A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 28 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini76
mod_vvisit_counterBulan Ini2994
mod_vvisit_counterJumlah495452
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Minda arrow KAYVEAS DAN NIK SAFIA BERSIAP AMBILALIH MIC ?
KAYVEAS DAN NIK SAFIA BERSIAP AMBILALIH MIC ? PDF Cetak Emel
kayveas_.jpg
M.Kayveas

Nampaknya perkembangan terbaru dalam mayarakat India di Malaysia hari ini lebih menarik . Sebelum ini mereka merasakan disia-siakan oleh MIC, lalu mereka menukar kepercayaan kepada pembangkang dengan mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Berikutan itu sebahagian penyokong MIC dikatakan mula mencari parti alternative kaum India iaitu parti Barisan Progresif India (IPF) pimpinan Tan Sri MG Pandithan. Bagaimanapun pemimpin utama IPF itu meninggal 30 April semalam. Kekuatan IPF hanya dilihat berada 100% dalam pribadi presidennya MG Pandithan, dan tanpanya parti itu tidak mempunyai kekuatan apa-apa lagi.

Kini satu pilihan terakhir yang ada kepada masyarakat India dinegara ini ialah Parti Progresif Rakyat ( PPP) pimpinan tokoh terkenal Dato’ M.Kayveas. Parti komponen BN ini sejak peringkat awal penubuhannya dilihat sebagai satu lagi parti politik khusus untuk kaum India dinegara ini.

Oleh sebab itu MIC sebuah parti politik terbesar yang mewakili kaum India di negara ini pimpinan Dato’ Seri S.Samy Vellu , tidak senang dengan kewujudan PPP ini. Perkembangannya cuba dibantutkan . Setiap kali permintaan kerusi oleh PPP untuk bertanding dalam pilihanraya mewakili BN disekat oleh MIC, sehinggakan PPP hanya mendapat dua kerusi sahaja dalam pilihanraya lalu.

Tetapi perkembangannya sejak dua tahun kebelakangan ini amat menarik. PPP mula mengorak langkah melakukan perubahan yang radikal dan amat berani iaitu membuka keahlian parti kepada semua kaum di Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama. Perkara ini tidak pernah berani dihuat oleh mana-mana pemimpin MIC dan tidak pernah dibuat oleh IPF.

Langkah baru PPP ini disambut oleh seorang personality terkenal, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dari negeri Kelantan.

Nama Nik Sapeia ini disebut Nik Spian, di negeri Cik Siti Wan Kembang , seorang usahawan perikanan Laut Dalam terkenal di Kelantan dan Thailand dan mempunyai nama jolokan ‘Raja Laut’. Nik Sapia kemudiannya dilantik secara rasmi oleh PPP dan diumumkan melalui kenyataan media sebagai Pengerusi PPP negeri Kelantan . Saya percaya perbincangan dan tawar menawar jawatan dalam PPP ini berlaku selepas mesyuarat Majlis Datuk Persekutuan di menara KLCC hujung tahun lepas, dimana M.Kayveas dan Nik Safia ahli exco majlis tersebut.

Dalam beberapa bulan sahaja parti komponen BN ini telah dapat mengumpul 5,000 orang ahli yang mewakili pelbagai daerah di Kelantan. Keadaan sambutan yang hangat ini dipercayai pengaruh Kerabat Diraja Kelantan melalui isteri Nik Sapeia, Datin Dr. Suriani Binti Almarhum Sultan Yahya Petra, iaitu kakak kepada Sultan Kelantan sekarang. Selain itu Nik Sapeia juga merupakan rakan karib bekas Perdana Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad.

 

Perkembangan terakhir PPP ini , nama Nik Sapeia telah ditetapkan tanpa bertanding untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden parti tersebut akhir bulan ini.

PPP ini kelihatan lebih praktik sebagai parti multiracial berbanding parti Gerakan yang dicanang kononnya sebagai parti pelbagai kaum, tetapi hakikatnya hanya kaum china sahaja yang menganggotainya . Kerana ketandusan kepimpinan kaum India kini, dimana S.Sami Vellu telahpun ditolak secara rasmi dalam pilihanraya lalu, yang memberi isyarat beliau tidak lagi popular, maka kaum India kini telah mula menunjukkan minat terhadap PPP.

Sekiranya trend atau kecenderungan ini berterusan begini, maka tidak hairanlah kalau PPP boleh mengambil alih fungsi MIC selama ini bagi mewakili kaum India kerana kewibawaan M.Kayveas memang diketahui umum, sebagai seorang yang tegas, berterusterang dan berani menentang penyelewengan .

Pada masa yang sama parti ini menjadi pilihan kepada orang Melayu yang tak mahu menyokong UMNO tetapi mahu terus berada dalam BN.
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack