A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 30 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini156
mod_vvisit_counterBulan Ini3074
mod_vvisit_counterJumlah495531
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama
NAJIB PM PERTAMA DAULATKAN BAHASA MELAYU PDF Cetak Emel
najib.jpg
      NAJIB TUN RAZAK

Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Beijing 2 Jun lalu bagi melakukan lawatan rasmi tiga hari ke China, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama mendaulatkan Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) di peringkat antarabangsa, dan merupakan pemimpin dunia yang kedua berucap dalam Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa selepas Presiden Sukarno dari Indonesia, yang berucap dalam Bahasa Melayu di Pertubuhan Bangsa-Bangtsa Bersatu sebaik saja Indonesia mencapai kemerdekaan.

Sukarno telah mengambil Bahasa Melayu yang menjadi bahasa pertuturan jutaan rakyat Indonesia di kawasan Kepulauan Riau dan Sumatra, untuk dijadikan bahasa perantaraan perpaduan di kalangan lebih dari 200 juta rakyat Indonesia, yang mendiami di lebih 2000 buah pulau  yang bertutur dalam ratusan bahasa dan pelat yang berbeda samasekali.Bahasa Melayu menjadi pilihan Sukarno kerana ia mudah dijadikan bahasa perantaraan kerana mudah difahami dan dipelajari serta indah didengar dan disyairkan.

Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa Lingua Franca oleh bangsa-bangsa asing yang datang berdagang ke rantau yang kaya dengan rempah ini khasnya bangsa Eropah, yang dikenali dengan nama Kepulauan Melayu dikedudukan   Asia Tenggara, merangkumi Tanah Melayu (termasuk Singapura), Borneo, Kepulauan Indeonesia, Kepulauan Borneo termasuk Brunei, seluruh Kepulauan Filipina, Thailand Selatan, Kembodia serta kawasan sekitar tempat-tempat tersebut.    

Saya merasa amat gembira melihat berita TV petang semalam (3 Jun2009) semasa minum petang di Restoran Wira Sejati Seksen 18 Shah Alam bila PM baru kita tiba-tiba keluar di kaca tv sedang berucap di Beijing China menggunakan Bahasa Malaysia. Sesungguhnya rakyat Malaysia amat berbangga dengan pemimpin yang seperti ini.

Sebenarnya di zaman remaja saya pernah saya bangun meminta seorang Perdana Menteri Malaysia agar meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, kerana beliau malu berucap dalam bahasa ibundanya sendiri iaitu Bahasa Melayu semasa berucap di Persidangan Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali Indonesia.

Dalam persidangan itu seluruh Negara ASEAN mengadakan siaran langsung di negara masing-masing semasa pembukaan persidangan itu di mana semua ketua negara anggota berucap bergilir-gilir, dengan didahului oleh tuanrumah Presiden Suharto yang berucap dalam bahasa Indonesia .

Yang saya terkilan, PM Malaysia mengambil giliran kedua berucap selepas Suharto untuk berucap dalam Bahasa Inggeris ! padahal yang sedang mengikuti siaran langsung dari Malaysia ini semuanya faham Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu itu.

Itulah sebabnya bila PM tiba saja di Selayang Baru untuk merasmikan satu acara perjumpaan di sana, saya merasa terpanggil melahirkan perasaan kesal terhadap pemimpin negara ini yang tidak memberikan contoh yang baik kepada rakyatnya,khasnya jenerasi muda yang bakal menggantikan  jenerasi lama memerintah negara ini berasaskan semangat cintakan tanahair, cintakan bahasa dan kebudayaan bangsa kita.

Saya angkat topi kepada Najib dalam usahanya mendaulatkan Bahasa Melayu ini. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada lawatan rasmi Perdana Menteri yang pertama di luar ASEAN dan walaupun lawatan Najib bertujuan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak 35 tahun lalu, tetapi impak yang paling besar ialah beliau dengan secara rasminya memperkenalkan Bahasa Malaysia kepada dunia yang dituturkan oleh hampir 300 juta umat di kepulauan Melayu.

Hanya pemimpin yang berjiwa besar sahaja mampu melakukan tugas besar ini. Bagi saya pemimpin yang malu bercakap bahasanya sendiri di hadapan khalayak antarabangsa , lantas menggunakan Bahasa Inggeris tunggal dalam acara sambutan dan ucapan dengan mengenepikan bahasa sendiri, membayangkan bahawa pemimpin tersebut seorang yang dayus dan tak bermaruah .

Pemimpin jenis ini sudah terang dan  jelas tidak mempunyai rasa cinta kepada bahasa dan tanahair sendiri jauh sekalai dari mempunyai jiwa patriotik seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ‘Hubbulwatan’ dan pemimpin seperti ini harus ditolak oleh rakyat yang cintakan negaranya.

Presiden Sukarno dalam sejarahnya pernah membuatkan seluruh pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadi kelam-kabut untuk mencari penterjemah kerana Sukarno memberi notis yang amat singkat untuk berucap dalam Bahasa Indonesia di pertubuhan itu bila beliau dijadualkan berucap sebagai Ketua Negara yang baru merdeka waktu itu.

Sukarno tidak pernah berganjak bila beliau dipujuk untuk berucap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang dijadikan bahasa rasmi di PBB itu . Kewibawaan Sukarno itu menjadi ilham kepada bangsa lain untuk mencadangkan kepada pemimpin mereka agar berucap dalam bahasa sendiri bila diberi peluang berucap di perhimpunan badan dunia itu.

Kita mahu PM kita berbangga dengan bahasa sendiri dan jangan bertolak ansur walau berdepan siapa-siapa saja !

 

 

 

 

 

 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack