|
MENGAPA KHAIRY PERSOAL POLIS MELALUI MEDIA ? |
|
|
|
 |
|
Khairy Jamaluddin
|
Akhbar Sinar Harian (ASH) keluaran semalam di muka 2 terpampang berita utama Khairy personal polis , dengan sub head menyebutkan pernyataan Khairy : “Tidak tegas terhadap Raja Petra walau terima banyak maklumat”.
AHS menyebut lagi, “Ahli Pasrlimen Rembau , Khairy Jamaluddin MENGECAM pihak polis kerana tidak bertindak tegas terhadap Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK)” . Dilaporkan juga Khairy semasa membuat kenyataan ini di Lobi Parlimen , menyindir Ketua Polis Negara dengan berkata: “Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai lokasi Raja Petra , tapi RPK dengan terang berada dikawasan umum”.
Jangan lupa Khairy adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, dimana Umno adalah parti Pemerintah dan Kerajaan yang ada hari ini. Apa perlunya Khairy mengecam polis dikhalayak ramai semacam tindak tanduk anggota pembangkang? Adakah Khairy juga nak cari publisiti murah semacam anggota permbangkang lakukannya di Lobi Parlimen sebaik saja bertemu pemberita Media?
Adalah lebih wajar Khairy terus saja menemui Ketua Polis Negara (KPN) secara tidak heboh-heboh , menggesa tindakan yang lebih proaktif dibuat, sekiranya penjelasan KPN itu kurang memuaskan hatinya atau kurang memuaskan hati Pergerakan Pemuda Umno Malaysia .
Satu lagi cara, ialah Khairy boleh terus saja bertemu Menteri Dalam Negeri dan kemukakan pandangan Pergerakan Pemuda Umno yang kurang berpuas hati terhadap tindakan polis mengenai isu RPK ini. Khairy boleh kemukakan semua maklumat yang didapati samada dari dalam atau dari sumber luar negara atau dari sumbernya yang tersendiri.
Khairy tentu arif pihak pembangkang khususnya Anwar Ibrahim, kini menjadi-jadi persoalkan polis..barangkali akibat dari perasaan dendam lamanya ..dua hari lalu Anwar Ibrahim mendakwa “Polis ibarat Ketua Umno Cawangan”..padahal semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, telah secara menyalahi undang-undang memperalatkan dan mempergunakan anggota polis tertentu untuk kepentingan pribadinya..akhrinya beliau jugalah yang memaki hamun polis..!
Jadi, takkan Khairy juga nak ikut cara Anwar Ibrahim, atau cxara-cara yang dilakukan oleh anggota parti pembangkang , sedangkan menjadi tanggungjawab Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melindungi Kerajaan yang diterajui oleh Umno dan BN ini.
Dan, sekiranya ada yang tak kena dengan Umno atau Kerajaan BN menjadi tanggungjawab Pemuda Umno pula membetulkannya merlalui saluran parti, dan bukannya melalui kritikan terbuka dalam media atau di khalayak ramai !
Cubalah kita perhatikan mengapa pembangkang dan juga orangramai begitu mudah melemparkan kritikan terhadap Umno dan Kerajaan BN?..jelas sekali jawabnya, ialah kerana orang Umno sendirilah yang saling melemparkan kritikan terbukan antara sesame sendiri bila tiba perlawanan merebut jawatan dalam parti..semasa kempen jatuh menjatuh dalam perebutan itulah banyak perkara negative yang terlepas ketangan pembangkang dan juga orangramai…!
|