A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 31 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini138
mod_vvisit_counterBulan Ini3056
mod_vvisit_counterJumlah495514
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
PEMERINTAHAN DIKTATOR BERMULA : DAP KONGKONG KEBEBASAN MEDIA DI PULAU PINANG PDF Cetak Emel

Beberapa hari  lalu saya ke Pulau Pinang, sebuah pulau yang digelar Pulau Mutiara,  satu nama yang diletakkan oleh orang Melayu satu ketika dulu , sesuai dengan cantiknya serta indahnya pulau tersebut , sesuai dengan kedudukannya  sebagai pantai paling selatan bagi Negeri Kedah.   Saya bercuti dua hari  sana untuk menemui teman-teman lama di Tanjung ,  sewaktu saya bertugas di negeri itu pada awal tahun 80an lalu.  Masih ramai teman lama saya di sana, walaupun ramai juga yang telah berpindah dari sana.

Sesampai di  Argill Road,  iaitu , tempat terawal bertapaknya  pejabat Utusan Melayu di Pulau Pinang, menggantikan Warta Negara dan tempat lahirnya Akhbar Bintang Timur, saya menjadi tidak sabar lagi untuk menikmati  teh tarik dan  roti canai di situ . Di sini telah mengukir seribu kenangan buat saya; di mana selepas tidak disukai oleh Lee Kuan Yew di Singapura, kedatangan saya di Pulau Pinang  ini bukan sahaja tidak diucapkan  ‘Selamat  Datang’ oleh Lim Chong Eu, tetapi sebaliknya saya telah dianggap tetamu yang tidak mesra dengan Tuan Rumah, lantaran ‘Menjaga Tepi Kain’ nya !

Tidak ada perubahan  apa-apa dan tidak berganjak apa-apa dari segi kemajuannya daripada  paras tahun 80an yang lalu, kecuali Jambatan Pulau Pinang yang mengkagumkan . Rata-rata rakyat yang miskin kekal  begitu  turun temurun tidak kaya. Kerana tidak pernah ada rancangan rapi untuk mengubah nasib orang miskin terutamanya orang Melayu , secara bersungguh-sungguh.. 

‘Orang Tanjung’  berhati mulia . Keluarga Sheikh Meera di Jalan Tungku tak mungkin boleh saya lupa. Senyuman Abang Aziz dan Kak Nor , amat mesra tak kira masa. Pasangan guru Che Gu  Raman dan Laili di Seberang Jaya  akan merajuk kalau tak makan di rumahnya sehari sekali. Oleh itu semasa di negeri ini  dulu saya jarang makan di rumah, mereka ajak saya makan di rumah mereka   bergilir-gilir. Cuma yang ada bedanya  dari segi politik, dulu parti GERAKAN yang memerintah , sedangkan kini parti DAP.

“Dari sudut pandangan kaum intelektual memang terdapat perubahan yang amat ketara ;  Bukan perubahan ke arah kemajuan, tetapi sebaliknya perubahan ke arah kemunduran, surut kebelakang dari segi pemikiran dan intelektualisma. Inilah bedanya dan inilah yang menyedihkan saya  sekarang”  Kata seorang teman penulis  dan bekas Pensyarah USM di Mak Mandin.
Bila saya amat-amati  dan mencari pendapat lain kemudiannya, apa yang diucapkan oleh teman lama saya itu ,maka ternyata  benar sekali, di mana  kebebasan berfikir , kebebasan bersuara , kebebasan bercakap dan  kebebasan  akhbar  dikongkong rapi oleh Jabatan Ketua Menteri  !

“Kalau sebelum ini para pemimpin DAP berdegar-degar berucap di  mana-mana saja samada melalui media massa maupun melalui rapat umum dan ceramah, kononnya mereka memberi  keutamaan kepada kebabasan berfikir, menyanjung tinggi kebebasan penyebaran maklumat, kebebasan menulis ,kebebasan akhbar , kini mereka sudah menterbalikkan semuanya !” Kata seorang  penulis  di Jalan Sultan Ahmad Shah.

Wartawan di Pulau Pinang kini berada dibawah kongkongan Jabatan Ketua Menteri.  Ketua Menteri  Lim Guan Eng kini melaksanakan ‘Dasar Diktator’ nya melalui orang suruhannya Setiausaha Akhbarnya sendiri yang setiap masa ; pagi,  petang, siang, malam, menghubungi  wartawan di Pulau Pinang bagi memperingatkan apa yang mesti  ditulis dan apa yang tidak boleh ditulis bagi media cetak dan apa yang perlu disiarkan serta apa yang tak boleh disiarkan bagi media elektronik.

Pegawai di Jabatan Ketua Menteri  (JKM)  ini juga,  akan menghubungi para wartawan yang bertugas di negeri itu untuk memarahi mereka jika ada berita yang tersiar itu yang boleh memberikan tanggapan negatif orangramai kepada DAP amnya, dan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya .
Bila arahan  dari pegawai JKM ini tidak dilayan oleh wakil-wakil media massa yang bertugas di negeri itu,maka petugas di JKM itu akan memarahi dengan bahasa yang kasar serta  ugutan yang tidak menyenangkan.

Tindakan  DAP Pulau Pinang  seterusnya , dan yang terbaru ialah,  melarang wakil media yang kurang disenanginya  dari menghadiri semua acara yang diatur atau diadakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ; termasuk program-program wakil-wakil rakyat yang bersekutu dengan DAP , termasuk  PAS dan PKR negeri itu.

Mengikut maklumat yang saya terima , sehingga ini,  akhbar Utusan Malaysia dan The New Straits Times telah dilarang dan dihalang dengan keras dari menghadiri semua acara rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Apa kesalahan mereka ?   “Tak perlu tunggu buat salah, asalkan laporan media berkenaan tak menyenangkan DAP, mereka boleh bertindak, mereka tidak takut kepada siapa-siapa”  kata seorang kenalan yang saya temui di sebuah Restoran Nasi Kandar dekat KOMTAR. 

Saya difahamkan bahawa sekiranya wartawan Utusan Malaysia dan NST  mahu larangan dan sekatan ini ditarik balik oleh pihak berkuasa  JKM , maka wartawan berkenaan hendaklah berikrar  ,  bersumpah setia dan membuat akujanji untuk tidak  mengingkari sebarang arahan dari petugas khas di JKM.
Malangnya pihak media berkenaan di Ibu Pejabat mereka di Kuala Lumpur tidak pernah menghebahkan perkara ini ke pengtahuan orangramai, padahal hal ini perlu dibuat agar rakyat Malaysia seluruhnya dapat mengenali tembelang sebenar DAP .

Kini pihak JKM dikatakan semacam  menggunakan Konsep Pecah Dan Perintah, di mana mereka mengadu dumbakan kalangan wartawan agar berpecah ; dan bila Press atau wartawan tidak bersatu , maka mudahlah propaganda serta diayah DAP sampai kepada sasarannya !

Misalnya, para wartawan dari semua akhbar Cina , Berita Harian dan The Star diberikan layanan baik oleh Kerajaan Negeri , sedangkan Utusan Malaysia dan NST dilarang , disini mungkin  mereka mahu wartawan dari media yang dihalang itu memandang serong kepada wartawan lain yang diberi keutamaan itu. Apa yang harapkan ialah perpecahan di kalangan wartawan di negeri itu.

Bagaimanapun jelas sekali,  DAP Pulau Pinang menggunakan akhbar  berbahasa Inggeris  The Star untuk menyalurkan  mesejnya  kepada para pembaca yang membaca akhbar berbahasa Inggeris, manakala akhbar-akhbar  berbahasa Cina pula digunakan untuk tujuan yang sama bagi para pembaca berbahasa Cina.  Masa inilah mereka mungkin ambil peluang  melepaskan segala tanggapan negatif DAP terhadap UMNO, Barisan Nasional khususnya, dan kepada Orang Melayu amnya.  Mereka juga telah  cuba menggunakan Berita Harian untuk menyalurkan propaganda yang sama  bagi pembaca berbahasa Melayu.

Saya yakin dan percaya para wartawan di Pulau Pinang tidak boleh dipecah dan perintah dengan mentah-mentah begitu.  Akan berlaku kesedaran segera betapa Kod Etika Kewartawanan  (Professional Code Of Conduct)  akan segera dijadikan panduan mereka, tanpa rasa terikat dengan taburan budi dan tipuhelah serta putarbelit politik perkauman sempit DAP Pulau Pinang itu.

Ingatlah keamanan dan ketenteraman dalam negara harus diberikan keutamaan daripada melakukan tindak tanduk  politik melulu dalam menghancurkan ‘musuh’  demi mengekalkan kelangsungan  untuk memerintah  , padahal  pada masa yang sama mereka memijak orang lain, merobek dan mencarikkan hati dan perasaan orang yang dianggap tidak memihak kepadanya. Kembalikanlah Kebebasan Media (Freedom Of The Press)  di Pulau Pinang !!!.

 

NOR MOHAMED YAKCOB MEMALUKAN KERAJAAN  BN DAN MENGAIBKAN PEGAWAI PERSEKUTUAN

 

1.jpg 

 NOR MOHAMED YAKCOB

Pada 5 Disember 2009 yang lalu Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang di pimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menganjurkan satu seminar intergriti sambil mempromosikankan  slogan propaganda DAP dengan singkatan CAT iaitu Competency  (kecekapan), Accountability  (kebertanggungjawaban)  dan Transparency  (ketelusan).
Oleh kerana pada kebiasaannya  Lim Guan Eng serta para Wakil  Rakyat DAP, PAS dan PKR, termasuk para pegawai mereka menggunakan platform seperti itu untuk memaki hamun serta mencerca Kerajaan Pusat , khasnya  Barisan Nasional, parti  UMNO,  MCA, GERAKAN, MIC dan lain-lain Parti Komponen BN, maka kesemua Pegawai  Persekutuan  telah bersepakat untuk tidak menghadiri seminar  tersebut.  

Tetapi malang seribu kali malang dan sayang berjuta kali sayang, tiba-tiba seorang Menteri Kanan Kerajaan Pusat Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, seperti gaya orang ‘Hilang Akal’, tanpa usul periksa,  telah muncul dalam majlis itu serta berucap memuji  dan menyanjung kebijaksanaan  Lim Guan Eng kerana   melancarkan program propaganda  besar  DAP  itu !

Pujian Nor Yakcob atas nama Menteri Kerajaan Barisan Nasional ini telah member i kan kelebihan moral yang tinggi kepada DAP khasnya di Pulau Pinang sedangkan beberapa hari sebelum itu para YB atau Wakil Rakyat dari Barisan Nasional telah dihina dan dihalau keluar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dengan kata-kata  maki  hamun serta cercaan yang sungguh memilukan serta menyayat hati Orang-orang Melayu  Pulau Pinang khasnya, dan Orang Melayu di seluruh negara amnya  .

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana pemimpin DAP memijak gambar pemimpin-pemimpin PKR  , iaitu sekutu mereka sendiri yang menzahirkan perbedaan pendapat dengan pucuk pimpinan DAP Pulau Pinang.


Oleh kerana sikap keterlaluan seperti  ini yang menjadi amalan pucuk pimpinan DAP ini , iaitu ‘Membujur Lalu Melintang Patah’   Dimanakah hati perut Nor Yakcob, dimanakah pendirian politiknya, dimanakah pegangan moralnya dan dimanakah maruahnya sebagai seorang  pemimpin UMNO dan pemimpin  Melayu Pulau Pinang    ???

Saya sebenarnya sungguh seperti juga masyarakat melayu di Pulau Pinang yang lain, tersinggung apabila Lim Guan Eng membuat serangan peribadi kepada Pegawai Kanan  Persekutuan yang  sedang  bertugas  di Pulau Pinang Encik Nik Ali Bin Mat Yunos, kononnya bertindak  melampaui batas dan seolah-olah melebihi dari Ketua Menteri.

Nik Ali Yunus mempunyai kedudukan tertinggi dikalangan kakitangan dan Pegawai Tadbir Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang. Nik Ali dikatakan sungguh 'cool' dan tenang menghadapi soalan peribadi Ketua Menteri. Tahniah dan syabas buat Nik Ali. Saya difahamkan Nik Ali hanya menjawab:" Saya tidak buat seperti tuduhan Ketua Menteri itu".


Lim Guan Eng tidak malukah, menerima bantuan dari Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Persekutuan tetapi  menggigit  tangan yang memberi  itu?  Tidakah segala bentuk bantuan dihulurkan kepada rakyat Pulau Pinang yang memerlukan bantuan?  Tidakkah pembangunan yang dibangunkan melalui Agensi Persekutuan ini member faedah kepada kawasan-kawasan yang mundur di Pulau Pinang? Kata pepatah Melayu ‘Diberi Bunga Dibalas Tahi’ !

Alhamdulillah, saya sempat membuat sedikit ‘penyiasatan’ di Pulau Mutiara itu dengan agak jauh ke dalam.  Itupun setelah saya diperli oleh seorang bekas pelajar  saya di UiTM, kini menjadi  wartawan di sebuah Media Arus Perdana .  Beliau menjadi pelajar saya untuk kertas atau Subjek  ‘Investigative & Interpretative Reporting’  semasa saya menjadi Pensyarah Sambilan disana beberapa tahun lalu,  dengan kata;

“Che Gu, kami  ingin melihat disiplin yang Che Gu ajarkan kepada kami di UiTM dulu dalam tulisan blog Che Gu itu”. Saya mejawab, anda masih muda lagi boleh lakukannya dengan baik apa yang saya ajar itu .Tapi saya tak banyak masa lagi untuk menulis, kerana sibuk cari makan , berniaga  lebih sikit untuk ditinggalkan kepada anak cucu, kelak mereka tidak mengumpat terhadap orang tuanya yang tak tinggalkan harta, sebagaimana  saya pernah terdengar di Kedai Kopi seorang pemuda mengata orang tuanya yang telah meninggal dengan kata-kata yang kurang enak di dengar dan tidak memuliakan orang tuanya, dek kerana tidak meninggalkan harta kepadanya.


Bagaimana sibuk sekalipun saya tetap gagahi menulis dalam Laman Blog  saya sendiri ini, sebagai hobi dan bagi menunaikan  tanggungjawab sosial  yang ada dalam diri sendiri seperti yang sewajarnya dilakukan oleh wartawan atau bekas wartawan bila ada sesuatu yang menyebabkan dia terkilan, terutama yang menyentuh agama, bangsa dan negaranya, dia mesti memberitahu masyarakatnya, ini tanggungjawabnya ! bila kita mampu lakukan ini , bukan wang ringgit yang kita harapkan, tetapi kepuasan menyampaikan mesej kepada masyarakat kita!.

Setelah dibuat sedikit  penyiasatan  di kalangan penduduk Pulau Pinang sendiri  yang difikirkan berwibawa, khasnya  para pegawai kerajaan yang bertugas dengan  JKM, akhirnya saya bertemu dengan jawapan dan kesimpulan tentang mengapakah Lim Guan Eng, tanpa segan silu begitu berani mencerca para pemimpin Melayu  negeri itu serta membuat kenyataan yang begitu liar terhadap Pegawai Kanan Persekutuan itu.


Bagi saya dan ramai orang tahu, sebab utamanya ialah seorang Pegawai Persekutuan yang digelar sendiri secara diam-diam sebagai Pegawai Shok Sendiri atau PSS yang bertugas di jawatan kanan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memihak kepada Lim Guan Eng 100% dalam apa saja yang  telah dibuat, sedang dibuat dan akan dibuat oleh Ketua Menteri dan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pegawai kanan  (jawatan kanan tetapi gred gajinya masih belum kanan)  ini tidak pernah menghitung buruk baiknya setiap tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu , atau kesannya kepada  maruah dan intergriti  Kerajaan Persekutuan dari mana beliau datang.  Beliau  begitu ghairah menyokong Lim Guan Eng secara membuta tuli , yang kemungkinan ingin mendapat kedudukan secara kekal atas jawatan yang dipegangnya sekarang. 


Tidak mustahil Ketua Menteri telah mengugutnya akan menolak pegawai tersebut daripada memegang pos kanan dalam Kerajaan Negeri itu , kalau beliau tidak memihak kepadanya 100% ! .

“Gara-gara Pegawai PSS berkenaan Encik Nik Ali Yunos menjadi mangsa kepada tindakkan politik Lim Guan Eng” Kata seorang pegawai tempatan yang kebetulan  penduduk  Pulau Pinang ketika bertemu di Chai Leng Park. Saya bertanya beliau lagi, adakah orang yang digelarkan PSS itu mahu kan jawatan yang disandang oleh Encik Nik Ali Yunos itu? Jawabnya; “Tak eh, dia belum dapat Super Skill B lagimacamana nak pi tempat tu !..apa yang dia nak jawatan yang dipegang  la  tu bagi kekai..kat Penang ni ..itu saja..itu pasai dia dok mengampu Guan Eng..dia tau Guan Eng tak suka Nik Ali, dia pun tutuh Nik Ali cukup-cukup, dengan alasan  Nik Ali tu hanya berkiblat kat KL..Kerajaan Persekutuan..bukan kat Penang ni..lagipun semangat perkauman Melayu Nik Ali tu kuat apa lagi Guan Eng pun sukalah kat dia!"


Demikianlah halnya, kayu lah yang menjadi ulu gergaji untuk menebang pokok kayu ! .Saya berpendapat, orang yang digelarkan sebagai SS itu perlu ditarik oleh Kerajaan Persekutuan untuk kembali ke Kuala Lumpur; agar tiada ‘Gunting Dalam Lipatan” dan hantarlah penggantinya seorang pegawai yang boleh menjaga maruah Kerajaan Persekutuan dengan seimbang.

Sepatutnya disamping menjadi pegawai PTD di Negeri Pulau Pinang itu; pegawai Persekutuan harus berkerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh  memainkan peranan menyatupadukan pihak yang bertelagah tanpa merugikah moral dan maruah Kerajaan Persekutuan dimata masyarakat  Pulau Mutiara itu, dan bukan sebaliknya.

 

APA YANG BERLAKU PADAN DENGAN MUKA PEMIMPIN UMNO PULAU PINANG ?

 

Selepas menghitung  berapa kedai Nasi Kandar Pulau Pinang  yang saya sukai dulu, kini telah ditutup, akhirnya  saya sampai ke Kedai Nasi Kandar Kayu . Bukan Nasi Kandar Kayu yang di Jalan Tok Koya sebelah Penang Road itu, kerana disitu telah tutup dan mati dah. Yang saya  dok pi tu ialah di Bayan Baru kat Bukit Jambui
Seorang teman lama yang pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Melayu , yang kini membuat perniagaan  Home Stay di Pulau Pinang , begitu menyinga marahnya , bila saya tanya pendapat beliau mengenai kongkongan terhadap media di Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng, dengan katanya; 
“Ini kepimpinan otokrasi dan tak sesuai cara ini dibuat di Pulau Pinang”  Katanya.
 Yang lebih memeranjatkan saya bila seorang peguam  Melayu  terkenal  di Kuala Lumpur, yang sebelum ini cara bercakapnya begitu lemah lembut, tiba-tiba   memberikan komen yang sangat tegas kepada saya , tentang apa yang terjadi kepada UMNO negeri itu.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ini kepada UMNO dan pemimpinnya adalah sesuai dengan apa yang ditempah oleh pemimpin UMNO sebelum ini. 
“Itulah harga yang mereka terima hasil dari perbuatan rakus dan tamak para pemimpin  UMNO selama ini.”  Katanya.
Bekas aktivis UMNO yang dicantas dalam Bahagiannya di Tasek Gelugur  dalam tahun 80an, berasal dari  Kg. Sungai Dua Pulau Pinang ,  kini menetap kembali di Pulau Pinang , adalah anak  tempatan  pertama berkelulusan undang-undang dari  England  dan dikatakan calon yang paling layak memimpin  jawatan dalam UMNO  Bahagain  Tasek Gelugur.

Kerana kena cantas itulah barangkali beliau begitu tegas dalam memberikan komennya bila saya ajukan sebarang soalan kepadanya.
“Biakpi orang UMNO terima nasib macam tu lani, padan dengan muka depa ..itu hasil dari apa yang depa dok buat selama ni..depa kaut kekayaan untuk diri sendiri tanpa mempedulikan kepentingan rakyat..sekarang dah jadi macam tu, depa yang kena perbetui balik..itu saja..”

Tentulah ada mesej yang positif kepada kepimpinan UMNO daripada komen peguam berkenaan !

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack