A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 34 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini199
mod_vvisit_counterBulan Ini4323
mod_vvisit_counterJumlah496781
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow KELEMAHAN HAJI HADI BUATKAN PAS KEHILANGAN TONGGAK KEPIMPINAN
KELEMAHAN HAJI HADI BUATKAN PAS KEHILANGAN TONGGAK KEPIMPINAN PDF Cetak Emel
pakatan_pembangkang.jpg 
 Abdul  Hadi Awang bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang

Sebelum ini semua pihak menghormati PAS kerana kewibawaan kepimpinan Presiden PAS Dato’  Haji Abd. Hadi Awang yang lebih dikenali dengan panggilan Haji Hadi sahaja.  Haji Hadi , seperti juga Fadzil Nor , menjadi tempat rujukan dan secara otomatik menjadi tulangbelakang parti tersebut. Bagaimanapun akhir-aklhir ini terutama selepas berlangsungnya PRU ke 12 yang lalu, kehebatan Haji Hadi sebagai pemimpin berkarisma mulai luntur, apabila umum melihat beliau begitu lemah berhadapan dengan para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tian Chua.

Prinsip dan pegangan PAS mula goyah dan tergugat berada dalam tangan Haji Hadi. Beliau tidak seperti mana yang dizahirkan dalam pidato-pidatonya yang berapi-rapi mempertahankan ‘prinsip kepimpinan Islam’, telah beransur-ansur tunduk dan akur kepada kehendak Anwar Ibrahim dan para pemimpin DAP khasnya Lim Kit Siang.

“jauh panggang dari api kalau Haji Hadi nak disamakan dengan kepimpinan Rasulullah yang kental dan tegas  dan tidak berganjak dari prinsipnya walaupun baginda diancam dan diserang” kata seorang kawan lama yang sama-sama belajar di Maktab Pengajian Islam Kota Bharu dulu , semasa bertemu waktu Asar di Masjid Kuala Krai minggu lalu, bila mengulas tentang beberapa pemimpin PAS yang kehilangan prinsip bila berdepan dengan DAP dan Keadilan.

Ditengah-tengah kritikan tentang kelemahan Haji Hadi itu, tiba-tiba terkeluar satu kenyataan dari Haji Hadi yang  amat luar biasa, apabila  beliau menunjukkan kewibawaannya kepada rakyat Malaysia, di mana perpaduan orang Melayu diberikan keutamaan dengan menzahirkan keinginannya untuk berunding dengan UMNO.
Berita ini memang menghilangkan kesangsian umum terhadap kemampuan  Haji   Hadi  yang sebelum ini dipertikaikan kerana pakatan PAS dengan DAP, sedangkan para pemimpin DAP secara  terang-terang menentang  sebarang cadangan untuk wujudkan pemerintahan Islam secara total di negara ini.
Sejak itu nama Haji Hadi mula menjadi bahan perbualan masyarakat Melayu dikedai-kedai kopi terutamanya di Kelantan, daripada beliau  DIKRITIK KERANA BERKAWAN DENGAN DAP, TELAH BERTUKAR  MENJADI HERO MENYELAMATKAN MELAYU kerana hal ini memang tidak disukai oleh Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd.Aziz Nik Mat, yang kononnya sudah serik dengan UMNO, padahal ada sebab lain yang disembunyikan mengapa beliau begitu kuat menentang cadangan mengadakan Kerajaan Campuran antara BN dan PAS.
Keadaan ini membawa kepada Muktamar Agung PAS yang berlangsung di Selangor bulan lalu, di mana Presiden Pas  Haji Hadi Awang bercakap soal cadangan untuk berunding dengan UMNO ke arah membentuk Kerajaan Campuran BN PAS itu, dengan bergaya dan penuh dengan keyakinan diri dan diberi sokongan oleh mejoriti ahli parti itu yang menghadiri muktamar tersebut.

Timbalan Presiden parti itu Ustaz  Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok, dengan jelas dan terang menyokong kenyataan Haji Hadi mengenai cadangan itu dan dipersetujui oleh semua kepimpinan PAS Pusat.
Walaubagaimanapun  seperti  biasalah ibarat kata pepatah ‘Rumah Sudah Pahat Berbunyi’ ahli-ahli PAS Kelantan, khususnya wakil-wakil Rakyat PAS yang menghadiri persidangan agung atau dipanggil Muktamar Agung PAS di Selangor itu, ada yang rasa terancam dengan cadangan Kerajaan Campuran PAS BN itu sudah mula menyebarkan pandangan negatif  mereka kepada orang terdekat  dengan pucuk pimpinan parti diperingkat negeri. Demikianlah antara berita yang disampaikan kepada saya oleh peminat-peminat politik yang terdiri dari beberapa orang kenalan lama yang kini berada dalam PAS dan UMNO yang ditemui di kedai-kedai kopi di Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Macang, Pasir Puteh dan Bachok.  

Kata seorang teman, bila kerajaan campuran ini dilaksanakan kelak, tentulah ada beberapa kerusi yang kini dimenangi oleh PAS, yang mungkin dikorbankan diserahkan kepada pihak UMNO dan jika ini berlaku tentulah mereka ysang terlibat dipihak PAS itu mengalami kerugian dari segi pribadinya walaupun ianya menjadi untung dari segi   perlaksanaan persetujuan dengan BN. Itu hanya perhitungan sendiri berdasarkan andaian semata-mata, yang belum tentu persetujuuan sebenar Kerajaan Campuran itu macam apa !
Mereka berpendapat, sekiranya Kerajaan Campuran itu berlaku yasng rugi ialah Menteri Besar Kelantan itu sendiri, kerana tidak boleh menjadi Menteri di peringkat Kerajaan Pusat kerana dia hanya bertanding diperingkat Dewan Undangan Negeri, sedangkan Menteri pusat mestilah terdiri dari Ahli Parlimen .Ertinya PAS Kelantan, yang banyak rugi ! Manakala yang untuk nanti ialah Haji Hadi dan Nasharudin Mat Isa yang sudah pasti menjadi Menteri Pusat!

Tup-tup terkeluar kenyataan Nik Aziz yang membuat kenyataan yang amat keras terhadap cadangan penubuhan Kerajaan perpaduan dengan UMNO/B kerana ketika kenyataan itu dikeluarkan Nik Aziz tidak ada dalam  negeri .  Nik Aziz hemburkan kemarahan itu kepada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dengan menggesanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok kerana kononnya melakukan kesalahan bercakap soal Kerajaan Perpaduan ini.
“Tak hairanalah , orang Kelantan telah lali dengan mulut celupar Nik Aziz ini di mana beliau terus akan membuat komen terhadap setiap apa yang diajukan kepadanya tanpa berrfikir panjang ! “ kata seorang pemberita dari media elektronik yang bertugas di Kelantan di White House, iaitu nama sebuah kedai kopi di hadapan Masjid Muhammadi Kota Bharu Ahad lalu , yang begitu kesal dengan kenyataan yang amat keras Nik Aziz terrhadap Timbalan Presiden partinya sendiri, padahal ia perlu dibuat melalui saluran parti.
Berdasarkan pendapat di atas, Nasharudin tidak perlu panik dengan kenyataan keras Nik Aziz itu, sebaliknya ia hendaklah ingat kembali kenyataan Presiden PAS sendiri di Muktamar Agung PAS di Selangor itu mengenai perkara tersebut yang diterima dengan baik oleh majoriti  ahli PAS.
Walaubagaiamana pun, ada munasabah juga Nasharudin merasa terancam dengan kenyataan keras Nik Aziz itu, kerana beliau berada di negeri yang diperintah oleh Nik Aziz, iaitu di Bachok Kelantan kerana beliau adalah Ahli Parlimen Bachok.
Yang menghairankan bila Haji Hadi balik dari luar negara, yang sepatutnya mengulangi pendiriannya yang diucapkan dalam Muktamar Agung parti itu bulan lalu mengenai usaha yang dipeloporinya kearah  Kerajaan Perpaduan bersama BN , yang dilihat demi untuk  menyelamatkan Orang Melayu di negara ini yang semakain terancam oleh pakatan kaum keturunan pendatang  ke negara ini, tiba-tiba Haji Hadi menjadi ‘terbalik kot’ mengiakan semua hemburan yang diucapkan oleh Nik Aziz sebelum ini.
Pada muka hadapan kebanyakan akhbar harian pada 23 Jun 2009 pagi ini kebanyakannya memetik kata-kata Haji Hadi seperti berikut:  “ PAS tidak mahu bincang lagi perkara ini …apa yang kita usahakan sebelum ini disalahtafsir oleh UMNO/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat , semata-mata bagi memecahbelahkan hubungan pakatan…” bersama dengan kenyataan rasmi Haji Hadi ini ialah gambarnya yang sedang bersalam erat penuh kemesraan dengan Lim Kit Siang Pemimpin  Agung DAP !
Jadi,  memerhatikan sinario politik Nik Aziz dan Haji Hadi ini bersama latarbelakang dan suasana  semasa kenyataan itu dibuat, dapatlah disimpulkan, bahawa Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang begitu kuat pengaruhnya terhadap Nik Aziz dan Haji Hadi. Kasihan Nasharuddin Mat Isa !
 Jelas sudah ucapan Haji Hadi di Muktamar Agung PAS bulan lalu itu adalah datangnya dari lubuk hati Haji Hadi  sendiri, dan sanggahan Nik Aziz terhadap Nasharudin dan Haji Hadi adalah merupakan motivasi dari Anwar dan Kit Siang , manakala Haji Hadi yang kemudiannya membuat kenyataan yang terbalik kot itu pula adalah akibat tekanan Anwar dan Kit Siang juga ! bak kata orang utara ‘pimai-pimai tangtu juga’ dengan ertikata , pemimpin PAS , walau siapapun mereka, walau sejauhmana  pendapat peribadi mereka tentang politik, akhirnya tunduk dan akur kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang juga !
Apabila Presiden PAS sendiri menjadi goyah pendiriannya  dalam apa yang diucapkan dikhalayak ramai secara rasmi dan mengubahnya setelah menemui orang tertentu diluar partinya , ertinya PAS telah kehilangan tonggak kepimpinan partinya ,yang selama ini menjadi rujukan  dan sandaran segala hujah politik dan agama,  kerana yang ada ini telah menghancurkan kewibawaannya serta karismanya sendiri dalam menghadapi  sepak terajang rakan kongsi politik yang telah tersasar jauh dari asas iman dan taqwa ! .  
     

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack