A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 26 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini67
mod_vvisit_counterBulan Ini2985
mod_vvisit_counterJumlah495443
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
WARAK KAH PEMIMPIN PAS? PDF Cetak Emel
 tunrazak2nd.jpg

 TUN RAZAK

1. Seseorang yang warak, tidak akan bercakap ikut nafsu dan kepentingan politik atau apa-apa pun yang menyimpang dari kepentingan agamanya dengan keikhlasan serta ketulusan hati yang iman dan takwa.

2. Selama ini ramai yang menyangka Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah lain dari cara Dato’ Nik Abdul Aziz Nikmat, yang bercakap ikut nafsunya semata-mata tanpa mempedulikan akibat percakapannya itu boleh memudaratkan dirinya sendiri yang digelar ‘Tok Alim’ yang sepatutnya tahu dosa dan pahalanya, lebih-lebih lagi ia digelar ‘Pemimpin Ulamak’

 asri.jpg

 MOHD ASRI

3. Nik Aziz dan kini Hadi Awang telah ikut serta bercakap kononnya telah serik dengan kerajaan campuran PAS dan UMNO ke dalam Barisan Nasional demi menjaga maruah Bangsa Melayu khususnya umat Islam yang dipijak-pijak dalam pilihanraya 1969 yang membawa kepada peristiwa 13 Mei itu.

4. Hadi Awang dan Nik Aziz harus bersyukur (sekiranya mereka benar-benar ikhlas dan warak) kerana penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran bersama UMNO ekoran peristiwa 13 Mei 1969 dulu banyak membantu umat Melayu negara ini untuk bangun berdikari dan membentuk ekonomi umat Melayu yang mana hingga kini orang Melayu telah dapat bersaing dengan bangsa lain.

5. Jangan lupa, jatuh bangun Islam di negara ini adalah 99% bergantung di tangan orang Melayu. Oleh itu, janganlah ada pemimpin PAS yang masih berkhayal dan bermimpi kononnya ‘Melayu’ tak penting, yang penting adalah ‘Islam’! mengharapkan orang bukan Melayu terutama muallaf dalam PAS itu, Islam tak akan berkembang!!! Pemimpin Melayu inilah yang telah meletakkan “Islam sebagai agama Persekutuan” dalam perlembagaan negara kita yang membuatkan semua penduduk negara ini mengakuinya!

6. Saya membaca buletin propaganda PAS yang dinamakan Harakah keluaran 22-25 Februari 2010, terpampang tajuk “BN BAHTERA BOCOR” kata Haji Abdul Hadi Awang!

7. Saya nak peringatkan Hadi bahawa Bahtera PAS juga sudah lama bocor dan hampir karam, sebab itulah PAS terpaksa kerabat dan bergantung dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

8. Padahal andainya Hadi Awang dan Nik Aziz orang yang warak, tentu sekali mereka mematuhi ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasullullah yang melarang orang Islam melantik orang bukan Mukmin menjadi pemimpin mereka. Mukminkah Lim Kit Siang? Mukminkan Anwar Ibrahim?

9. Hadi Awang menyatakan, PAS Fobia untuk menyertai BN kerana kononnya pengalaman pahit tahun 1970an.

10. Sebenarnya jika diamati perkahwinan PAS dan UMNO adalah wajar dan penceraiannya juga adalah takdir ibarat perkahwinan manusia yang pendek jodoh, tidak perlu ada rasa fobia.

11. Yang mengakibatkan penceraian PAS dan UMNO dalam rumahtangga BN dulu bukan kerana Hadi Awang dan bukan kerana Nik Aziz.

12. Kalau nak diambil kira semasa Allahyarham Tun Razak, Presiden UMNO bersama Allahyarham Dato’ Mohd Asri Haji Muda, Presiden PAS atau masa itu dipanggil Yang Di Pertua Agung PAS, mencadangkan pencantuman UMNO dan PAS ke dalam BN itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan Fatwa “HARUS BAGI PAS MENYERTAI BN…”yakni tidak ada paksaan dengan syarat-syarat tertentu yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

13. Antara syaratnya, kalau tak silap ingatan saya ialah, kedua-dua pihak yakni PAS dan UMNO tidak boleh menubuhkan cawangan parti mereka di kawasan yang dikuasai oleh masing-masing parti tersebut. Tetapi apa yang berlaku PAS begitu giat menubuhkan cawangan parti mereka di segenap kawasan UMNO dalam Tanah Rancangan FELDA yang kebetulan di bawah kekuasaan Menteri Tanah dan Galian yang disandang oleh, Dato’ Mohd Asri Muda yakni Presiden PAS sendiri! Ertinya PAS terlebih dahulu memecahkan janji yang telah dibuat bersama UMNO itu!!

14. Mengenai mageran (darurat) yang diadakan di Kelantan, bukanlah dilakukan oleh UMNO, tetapi kerajaan Persekutuan terpaksa mengisytiharkan MAGERAN kerana kekacauan yang dimulakan oleh perasaan tak puas hati rakyat Kelantan terhadap kerajaan Negeri Kelantan yang kebetulan di bawah PAS ketika itu yang telah begitu banyak menggadaikan tanah kepada Syarikat China dari Singapura.

15. Selain itu, pemberian balak yang berleluasa dan tak terkawal itu menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan, lalu membentuk “Pasukan Bebas Bersatu” untuk membuat perarakan. Antara wira dalam tindakan itu ialah Dato’ Ibrahim Ali dan Che Gu Ahmad Pakhrudin. Mereka berdua berucap meluahkan perasaan tak puas hati banyak balak dan tanah-tanah di Negeri Kelantan telah terlepas dan tergadai ke tangan tauke-tauke dari Singapura.

16. Oleh kerana kekacauan tidak boleh dibendung lagi dan soal keselamatan telah terjejas teruk, terutama di kawasan Bandar Kota Bharu dan di tempat-tempat lain di Kelantan, lalu pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di Kelantan.

17. Para pengikut Nik Aziz memang kecewa dengan kerajaan campuran BN atau PAS, UMNO, MCA, MIC dan PBB (serta lain-lain kumpulan BN lain) itu, kerana Nik Aziz sendiri sebagai Ketua Dewan Ulama masa itu telah tidak dilantik menjadi Menteri. Padahal jawatan Ketua Dewan Ulama adalah jawatan penting dalam PAS.
 
18. Soalnya jika Nik Aziz sudah fobia dengan BN, mengapa Hadi Awang juga mengikut rentak ini? Di mana kewibawaan Hadi Awang selama ini. Bagaimanakah sandaran agama Hadi Awang?.

19. ‘Kumpulan 5’ yang digelar sebagai orang kesayangan Dato’ Asri di Kelantan itu bukanlah terdiri dari ulama, tetapi mereka dimarahi rakyat Kelantan kerana terlalu banyak kekuasaan dan sumber kekayaan berada dalam tangan mereka. Dato’ Asri dikatakan mengikut dan akur saja apa yang ‘kumpulan 5’ ini buat. Ini ialah kerana orang berlima ini adalah kumpulan intelektual Kelantan yang terkenal kewibawaan masing-masing hingga Dato’ Asri memberikan kepercayaan penuh.

20. Dan jika peristiwa di Kelantan ini hendak dijadikan alasan untuk PAS tak boleh bekerjasama dengan UMNO untuk membela agama dan bangsa Melayu, saya fikir adalah terlalu janggal. Mengapa tidak dicari alas an agama atau persoalan bangsa Melayu yang lebih luas lagi.

21. Bahtera PAS kini telah bocor lebih dari kebocoran kerajaan BN. Bocornya ‘Bahtera PAS’ adalah disebabkan pemimpin PAS sendiri yang menebuknya. Para pemimpin PAS Kelantan sendiri yang memulakan istiadat membocorkan Bahtera PAS, kerana kebodohan mereka tak tahu menjaga maruah diri dan parti, ditambah pula oleh tokoh-tokoh luar seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lee Kuan Yew, Lim Guan Eng dan lain-lain, menimbulkan kebencian terhadap pemimpin PAS yang memperkenalkan hipokrasi dan 'double standard'!

22. Sebarang kenyataan yang dibuat oleh PAS, adalah mencerminkan pembelaan terhadap Anuar Ibrahim yang telah diisytiharkan sendiri oleh Allahyarham Dato’ Haji Fadzil Nor, Presiden PAS. “Bahawa Anuar Ibrahim telah murtad”.

23. Jadi mengapakah kini para pemimpin PAS, (sekiranya mereka ini benar-benar warak) berketuakan orang yang telah di istiharkan MURTAD??? Sedangkan orang murtad tidak berbau syurga!

24. Saya merayu Abdul Hadi dan Nik Aziz agar ikhlaskanlah bercakap atas landasan agama, janganlah meletakkan pertimbangan politik mengatasi kepentingan Allah dan Rasul!

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack