A free template from Joomlashack

A free template from Joomlashack


Langgan Info

Masukkan e-mail anda :

edisi baru !
Delivered by FeedBurner

Pengguna Online

Kami ada 13 tetamu online

Perkataan Rawak

Info Tamu

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini57
mod_vvisit_counterBulan Ini2975
mod_vvisit_counterJumlah495432
Jumlah helaian laman dilihat :free web stats
Laman Utama arrow Koleksi arrow IBRAHIM ALI BUAT PERKARA BETUL
IBRAHIM ALI BUAT PERKARA BETUL PDF Cetak Emel
i-ali.jpg
Ibrahim Ali

Tahniah Dato’ Ibrahim Ali kerana pada 29 April lalu telah mengundi ahli parlimen Bluran Datuk Donald Kiandee dan ahli parlimen Santubung Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, mengalahkan calon pembangkang Dr. Tan Seng Giaw ahli parlimen DAP Kepong.

Ini adalah kematangan Ibrahim Ali dan perbuatan beliau itu perlu diberikan pujian kerana sikapnya itu dengan sendirinya memperkasakan BN yang didokong oleh parti Melayu UMNO. Kalaupun Ibrahim mengundi calon DAP itu , Dr.Tan tidak juga menang kerana jumlah undi yang dipungut hanyalah 81 undi, berbanding dengan kedua-dua calon lawannya memungut 140 dan 157 undi . Tetapi ini adalah soal prinsip Ibrahim sendiri.

Sekiranya prinsip Ibrahim ini kekal begini, saya yakin dan percaya beliau tidak akan menimbulkan masaalah kepada anggota BN dalam Parlimen sepertimana yang digembar gemburkan, kononnya Ibrahim Ali dan ahli-ahli parlimen pembangkang lain yang bertambah bilangannya , akan ‘membelasah’ anggota parlimen BN serta para menteri dan timbalan meneteri Kerajaan BN kali ini.

Apa yang berlaku pada 30 April diparlimen semalam dimana Ibrahim Ali bertikam lidah dengan pemimpin DAP Karpal Singh dilihat dari sudut positifnya, adalah satu bukti nyata bahawa tidak ada pakatan berlaku antara Ibrahim dengan mana-mana ahli parlimen pembangkang yang lain untuk menentang pihak penyokong kerajaan habis-habisan , seperti yang pernah diramalkan oleh setengah pihak sebelum ini.

Shabas Tok Him, gua angkat topi sama lu !
 
< Prev   Seterusnya >
 
Joomla Templates by Joomlashack