A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini143
mod_vvisit_counterBulan Ini3061
mod_vvisit_counterJumlah495519
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
Ulasan Dalam Seminggu PDF Cetak Emel
logo_blog_ulasan.jpg
ULASAN DALAM SEMINGGU

 

KETUA POLIS NEGARA SUDAH PUTUS ASA!!

musa.jpeg
 MUSA HASSAN

KUALA LUMPUR 25 Sept. – “Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.”
Begitu luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan di negara ini.
Beliau turut mendedahkan, mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas sehingga menyumbang peningkatan kemalangan maut itu juga melibatkan segelintir pemimpin politik.
Kata beliau, seharusnya pemimpin masyarakat menunjukkan kepimpinan melalui teladan serta contoh kepada orang ramai.

Musa bagaimanapun tidak mendedahkan bilangan pemimpin berkenaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
“Mereka yang mempunyai kuasa (pemimpin) seharusnya memastikan diri mereka mematuhi undang-undang agar menjadi contoh kepada orang lain.
“Kepimpinan melalui teladanlah, kalau semua patuh (undang-undang), saya pasti orang bawah pun akan patuh,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas angka kematian akibat kemalangan jalan raya yang kini mencecah 210 orang dalam Ops Sikap Ke-20 setakat semalam. Ops Sikap berkenaan masih berbaki tiga hari.
Jumlah itu sekali gus mencatatkan jumlah lebih tinggi berbanding bilangan kematian dalam Ops Sikap sebelum ini iaitu 208 orang.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan mengejut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Kelmarin, Musa turut mengadakan lawatan sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Mengenai pemimpin politik yang melakukan kesalahan jalan raya, Musa menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi untuk mengeluarkan saman.
“Kita tak kira, kita tetap akan keluarkan saman. Itu yang saman dikeluarkan sehingga mencecah ribuan banyaknya,” ujarnya.
Ditanya jika denda maksimum RM300 bagi saman masih relevan bagi mengelakkan untuk seseorang melanggar undang-undang jalan raya, Musa berkata: “Di Malaysia, hukuman mati sekalipun, dia orang tak kisah, dah sikap mereka langgar undang-undang. Sikap ini yang kena betulkan”.
Beliau menjelaskan, polis telah mengerakkan pelbagai cara untuk menyedarkan orang ramai, namun mereka tetap melanggar undang-undang semasa di jalan raya.
“Sampaikan kita terpaksa melakukan ujian air kencing terhadap pemandu kenderaan awam bagi memastikan mereka bebas mengambil dadah.
“Bukankah keadaan ini mengakibatkan kesusahan kepada penumpang kenderaan itu,” katanya lagi.
Musa berkata, penunggang motosikal pula gemar memotong kenderaan lain sesuka hati manakala pemandu kenderaan berat pula tidak menghormati orang lain.
“Saya rasa masyarakat kita ini seronok kalau tak patuh undang-undang,” tambah beliau.
Sehubungan itu, beliau meminta para ibu bapa supaya menerapkan pematuhan undang-undang kepada anak-anak mereka termasuk semasa di jalan raya.-Ihsan Utusan Malaysia.
ULASAN:
Sebagai Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan tidak boleh cepat putus asa dalam menghadapi tugas yang mencabar khususnya soal mengurangkan kemalangan jalan raya .Sekiranya peneraju utama Kepolisan Negara sudah berputus asa, apa akan jadi dengan anggota polis yang dipimpinnya, tentulah lebih-lebih lagi mereka ini merasakan tidak ada harapan langsung untuk memantau keselamatan jalanraya, jauh panggang dari api untuk mencegah berlakunya kesalahan-kesalahan jalanraya yang dilakukan oleh rakyat Malaysia yang sakit jiwa bila berada atas jalanraya !
Selain kecewa dengan para pemandu negara ini, KPN juga harus kecewa dengan sikap anggota polis negara ini yang terkenal dengan kemurahan hati mereka yang melepaskan para pemandu yang membuat salah setelah diberikan ‘pemanis’ mulut . Ertinya asalkan pemandu sanggup berikan ‘pemanis’ mereka dilepaskan tanpa disaman dan didakwa. termasuk sekatan-sekatan jalanraya (termasuk anggota JPJ) melepaskan para pesalah jalanraya itu dengan amaran atau ‘pemanis’ ; selagi itulah yang menghasilkan putus asa KPN di atas.
Nampaknya KPN sendiri kena lihat lebih dekat sikap anakbuahnya sendiri dengan mengenakan tindakan tegas ! Selain itu  janganlah  lontarkan buah keras  kepada pemimpin-pemimpin negara pula ! Kalau ada bukti tangkaplah pemimpin yang melakukan kesalahan berkenaan buat apa nak ugut-ugut nak ambil tindakan.
Kesimpulannya KPN tidak perlu berputus asa sedangkan tindakan maksimum pesalah jalanraya belum dikuatkuasakan lagi dengan setegas-tegasnya. Bahkan belum ada bukti hukuman mati terhadap pesalah jalanraya itu tidak berkesan.Cubalah tekan minyak bagi rapat dulu , ertinya gunakan kuasa sehabis kuat dulu sebelum mengeluh dan berputus asa  !    

CARILAH PENAWAR UBATKAN PEMANDU MALAYSIA
Oleh SOBRI SUDIN (penulis bebas)
MASIH teringat kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi: "Daripada segi kemudahan infrastruktur, negara ini mempunyai kemudahan kelas pertama dunia, namun sikap masyarakat yang menggunakannya masih pada tahap mentaliti kelas ketiga."
Pada penulis inilah keadaan sebenar jika mahu dirungkai mengenai episod kematian lebih 200 nyawa sepanjang Ops Sikap yang dilancarkan sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Kita boleh bina infrastruktur dan sistem jalan raya sebaik mana sekalipun. Namun sikap gelojoh dan suka menunjuk lagak di atas jalan raya masih menjadi ciri dominan sebahagian besar pemandu di negara ini.
Benarlah kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jika dikenakan hukuman bunuh sekalipun, sikap pemandu super hero di negara ini tidak akan berubah.
Pemandu Malaysia boleh menjadi pekerja yang kreatif, seorang petugas yang berdedikasi dan berdisiplin atau individu yang warak. Tetapi apabila memandu di jalan raya, entah apa yang merasuk mereka.
Pelbagai tabiat serta kesalahan asas yang mengundang bahaya kepada nyawa orang lain dilakukan berulang kali tanpa ada rasa bersalah atau insaf akan kesalahan tersebut. Perhatikan kesalahan asas ini, yang nampak remeh dan kecil tetapi menimbulkan bahaya besar kepada nyawa pengguna jalan raya.
Pengamatan penulis dalam tempoh seminggu berhari raya di rumah sanak-saudara dan melalui lebuh raya mahupun jalan persekutuan dan jalan negeri di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mendapati kesalahan-kesalahan berikut dilakukan oleh kebanyakan pengguna jalan raya.
1. Memandu melebih had laju yang dibenarkan
2. Menggunakan telefon mudah alih semasa memandu
3. Memotong di garisan berkembar
4. Tidak memakai tali pinggang keledar sama ada pemandu, penumpang di bahagian depan mahupun belakang.
5. Memandu perlahan di lorong sebelah kanan.
6. Memandu terlalu perlahan di lorong sebelah kiri, ibarat sedang bersantai sehingga menyusahkan pengguna lain.
7. Mengikuti terlalu rapat kenderaan yang ada di hadapan.
8. Tidak memakai topi keledar bagi penunggang motosikal.
9. Membelok secara tiba-tiba tanpa memberi lampu isyarat untuk membelok
10. Memandu sesuka hati, tidak sabar dan suka memotong barisan khususnya sewaktu hendak membayar tol.
Jika mahu disenaraikan kesalahan lain, memang masih banyak. Sindrom "mabuk lemang dan ketupat", seakan-akan menghantui pemandu pada musim perayaan ini.
Apa yang dikesalkan, penulis dapati ramai pemandu bersikap terburu-buru memandu kenderaan mereka, seolah-olah ingin cepat sampai ke destinasi.
Timbul persoalan di benak penulis, apakah sikap rakyat begitu hipokrit. Begitu ghairah untuk beraya, untuk memohon ampun dari sanak saudara dan menziarahi kaum kerabat dan hanya mahu cepat sampai. Sedangkan dalam masa yang sama, nyawa diri sendiri dan pengguna lain tidak diperhitungkan?
Kenapa kita begitu ghairah untuk cepat sampai? Apa yang hendak dikejar dan apakah usaha menghubungkan silaturahim, menziarahi kaum keluarga dan usaha memohon maaf, hanya dihadkan satu hari di hari raya? Bukankah proses memohon maaf, menyambung silaturrahim ini perlu dijaga sepanjang masa?
Atau, ramai pemandu beranggapan, "biarlah aku membuat dosa dan menyakiti hati kawan rakan dan saudara mara, selama 364 hari kerana baki sehari lagi yakni di hari raya, aku boleh memandu sesuka hati dan cepat sampai untuk memohon maaf di atas segala kesalahan yang aku lakukan".
Inilah budaya tidak toleran. Budaya meraikan Aidilfitri yang tidak kena pada tempatnya.
Apa yang lebih menghairankan, kita boleh nampak pemandu berhabisan beribu ringgit untuk aksesori kereta, membeli kereta baru, berpakaian baru, namun tidak nampak pula akan pembaharuan sikap bila memandu.
Apakah tahun demi tahun kita akan terus berbangga dengan menghitung statistik terkini menunjukkan angka korban.
Satu kematian sia-sia, yang bukan pun akibat mempertahankan negara daripada serangan musuh, sebaliknya gejala 'membunuh diri' di jalan raya, kesan kealpaan dan sikap lalai diri sendiri.
Kempen sudah, peringatan pun sudah, entah bila sikap pemandu bakal berubah.
Hukuman, penguatkuasaan, beribu-ribu saman dan kompaun dikeluarkan, namun semua itu dipandang enteng dan remeh.
Barangkali juga, sikap toleransi penguatkuasa undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya yang tidak membuat sekatan jalan raya kerana dikhuatiri mengundang kesesakan lalu lintas musim perayaan ini diambil kesempatan oleh ramai pemandu.
Apa pun jua, Malaysia akan terus tercatat dalam senarai sebagai antara negara yang mempunyai jumlah korban paling tinggi akibat kemalangan jalan raya, satu rekod memalukan bangsa dan negara.
Pendekatan progresif, agresif dan lebih keras perlu disusun mulai sekarang, bagi menghadapi episod kematian sia-sia ini pada musim perayaan akan datang.
Jika hukuman dan penguatkuasaan gagal memberikan impak atau kesedaran, ubah kaedah, cari mekanisme baru.
Paling ideal, mengharamkan sebarang kenderaan persendirian menggunakan jalan raya dua hari sebelum raya dan dua hari selepas raya, sebaliknya pihak kerajaan menyediakan bas sebanyak mungkin, atau kenderaan awam bagi sesiapa sahaja yang mahu bergerak atau beraya ke rumah saudara mara.
Memang nampak susah, kurang praktikal, namun pemandu negara ini wajar didisiplinkan.
Rakyat negara ini wajar dididik untuk tidak lagi menjadi 'hero' di jalan raya, sebaliknya lebih menghargai nyawa sendiri, kaum keluarga dan kesannya kepada orang lain.
Jika tidak, sampai bila-bila angka korban, statistik kemalangan akan terus menjadi bahan media dan tontonan masyarakat dunia. Dan tentulah perkara ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Malaysia.

MINTA PENDAPAT ORANGRAMAI CARI PENYELESAIAN MUKTAMAD
SESETENGAH masyarakat kita mula meragui keberkesanan operasi Ops Sikap setelah ia dilaksanakan sebanyak 20 kali sejak 2001.
Angka korban jalan raya sebanyak 261 orang dalam Ops Sikap ke-20 yang dilancarkan 13 September dan berakhir Ahad lalu meningkatkan keraguan orang ramai.
Peningkatan angka kematian dalam tempoh dua minggu Ops Sikap itu cukup menggerunkan berbanding dengan catatan pada Ops Sikap ke-17, yang diadakan sempena Aidilfitri tahun lepas, cuma 208 kematian.
Apa sudah berlaku pada kempen keselamatan jalan raya? Atau sikap pemandu Malaysia sendiri yang tidak takut mati?
Malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap degil pemandu di Malaysia. Mungkin ada benarnya sehingga satu tahap, jika dikenakan hukuman mati sekalipun, pemandu kita akan tetap melanggar undang-undang jalan raya.
Kita berasa dukacita. Sepatutnya dengan bilangan kenderaan yang lengkap ciri-ciri keselamatan dan jalan raya yang bertambah baik akan diiringi oleh pengurangan nahas termasuk kemalangan maut. Jangan diikut kadar iaitu semakin banyak kenderaan didaftarkan di negara ini maka bertambah banyak bilangan maut di jalan raya.
Mungkin orang ramai berasa perbelanjaan dan masa yang dihabiskan untuk Ops Sikap suatu langkah membazir.
Tetapi jika tiada operasi untuk mencegah kemalangan dan mendidik pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya seumpama operasi ini, kita tidak fikir jumlah yang maut dan cedera parah akan dapat dikurangkan.
Ops Sikap yang telah dijalan sebanyak 20 kali sejak 2001 itu harus diteruskan.
Apa yang perlu diperbaiki dan diberi penambahbaikan ialah daripada segi penguatkuasaan.
Jika usaha mendidik yang diketengahkan melalui Ops Sikap nampaknya tidak mengubah sikap pemandu dan kerajaan gagal mencapai sasarannya untuk mengurangkan angka kematian dan jumlah kemalangan - jangan cepat putus asa.
Jika kaedah mendidik yang dijalankan selama ini tidak menyedarkan bahawa pemanduan mereka boleh membawa kesan tidak baik kepada pengguna jalan raya yang lain, jangan takut perkenalkan peraturan baru.
Kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan agensi keselamatan jalan raya yang lain usah tunjuk mereka sudah mengalah.
Mereka harus bangkit dan terus berusaha untuk menyelamatkan nyawa orang yang tidak berdosa daripada maut di jalan raya.
Kita mahu PDRM, JPJ dan MKJR meningkatkan usaha mendidik pemandu dan pengguna jalan raya pada Ops Sikap yang seterusnya.
Jangan kita biarkan kematian di jalan raya menjadi pembunuh nombor satu di negara ini.
Angka korban 261 orang itu tidak menjadi realiti jika semua pihak baik pemandu dan penguat kuasa sama-sama berusaha untuk mengurangkan jumlah itu.
Kita yakin ada banyak lagi cara yang boleh kita teladani dari negara-negara yang kurang kemalangan jalan raya. Kita kena mencari sampai dapat. Ikhsan dari Utusan Malaysia
ULASAN:
KPN buatlah cadangan bersama JPJ minta pendapat orangramai melalui NGO badan-badan tertentu yang aktif dalam membantu kebajikan masyarakat Malaysia ini dan laksanakan dengan tegas tanpa pilih bulu. Anggota Polis yang menahan kenderaan orang ramai janganlah berunding di tepi jalan lama sangat. Kalau salah keluarkan saman, tak perlu bawa bercakap berjam-jam di tepi  jalan merekapun banyak kerja lain nak buat ; nanti orang salah sangka  pula buat apa polis bercakap dengan para pemandu ditepi-tepi jalan begitu lama apa tujuannya .  Kalau mereka salah saman, kalau tak salah lepaskan pergi cepat-cepat
Selain sikap pemandu , sikap anggota polis juga kena diubah untuk menjadikan jalanraya kita kawasan selamat dilalui !

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack