|
NIK AZIZ BUAT CADANGAN MENARIK |
|
|
|
 |
| Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Utusan Malaysia 2 Mei melaporkan Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik
Abdul; Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Penerangan
Dato’ Ahmad Shabery Cheek untuk tidak lagi menyiarkan secara langsung
sidang parlimen melalui RTM , kerana terdapat tindak tanduk ahli
parlimen terutama pembangkang, persis budak-budak bertengkar dan
menggunakan bahaqsa kesat kepada pihak anggota penyokong kerajaan.
Katanya kalau ada orang buat kecoh diparlimen “itu dia punya
pasal…biarlah pengundinya saksikan..” dan pandangan beliau ini perlu
diberikan perhatian oleh Menteri Penerangan baru itu. Saya jadi
bersetuju dengan pandangan beliau itu. Pihak Kementerian Penerangan
tidak perlu merasa malu dengan tindakan dan gelagat pihak pembangkang
itu , memandangkan rakyat yang mengundinya perlu tahu dengan jelas,
bagaimanakah wakil rakyat yang mereka undi itu berperanan diparlimen.
Sebenarnya jika diinsafi betul-betul tanggungjawab yang dipikul oleh
setiap wakil ke parlimen adalah amat berat, untuk dibawa ke parlimen
bagi menyelesaikan segala kemushkilan dan masaalah rakyat masing-masing
, manakala masa yang diberikan untuk seseorang berucap adalah amat
terhad . Dan tidaklah sesuai masa yang begitu berharga, dihabiskan
dengan membuat provokasi dan gurauan menggunakan kata-kata kesat
terhadap lawan masing-masing. Itu tidak serius namanya.
Barangkali pihak anggota pembangkang seperti Karpal Singh itu , terbawa-bawa dengan cara mereka berkempen semasa menjelang pilihaqnraya lalu, dimana semakin kuat dan semakin kesat kata-kata yang digunakan untuk memaki hamun pihak BN, semakin kuat tepukan dan sorakan orangramai ; lalu, bila tiba diparlimenpun mereka cuba untuk mendapat tepukan dan sorakan seperti itu , tanpa mereka sedari bahawa tempat di parlimen amat berbeza dengan pentas ceramah politik semasa berkempen tersebut.
Cadangan Nik Aziz itu perlu diberi pertimbangan, kerana orang Malaysia terutamaanya orang Melayu adalah memandang tinggi budi bahasa dan akhlak seseorang pemimpin. Kepercayaan mereka tidak boleh dijualbeli dan begitu juga budibahasa seseorang pemimpin dinilai dan diberikan kesimpulan dalam hati masing-masing, samada orang ini sesuai lagi diberikan undi pada masa akan datang atau sebaliknya!
|