A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 29 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini163
mod_vvisit_counterBulan Ini3081
mod_vvisit_counterJumlah495539
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow TUN MAHATHIR SERTAI LAMAN BLOG : TAHNIAH
TUN MAHATHIR SERTAI LAMAN BLOG : TAHNIAH PDF Cetak Emel

Tun Dr.Mahathir Mohammad bekas PM  sertai laman blog mulai semalam 1 mei sempena Hari Pekerja. Selamat datang kedunia baru ini. Tun memang banyak idea yang hendak ditulis. Sekian lama Tun menjadi

mahathir6_copy_copy.jpg
Tun Dr. Mahathir

Presiden UMNO dan sekian lama menjadi Perdana Menteri , tentulah banyak yang handak ditulis untuk tatapan umum, bukan sahaja untuk orang Melayu ,  tetapi juga untuk orang bukan Melayu. Selain itu,  tulisan beliau ini juga akan dibaca oleh  orang diluar Malaysia , yang ingin tahu pengalaman beliau dan juga perkembangan pemikiraqn beliau sehingga kini. 

Semasa beliau menjadi pemimpin utama UMNO dan juga pemimpin utama Malaysia,  tidak ramai orang yang mengkritik beliau dalam  semua tindak tanduk beliau. Tidak ramai yang mengkritik itu keranaq segan, takut tindakbalas kuasa yang ada dalam tangannya , yang mungkin akan memukulbalik,  ataupun  kerana malu alah , memandangkan beliau begitu banyak jasa kepada negara ini.

Tetapi kini nah.. medannya berbeda. Dalam dunia blog ini, kalau orang segan memperkenalkan diri semasa mengkritik seseorang melalaui laman blog, mereka boleh menggunakan nama samaran yang tidak mungkin boleh dikesan; ertinya Tun Mahathir mungkin akan dipuji idea-ideanya dan sebaliknya mungkin akan dikritik keras sesuai dengan isu yang diperkatakannya. Bagi saya adalah lebih berwibawa bagi Tun mengutarakan segala pandangannya melalui laman blognya sendiri yang pastilah buruk baiknya kritikan beliau , secara rasmi datang daripada beliau sendiri,  tanpa mampu ditokok tambah oleh orang luar. Ini berbeza sekali dengan kenyataan melalui media yang kerap disalahlaporkan yang akhirnya memberikan kesan yang tidak baik, sehingga perlu diperbetulkan semula melalui media, yang adakalanya kesilapan itu berlaku berulang berkali-kali.

Selamat menulis Tun, semuga kedatanganTun lebih memeriahkan lagi  dunia bloggers ini dan sama-amalah kita berperanan dalam ertikata kebebasan bersuara , dan memetik kata-kata Tun sebelum ini ; “kebebasan yang bertanggungjawab”.Salam.

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack