata Melayu itu dari awal, supaya mereka tahu selok belok senjata itu dengan jelas  dan bila sampai masa untuk digunakannya, ia menjadi betah dan tidak kekok, bahkan ia menjadi mahir dalam perlaksanaannya !

Adalah lebih bijak kalau Perdana Menteri dijemput merasmikannya dan Timbalan Perdana Menteri yang menutupnya.  Kerana mereka berdua inilah yang akan memberikan gambaran jelas kepada Majlis Tertinggi UMNO dan juga kepada Menteri-Menteri Kabinet.  Merekalah pejuang-pejuang dibarisan hadapan kita.

Seingat saya ( betulkan saya kalau saya silap) tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia  atau Tanah Melayu , Raja-raja Melayu tampil ke depan mempertahankan hak orang-orang Melayu  yang terhasil dari resolusi seminar, pertemuan atau kongres seperti ini. Oleh itu, saya tidak nampak mengapa perlunya resolusi kongres di Johor itu perlu diberikan kepada  Sultan Johor.

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack