 |
|
Dato' Seri Dr. Rais yatim
|
Berikutan dari penutupan Studio Jalan Ampas Singapura pada akhir tahun-tahun 1960an, yang selama ini memenuhi keperluan dua gergasi filem, Shaw Brothers dan Cathay Kris , para pelakon mereka yang hampir 100% terdiri dari pelakon Melayu telah berpindah ke Kuala Lumpur. Para pelakon ini terdiri dari Bintang Filem ternama P.Ramlee, Saloma, Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Mahmood, A.R.Tompel, Ibrahim Din, Mustafa Maarof, Kuswadi Nata, Aziz Sattar , Ahmad Daud , Saadiah dan ramai lagi.
Berikutan itu terbentuklah Studio Merdeka di Ulu Kelang . P.Ramlee dan rakan-rakannya mula mengeluarkan filem dari Studio Ulu Kelang ini , bagi menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Shaw Brothers di Singapura itu. Seperti yang semua orang tahu, mengeluarkan filem bukanlah murah harganya .. .kita (orang-orang yang segenerasi dengan P.Ramli dan rakan-rakan) tahu dan dengar rintihan P.Ramli dan rakan-rakannya ketika itu…memerlukan bantuan modal…modal…modal…
Kita juga tahu (sejarah perjuangan P.Ramlee) yang turun naik bangunan MARA untuk mendapatkan bantuan modal untuk meneruskan kelangsungan penerbitan filem-filem Melayu…yang akhirnya beliau menemui kegagalan..MARA mahukan segala datuk nenek syarat untuk meminjamkan wang kepada P.Ramlee dan rakan-rakannya…kecewa juga sudahnya.
Bahkan menurut sumber yang rapat dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, beliau mulai dihinggapi perasaan kecewa…membawanya kepada penyakit jantung...dan meninggal dunia kerananya...(Alfatihah buat Allahyarham)..
Kekosongan yang ditinggalkan oleh P.Ramlee dan rakan-rakannya ini mula dipenuhi oleh para pengusaha baru filem Melayu, iaitu Datuk Syed Kechik , (bekas pembantu kanan Tun Datu Mustafa , seorang pejuang kemerdekaan sezaman dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman pemimpin utama Sabah) yang menubuhkan Syed Kechik Filem Production, Sabah Filem dan Berjaya Filem Production.
Berikutan itu kelihatan dunia perfileman Melayu kembali bersinar, pengusaha mendapat motivasi yang tersendiri para peminat filem kembali memenuhi panggung wayang disana sini. Para pengusaha filem masa ini keluar menemui orangramai khususnya para calon pengusaha Melayu, menggalakkan mereka sertai bidang perniagaan yang menguntungkan ini.
Hasil dari tinjauan dan kajian oleh seorang professor bidang perfileman di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, yang tak mahu namanya disebutkan di sini, berkata, “Pasaran filem Melayu kalau betul-betul diuruskan setiap filem yang di keluarkan boleh memberikan pulangan pendapatan antara RM2 juta hingga RM6 juta …Keseluruhan pasaran industri perfileman bagi tahun-tahun 1970 hingga tahun 2000 dianggarkan RM1.8 billion yang merupakan antara penyumbang terbesar untuk KDNK negara..”
Menyedari hakikat inilah para pemerhati bumiputera yang gembira terhadap perkembangan pengusaha filem Melayu ini mendesak Kerajaan menubuhkan sebuah badan khas agar peristiwa buruk yang menimpa P.Ramlee itu tidak berulang lagi di negara ini, dimana Studio Merdeka Ulu Kelang mati tanpa kubur..menyedari ini, dan berikutan kemarahan para peminat Filem Melayu..pihak berkuasa telah menubuhkan FINAS sebuah perbadanan filem nasional yang mengambil alih Studio Merdeka Ulu Kelang dan berada di lokasi yang sama sampai ke hari ini.
Tujuan dan peranan FINAS yang diberikan peruntukan yang besar ialah untuk menjadi penggerak dan penyelamat kepada industri filem tempatan. ..disamping memperkembangkan industri filem yang mula berkembang hebat ini. Kerana selain pembikinan filem, industri ini berkaitrapat dengan pengedaran filem dan pemamiran filem (tayangan di panggung) dan lain-lain yang bersangkutan dengannya .
Tetapi … sayang seribu kali sayang, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari…FINAS yang ditubuhkan pada tahun 1980an atas tujuan dan niat kerajaan yang tulus ikhlas itu…mula dijangkiti oleh virus HIV yang amat berbahaya…di mana mulai tahun 2000an virus AIDS mula menjalar keseluruh tubuh FINAS dan mulai tahun 2006 ia kelihatan semakin parah…dan sampai ke saat ini FINAS sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Kehancuran FINAS ini berkebetulan sekali dengan kemasukan Dato’ Seri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap FINAS , yang entah secara tak sengaja atau secara sengaja membawa dua orang bukan bumiputera menjadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS, tanpa membuat usul periksa latar belakang mereka , peribadi mereka dan hubungkait mereka dengan ‘Mafia’ yang mula menguasai penerbitan filem pengedaran dan pemamiran sebaik sahaja sesebuah filem dibikin oleh pengusaha filem Melayu .
Rais sendiri tidak berbuat apa-apa bila mengetahui (agak mustahil kalau belum mengetahui) bahawa para pengusaha industri filem Melayu ini mula layu dan tidak bertenaga dalam tiga atau empat tahun kebelakangan ini terutamanya sekarang ini…dimana ramai sekali orang bercakap di mana-mana tentang pengusaha filem Melayu telah diserang virus yang pernah menyerang P.Ramlee dulu…!!!
Mana ada filem baru Datuk Yusof Haslam?...mana ada filem baru Rosyam Nor? Dan mana ada filem baru lain-lain lagi …? (sekadar menyebut beberapa contoh). “Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pengusaha-pengusaha filem Melayu yang begitu berjaya dalam tahun 1970an, yang telah menggantikan kekosongan Studia Merdeka Ulu Kelang peninggalan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu, menjadi lenyap kembali, adalah berikutan dari penubuhan FINAS …!” Kata seorang ahli akademik lagi yang saya ajak berbual mengenai hal ini melalui telefon.
Akta FINAS yang indah hasil gubahan para pemikir filem Melayu dan para pemimpin kita itu, kini dipijak-pijak dan dirobek-robekkan oleh orang yang bergelar Ahli Lembaga Pengarah FINAS …dalam pengetahuan Menteri berkenaan. Kalau Menteri berkenaan menafikan kenyataan ini, maka sudah pastilah samada beliau sedar atau tidak, ada satu kuasa lain dibelakang Menteri itu (saya tak pasti siapa) yang berperanan menggalakan pembiakan Virus AIDS ini dalam FINAS !!!
Hasil dari percambahan fikiran dengan pihak yang terlibat secara langsung dan secara tak langsung dalam industri perfileman ini, maka saya perturunkan kesimpulannya seperti berikut:
• Ketua Pengarah FINAS tidak boleh dijawati oleh orang yang berkepentingan dengan industri perfileman.
• Jawatan Ketua Pengarah FINAS hendaklah terdiri dari pegawai tetap Kerajaan dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau seumpamanya.
• Ahli Lembaga Pengarahnya mesti dilantik dari kalangan orang-orang yang berwibawa serta bebas dari kepentingan perniagaan dalam industri perfileman, khususnya terlibat dengan penerbitan atau pembikinan dan pembiayaan filem, pengedaran filem dan pemamiran filem (berkuasa terhadap panggung-panggung wayang), serta urusan-urusan yang berkaitan dengan industri ini, supaya tidak berlaku ‘conflict of interest’ .
• FINAS mesti melindungi industri filem Melayu dan pengusaha filem bumiputera.
• Dasar peringkat Kementerian mesti disemak semula.
• FINAS mesti berfungsi sebagai ‘Badan Pemaju Dasar’ dan bukan ‘Pengawal Industri Perfileman’...dan
• FINAS perlu rombakan penuh serta merta.
Demikianlah pandangan dan ulasan saya buat hari ini , sebagai reaksi kepada apa yang dipertuturkan dan dibualkan dimana-mana saja terutama dikalangan para peminat filem Melayu serta para pengusaha filem Melayu negara ini…Saya berharap dapat reaksi, ulasan dan pandangan dari para pelawat budiman…tak kira bertuju atau tidak dengan tulisan saya ini…terima kasih dan salam…!
|