MENGAPA NIK AZIZ NAK SINGKIRKAN NASARUDDIN DAN HAJI HADI?
Tidak ada
sebab lain mengapa Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd Aziz Bin Nik Matbegitu ghairah nak singkirkan Timbalan
Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa dari menjadi orang nombor dua dalam parti itu ,
selain dari semata-mata mengikuti kehendak buah hati pengarang jantungnya Dato’
Hussam Musa.
Nik Aziz
tidak mempunyai sebarang agenda tersendiri dalam hidupnya . Dia orang yang
‘simple’ tak ada cita-cita besar dalam sepanjang kerjaya politiknya. Dia mahu
berdakwah, berceramah di surau-suaru, di kampong-kampong untuk mengajak orang bersembahyang
mengingati Allah .Itu saja. Selaklah lembaran sejarah hidupnya semasa menjadi
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang begitu lama sejak di zaman Dato’ Mohad Asri
Haji Muda dulu lagi, dimana setiap kali beliau bangun bercakap , dia
mengingatkan Speaker Dewan Rakyat agar meminta semua Ahli Parlimen yang
beragama Islam yang bersidang itu untuk berhenti sembahyang (bila masuk waktu Zuhur dan Asar),sehingga beliau kerap menerima perli agar
menumpukankepada isu yang dibincang di
Dewan Rakyat itu.
Kesederhanaan
yang bersahaja tanpa agenda politik peribadi itu menjadikan beliau tidak ada
musuh politik dalam parti berkenaan. Malah semasa pertelingkahan dalaman PAS
yang berlaku antara Kumpulan Utara dengan Terengganudalam merebut jawatan-jawatan dalam parti ,
Nik Aziz amat disenangi oleh semua pihak kerana sikapnya yang tak kisah dan tak
ingin mengambil tahu hal –hal yang berlaku itu. Malah sebarang ketegangan yang
berlaku setiap kali pilihanraya akibat perebutan calon, akan segera reda bila
Nik Aziz mula bercakap yang mengajak yang hadir dekatkan diri dengan Tuhan.
Keluhuran
jiwaNik Aziz ini dan sikap bersahajanya
yang tak kisah hal ehwal dunia ini mula
berubah dan sikap dan bertukar menjadi peribadi yang berbeza ibarat langit
dengan bumi selepas PAS memenangi pilihanrayaumum tahun 1990 apabila PAS dapat membentuk Kerajaan Negeri di Kelantan
dan ADUN di Kelantan memilih Nik Aziz menjadi Menteri Besar dengan Hussam Musa
menjadi Setiausaha Politiknya.
Nik Aziz
yang sebelumnya hanya dikenali umum dengan panggilan Haji Nik Jik Kedai Lalat
(Kampung Asalnya dalam Mukim Pulau Melaka yang jaraknya antara 10 ke 15 Km dari
Kubang Kerian) ada juga orang memanggilnya Ustaz Nik Jik Kedai Lalat. Beliau
seorang anak Tok Guru yang bernama Tok Guru Haji Nik Mat, manakala beliau
sendiri tidaklah diapnggil Tok Guru, kerana beliau tidak pernah menjadi Guru
Pondok. Hanya Guru Pondok sahaja di Kelantan dipanggil Tok Guru.Beliau banyak
menghabis masa mudanyauntuk
belajardi pusat Ilmu Islam di India
dengan menggunakan perantaraan Bahasa Urdu.
Bagaimanapun
ADUN PAS yang menang pilihanraya umum 1990 itu bersama Setiausaha Politiknya
yang baru berusaha untuk menggunakan kewarakan Haji Nik Jik Kedai Lalat itu
untuk memperkasakan Kerajaan Negeri pimpinan PAS. Mereka mengambil keputusan
untuk menjadikan sebutan Tok Guru sebagai Modal Politik yang ampuh bagi terus
menawan hati rakyat Kelantan.
Satu perjum paan antara ADUN PAS diatur dan
keputusannya ialah ,mereka sebulat suara meletakkan gelaran baru kepada Haji
Nik Jik Kedai Lalat ini dengan membuat kenyataan kepada media seperti
berikut:
“ Mulai hari
ini nama rasmi Menteri Besar Kelantan yang baru hendaklah disebut sebagai, Yang
AmatBerhormat Tuan Guru Haji Nik Abdul
Aziz Nik Mat , dan mestilah diguna pakai pada setiap kali menyebutkan nama
penuhMenteri Besar Kelantan..” dan
mulai saat itulah Nik Aziz mendapat nama dan gelaran rasmi sebagai Tok Guru Nik
Aziz.
Sejak itu
Nik Aziz kelihatan begitu ghairah sekali digelar Tok Guru , satu pangkat yang
tak pernah orang biasa lakukan.( Malahan berikutan dari peristiwa ini di Terengganu
juga ada cubaan sesetengah pihak dalam kepimpinan Pas negeri itu yang cuba
meletakkan gelaran Tok Guru kepada Haji Abd. Hadi Awang ).
Nik Aziz sedikit
demi sedikit mula keluar dari kepompong
lamanya dan menikmati hidup dialam berpolitik sepenuhnya. Bagaimanapun beliau memerlukan ‘input’ untuk
membuat sebarang kenyataan politik. Beliau mula disambut besar-besaran di mana
saja beliau pergi .Beliau mula seronok dengan kehidupan baru ini , senyumnya
dan ketawanya dihamburkan setiap kali acara yang mahukan kehadirannya .Di sinilah Setiausaha politiknya yang
mempunyai cita-cita politik yang tinggi itu mengambil kesempatan memasukkan sebanyak-banyaknya bahan
percakapan dalam mulut Nik Aziz, di mana hasilnya yang mendatangkan keuntungan
politik kepada barisan pimpinan PAS Negeri Kelantan khususnya kumpulan yang
diketuai Hussam Musa.Bagaimanapun
diperingkat awal ini Tangan Ghaib Hussam Musa ini tidak kelihatan, sehinggalah
Hussam tampil menjadi pemegang jawatan dalam PAS negeri selepas memenangi
pilihanraya dalam pilihanraya lima tahun kemudiannya .
Manakala Nik Aziz tidak ada pilihan lain
selain menerima 100% apa yang disampaikan dan di sediakan oleh Hussam atas
dasar sumpah setianya kepada Menteri Besar itu semasa mengangkat sumpah
memegang jawatan Setiausaha Politiknya.
Hussam
mendapat senjata yang amat ampuh dengan pemihakan Nik Aziz terhadapnya . Nik
Aziz tidak saja dilihat cenderung kepada Hussam dalam banyak perkara, malah pendapat dan pandangan
Hussam menjadi azimat baginya dalam menilai dan membuat keputusan untuk
kerajaan Kelantan dan untuk partiPAS
sendiri, apa lagi atas jawatan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS(Satu jawatan tertinggi dalam PAS dari segi
nama tetapi tidak ada kuasa eksekutif).Senjata inilah membuatkan beliau berani bertanding jawatan Timbalan
Presiden Parti dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
Namun,
Hussam tewas di tangan Nasaruddin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden PAS
.Hussam benar-benar berang atas kekalahannya itu. Beliau tidak boleh menerima
kekalahan di tangan Nasaruddin, seorang orang luar yang datang ke Kelantan
menagih kasihan belas untuk bertanding atas tiket PAS menentang UMNO di
Kelantan. Tanpa restu Hussam, Nasaruddin tidak mungkin boleh bertanding di
Kelantan dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Bachok, kerana semua calon
dipilih oleh Nik Aziz, manakala Nik Aziz mengikut saja apa cadangan Hussam !
Pada Hussam,
Nasaruddinpastiakan tarik diri walaupun disaat-saat akhir
sebelum berlangsungnya pilihanraya parti itu di Selangor baru-baru ini. Dia
tidak menyangka sama sekaliNasaruddin
boleh ‘menderhakai’nya.Kekalahan ini
bukan saja membantutkan perancangan Hussam untuk mengambil alih jawatan Menteri
Besar Kelantan, malah membantutkan usahanya untuk menjadi Presiden PAS dalam
masa Nik Aziz masih lagi menjadi Mursyidul Am PAS.
Kekecewaan
dan kesedihan Hussam ini menjadi automatik
pula kekecewaan dan kesedihan Nik Aziz. Nik Aziz menjiwai perasaan Hussam ini
dan kerana itulah beliau mahu Nasaruddin disingkirkan dari parti. Selain itu
kumpulan Hussam Musa berpendapat Presiden PAS Haji Abd Hadi Awang mempunyai
peranan secara ghaib atau tidak kelihatan dalam memenangkan Nasaruddin Mat Isa
bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, kerana Hussan seorang yang bercita-cita
tinggi dan sifatnya yang agrersifitu
boleh menggugatkan kedudukannya pada masa depan. Sedangkan Nasaruddin seorang
yang berwatak warak dansudah memadai
dengan apa yang ada padanya itu.
Kini
kumpulan Utara dan Terengganu yang sebelum ini dilihat sebagai tidak pernah
sebulu, kini telah mula bersatu dalam ,menghadapi kumpulan Hussam dan Nik Aziz (yang
juga dikatakan mempunyai pengikut dari pimpinan PAS negeri-negeridi luar Kelantan).
Demikianlah senario
politik PAS kini pada pemerhatian saya.Kesimpulannya suara Nik Aziz adalah suara Hussam yang tidak boleh
menerima ‘penderhakaan’ Nasaruddin terhadap Hussam dalam pemilihan parti itu di
Selangor baru-baru ini. Manakala Haji Hadi turut dilibatkan, kerana mempunyai
haluan yang sama dengan Nasaruddin Mat Isa. Dan kedua-duanya mempunyai
pandangan yang luas terhadap masa depan Orang Melayu di negara ini , lalu
menunjukkan minat untuk berkerjasama dengan UMNO dalam menghadapi himpitan dari
PKR dan DAP terhadap Orang Melayu di negara ini.