A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 31 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini189
mod_vvisit_counterBulan Ini4313
mod_vvisit_counterJumlah496771
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Komentar Isu arrow ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB
ANDA BERTANYA SAYA MENJAWAB PDF Cetak Emel

logo_blog_ulasan.jpgSoalan : Bolehkah Saudara Pengarang memaparkan sedikit cerita-cerita mengenai tokoh-tokoh  pengkhianat negara ini? Saidatul Akmar Hussein, Johor Bharu.

Jawapan : Untuk memenuhi soalan ini, saya cuba paparkan disini sedikit kisah yang berlaku dalam Parti Komunis Malaya, sebuah parti politik yang bertujuan jahat untuk mewujudkan pemerintahan komunis di Tanah Melayu (Malaysia) ini. Bagaimanapun parti ini menghadapi pengkhianatan dari dalam pula yang dilakukan oleh orang pentingnya. Saya ingin memetik tulisan Lt. Kol. (B) Haji Ab Aziz Ahmad yang telah disiarkan dalam BTDM bilangan 180 Julai 2009 dalam ruangan ‘Tahukah Anda’. Ikutilah tulisan beliau itu, semoga kita dapat sedikit iktbar daripadanya. - Pengarang

LAI TE SETIAUSAHA AGUNG PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM)

picture.jpg

 LAI TE ATAU WONG KIM GYOCK

Baru-baru ini satu upacara sembayang telah diadakan dekat tugu peringatan yang dibina oleh penduduk tempatan di tanah perkuburan Nilai. Tugu peringatan tersebut dibina bagi memperingati kematian beberapa ketua gerila komunis di hutan Batu Caves semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Siapakah yang melakukan upacara itu? Pembaca agaklah sendiri.

Saya ingin memperkatakan kali ini perihal Lai Te, yang terlibat dalam beberapa kejadian pembocoran rahsia Parti Komunis Malaya (PKM) yang mengakibatkan ramai pemimpin negeri PKM terbunuh dan ditangkap pihak berkuasa ketika itu.

Ketika menjadi Setiausaha Agung PKM, Lai Te sangat dihormati dan digeruni oleh semua pemimpin dan anggota PKM di Tanah Melayu (Malaya dan Singapura). Tiada siapa berani mempertikaikan sebarang arahannya yang dikeluarkan oleh Lai Te. Semua arahannya perlu diikuti, dipatuhi dan diambil tindakan dengan segera tanpa sebarang bantahan. Namun kehadiran Lai Te dalam PKM penuh dengan misteri.

Lai Te juga menggunakan pelbagai nama samaran seperti Chang Hong, Wong Kim Gyok, Wong Show Tong dan Wright. Lai Te berasal dari Vietnam, Boleh bertutur dalam bahasa Cantonese dan Mandarin. Pada asalnya beliau merupakan anggota Parti Komunis Vietnam peringkat pertengahan dan ditangkap oleh tentera Perancis yang memerintah Vietnam ketika itu. Lai Te kemudia menghilang dan difahamkan telah dihantar (buang negeri) oleh Perancis ke Singapura.

Di Singapura, Lai Te bergiat dalam pertubuhan kesatuan (union) pekerja pelabuhan dan kemudian menyertai parti komunis tempatan. Pada tahun 1934, kesemua lima pemimpin komunis tempatan telah ditangkap oleh polis British Singapura, antara tahun 1931 dan 1935, seramai 226 pemimpin dan anggota parti komunis ditangkap oleh polis di Singapura. Dalam tempoh beberapa tahun Lai Te telah meningkat dalam hierarki parti komunis tempatan dan pada 1938, Lai Te menjadi pemimpin utama parti komunis di Singapura.

Pada 26 Mac 1942, 11 hari selepas Singapura jatuh ke tangan Jepun, Major Satorou Onishi, pegawai Kempetai Jepun telah menangkap seorang anggota komunis bernama Wong Show Tong. Semasa soal siasat rapi, Wong Show Tong mengaku nama sebenar beliau ialah Lai Te atau Wong Kim Gyock yang merupakan Setiausaha Agung PKM dan beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Kempeitai Jepun untuk memusnahkan PKM yang dipimpinnya sendiri.

Berikutan dengan itu, dalam beberapa bulan sahaja maklumat berkenaan ketua dan anggota pertubuhan PKM di Singapura, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor telah disampaikan kepada Kempeitai Jepun. Dalam peristiwa Batu Cave, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Lai Te, pada malam 31 Ogos 1942, tentera Jepun telah mengepung lokasi perjumpaan ketua-ketua Komunis Tanah Melayu dekat Sungai Dua. Pada 1 September 1942 tentera Jepun telah menyerang dan membunuh ramai ketua komunis negeri-negeri Tanah Melayu.

Hampir setengah dari mereka yang hadir di kem tersebut turut terkorban. Lai Te yang dijangka akan turut hadir perjumpaan tersebut terlepas dengan alasan kenderaan yang dinaikinya dikatakan telah rosak di tengah jalan. Sebelum itu, wakil ketua komunis Negeri Sembilan telah ditangkap oleh Kempeitai Jepun semasa dalam perjalanan ke Batu Caves.

Beberapa minggu selepas peristiwa Batu Caves, jawtankuasa PKM Negeri Perak telah diarahkan supaya menganjurkan sekali lagi perjumpaan ketua komunis Tanah Melayu serta pemimpin gerila MPAJA di Bidor, Perak. Sekali lagi sebelum ketibaan Lai Te, dua pemimpin kanan PKM Negeri Perak ditangkap oleh Kempeitai Jepun. Chai Ke Ming, pemimpin kanan PKM Pusat yang berjaya melepasi peristiwa Batu Caves, sekali lagi berjaya mengelak daripada ditangkap semasa tiba dengan keretapi di BandarKampar. Perjumpaan tersebut seterusnya telah dibatalkan. Bagaimanapun Chai Ke Ming, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Lai Te, telah ditangkap oleh Kempeitai Jepun semasa perjumpaan di Sekolah Rendah Ai Tung di Singapura, beberapa minggu kemudian.

Semasa menghadiri satu perjumpaan dengan pemimpin PKM di sebuah rumah papan di Jalan Ampang Selangor pada penghujung bulan Disember 1946, Lai Te telah menghilangkan diri. Segala usaha mencari gagal menemui sebarang jejak dan tiada sebarang maklumat tentang kehilangannya. Akhirnya maklumat diperolehi dari anggota PKM di Singapura yang mengesahkan bahawa Lai Te telah menhilang bersama lebih sejuta USD$, dimana Lai Te dibuktikan telah menjadi ejen British sebelum Perang Dunia Kedua, menjadi tali barut Jepun semasa Jepun memerintah Singapura dan kini menjadi ejen British semula selepas kekalahan tentera Jepun.

Bagaimana licik sekalipun pergerakan Tai Le melarikan diri ke Bangkok, kemudian ke Hong Kong dan balik semula ke Bangkok, akhirnya beliau telah ditangkap dan dibunuh oleh anggota Parti Komunis Thailand dalam sebuah hotel murah di Bangkok dan mayatnya telah dihumban ke dalam sungai Chao Praya, Bangkok. Berakhirlah sudah riwayat seorang ejen Talam Tiga Muka dalam sejarah Parti Komunis Malaya sebelum darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada tahun 1948.


ULASAN PENGARANG

PEMIMPIN PENGKHIANAT KOMUNIS PUN BOLEH DITUNDUKKAN DENGAN CARA TEGAS!

Melihat kepada para kedua dan kesepuluh tulisan ini, jelas sekali kesimpulannya boleh saya buat disini bahawa sejahat mana dan setinggi mana tahap pengkhianatan seseorang kepada sesebuah Negara, bila digunakan kekerasan yang setimpal dan tegas, maka orang berkenaan akan akur dan sedia tunduk. Malah beliau itu boleh dijadikan alat untuk memusnahkan kumpulan jahat yang dipimpinnya sendiri!

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack