|
|
PEMUDA AFRIKA
|
1. Sudah sampai masanya, pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen, Kastam dan Polis untuk membuat tindakan tegas terhadap kebanjiran pemuda-pemuda dari negara-negara Afika ke negara ini yang bermula kira-kira lebih 10 tahun lalu.
2. Mereka ini ada juga sebahagiannya yang beragama Islam dan selebihnya bukan Islam, masuk ke negara ini menggunakan Visa Pelajar kononnya untuk memasuki pusat-pusat pengajian terutamanya kolej-kolej swasta yang lahir macam ‘Cendawan Tumbuh Lepas Hujan’ yang berselerak di Ibunegara dan bandar-bandar lain di seluruh tanahair kita ini.
3. Mereka ini memang di permudahkan masuk ke Malaysia, terutamanya negeri-negeri di Benua Afrika bekas jajahan British yang berada dalam perikatan Komanwel.
4. Malangnya, bila sampai ke Malaysia para belia Afrika ini membawa kelengkapan kemahiran untuk melakukan jenayah seperti pencetak wang palsu, surat-surat akuan bersama cop rasmi palsu dari bekas-bekas pemimpin mereka (untuk tujuan perniagaan), sijil-sijil palsu dan sebagainya untuk mengabui mata rakyat Malaysia yang mereka temui.
5. Saya cukup banyak menerima komplen dari rakan-rakan dan orang ramai yang mengenali saya tentang perbuatan kaum pendatang Afrika yang kini begitu banyak mengancam ketenteraman negara kita.
6. “Mereka lakukan jenayah, polis pun takut nak berkas mereka, mereka melawan, saiz badan dan ketinggian meraka amat berbeza sekali dan jarang ada orang boleh menentang mereka.”Kata seorang VIP yang menghubungi saya masa sedang bersarapan pagi ini.
7. “Mereka pikat gadis tempatan untuk dijadikan pasangan seks, yang Islam kahwini orang tempatan satu cara mudah sebagai alat perlindungan mereka,”tambahnya lagi.
8. Memang benar, ada seorang kenalan saya yang berumur sekitar 40an, telah berkahwin dengan lelaki dari Afrika ini yang datang kononnya untuk belajar, tetapi lepas kahwin dia hanya makan dan tidur dirumahnya tanpa apa-apa pekerjaan.
9. Alasan beliau mengapa kahwin dengan lelaki Afrika itu ialah kerana tidak ada lelaki tempatan yang melamarnya berkahwin. Betul juga alasan itu barangkali!
10. Kini si isteri berhempas pulas berusaha mendapatkan taraf PR untuk suaminya itu untuk tinggal secara tetap di negara ini. Bila PR atau Kad Pengenalan Mereka ini diperolehi, baharulah dia boleh mencari pekerjaan secara sah. Itu kata suaminya!
11. Bila kita ke warung-warung di Taman Selera waktu malam sekitar Ibunegara ini kerap kelihatan lelaki Afrika ini menjaja barangan murahan ala ‘Petaling Street’ seperti jam, pen, tali pinggang dan sebagainya. Bila ditanya beliau dari mana, dia jawab “Pelajar UIA, buat Part time” tetapi bila ditanya pas pelajar dia cabut!!!
12. Kita kerap terbaca berita dalam akhbar-akhbar harian yang memaparkan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang Afrika ini. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas dalam perkara ini sebelum kejadian jenayah dan gangguan ketenteraman awam berlaku dengan teruk lagi.
|